Hoho...
Beberapa hari lepas saya pergi ke kenduri kahwin abang sepupu saya di Kampar,Perak
Al-maklumlah bila lama tak jumpa macam2 cerita yang kami bualkan..
gosip la, mengupat la n many many more..
tp yg best la kan..
Opah Naimah saya buat story best la plak,
beliau cerita la pasal arwah nenek saya
"Liyana, kamu tahu tak yang arwah opah kamu tu bila meninggal jadi hantu?"
Terdetik di hati saya, apa kes pulak tetiba je jadi hantu?
" Opah kamu tu bila beranakkan mak kamu je terus meninggal. Lepas tu heboh satu kampung nampak lembaga arwah tu"
Dalam Hati saya : uish..ni hot story ni, kalau jual kat Harian Metro mesti laku. Ish3 tak baik la cakap benda negatif pasal orang yang dah meninggal
"Betul!! Aku tak tipu"
Dalam Hati saya : Kisah aku ni ala-ala cerita Pontianak Haru Sundal Malam la..watak aku sebijik cam Maria..hehe. Wo,Wo. Stop Liyana. Tak baik percaya cerita cam ni pasal arwah. Ada baiknya kalau banyak sedekah Fatihah kat arwah. Tak gitu?
Itulah ceritanya,nak kata betul atau tidak,hanya Allah yang maha mengetahui. Sebenarnya saya tak beberapa percaya dengan cerita Opah Naimah ni. Bak kata orang Perak, Banyak beno gelembong nya ( banyak betul tipu nya ).
Yang sebenarnya bukan kita sahaja yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Banyak juga makhluk lain termasuklah hantu ini. Dekat tempat yang saya tinggal sekarang iaitu Putrajaya juga ada cerita-cerita seramnya jugak.
Pernah satu hari saya menaiki teksi bersama dengan abang saya di Putrajaya Sentral. Kami baru sahaja pulang dari Low Yat Plaza. Bila masuk sahaja ke dalam teksi, pemandu teksi tu pun bertanya hendak ke mana. Kemudian kami menjawab Presint 18. Tanpa diduga pemandu teksi itu berkata " Presint 18 yang orang kata ada hantu tu ke?"
Dalam hati : Argh, sudah. Jangan la cerita hantu lagi.
" hari tu masuk Harian Metro kata Presint 18 ada makhluk lembaga hitam"
Dalam hati saya : adus..baru je nak aman tinggal kat sini
" Duduk lah baik-baik kat sana "
Apabila saya ajukan isu ini kepada ayah saya, beliau berkata cerita ni memang betul-betul terjadi. Tapi, yang tu kat Presint 18 A, kitaorang 18 B.
Dalam hati saya : Fuh, selamat..
Sebenarnya presint 18 A tidak lah jauh dari tempat tinggal saya. Nampak la jugak sayup-sayup dari jauh. Setiap kali saya terpandangkan bangunan yang terdapat di situ saya selalu terasa seram sejuk. Lepas tu bila malam je mula lah mimpi pelik. Contohnya semalam saya termimpikan lembaga hitam mengejar saya. Mimpi mainan tidur,dengar tu Liyana
Nenek saya pernah berkata." kamu tu mana tak mimpi hantu, perangai pun macam hantu". haha.Ada betul nya jugak bila dipikirkan. Waktu orang lain sedang tidur, saya boleh memekak menyanyi lagu Hotel California sorang-sorang. Ish ish ish, teruk teruk
Aha!! Sebelum saya lupa, saya juga pernah alami kejadian misteri di Intec.
Satu hari tu saya sedang berlatih menyampaikan pidato saya di bilik TV.Saya akan menyertai pertandingan pidato ini keesokan harinya. Berlatih sorang-sorang dan malam-malam pulak tu. Tengah syok berlatih, tetiba je pintu stor yang ada kat bilik TV tu terbuka dengan sendiri. Argh,apa lagi la ni??. Saya buat bodo je. Tak toleh pun kat pintu tu. Tetiba je, pintu stor itu dihempas dengan kuatnya. Tunggu apa lagi? cabut la...huhu
Itulah post saya setelah lama tak mencoret di ruang blok ini. Saya tidak lah terlalu obses dengan kewujudan hantu seperti Wartwan Mastika. Tetapi saya percaya Allah juga mewujudkan makhluk-makhluk seperti ini di muka bumi ini. Wallahualam
Wednesday, December 31, 2008
Hantu
Posted by liyana at 7:23 PM
Labels: Liyana to the colourful life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
hoho~~ yup..kta mmg kna percaya~~ wallahualam~ :)
org cter, kat bilik plg atas kt laman ak ada 'kisah'nye yg tersendiri..
hohho~
xtau r pe reaksi org yg tggal kt bilik tuh kalo dy tau..
kat dalam kelas pon ada hantu gak.. selalu betol mengekek dlm kelas..
HANTU: LIYANA+SYIDA
PENANGKAP HANTU: YUGENES
wakaka..ZASSSS
annemishi:
betul2..
dalam Al-Quran pun ada bagitau
4teen :
betul ke?
aku x pernah dngar pe pun sal blok ko..
tetiba takut la plak
huhuhu
nuwa :
haha..
itu pujian ke cacian?
hahaha
surah ape yg ckp ade hantu?
x pnah dgr la plak..
sila share ngan aku sket..
kalo mkhluk halus..
jin setan tu ye r jgak..
huhu...
awwwwwwww!!
takut seyh~
awwwwwwwww
aku pun takut gak
huhuhuhu
Post a Comment