BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 13, 2008

Penang

Al-kisahnya bermula lah cerita tuan hamba yang telah melawat blog rakan-rakan tuan hamba. Wah..wah..wah...ramai yang nak promote dialet negeri masing-masing. Xpe2...biar tuan hamba yang jadi pioneer untuk memartabatkan dialet negeri masing2...cewah..

Tanpa nak mengarut lebih2 lg, biarlah tuan hamba senaraikan lagi slang2 dari negeri hamba yang terletak nun jauh di utara sana. Walaupun kini sedang merantau di tempat orang di Shah Alam, asal usul hamba tidak lah sesekali hamba lupakan. Bak serangkap pantun ini

Dagang Pak Malau Dagang Berlipat
Dagang hamba datang bertempat
(erk...aku dah lupa baris seterusnya...sapa tau tolong sambung )

Okey2. Baiklah biar hamba teruskan sahaja tujuan hamba ini

1. Gerek : basikal
2. Riau : menangis
3. tawaq habiaq : tawar gila
4.gatai merela : gedik
5.maneh meleceh : manis gila
6. Segak : perempuan yang cantik
7. Besho : selalu terkencing....hehe
8. Melangut : termenung
9. mintak kedarah : makan
10. lapaq ayaq : haus

Haruslah anda semua memberi perhatian bahawa untuk fasih bertutur dalam dialet ini, anda haruslah menekankan setiap bunyi r. Misal kata roti tidak disebut roti, tetapi ghoti. Seperti mana kita belajar tajwid, huruf R ditekankan seperti qalqalah sukro ( betul ke eja ni? ).

Ok2...lepas ni akak liyana akan kembali dengan lebih banyak perkataan. Harap bersabar ye adik-adik

2 comments:

Anonymous said...

eceh..cek dh pro dh lghat pnang 2..
cewah..ahaha..
cek nk blaja slang mlaka plak laa..
hehe..

liyana said...

haha..
ecece..
melaka tu..
ehem ehem
hehe