BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 1, 2009

Ini kisah saya

Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk dan minggu yang membazirkan. Kalau slang negeri Perak - " cekik darah". Ya..cekik darah. Kurang satu bulan sebelum tempoh tinggalkan study aka study leave saya rasakan duit saya amat-amat sedikit. Argh.. tidak. Saya tidak rasa saya seorang pemboros. Saya amat pasti dengan kenyataan saya ini. Tetapi baki duit di dalam akaun CIMB saya amat bercanggah dengan kenyataan yang saya keluarkan sebentar tadi ( apekah? ).

Saya sering menimbang-nimbang untuk mengurangkan perbelanjaan saya. Tetapi godaan bila tinggal di Seksyen 18 Shah Alam ini amat banyak meskipun kawasan ini adalah kawasan marhaein ( anda tahu x apa itu marhaein?). Biar saya bagi contoh mudah, nasi dan telur goreng mata kerbau pun sudah berharga RM 2.00. Itu sudah dikira murah sebab dibeli dari kedai Mak Cik Bom di Cemara Cafe. Harga di luar??? errr..terlalu mahal untuk diungkapkan dengan tulisan.

Saya 'withdraw' RM 50.00. Saya beli beberapa barang. Sekarang anda nilaikan adakah saya ini seorang pemboros atau tidak.

(1) T. Shirt berwarna merah hati = RM 15.90
Item ini tidak termasuk dalam senarai barang yang hendak saya beli. Tetapi apabila saya TERnampak ( Penegasan awalan ter.. ) baju tersebut, tanpa banyak berfikir, saya terus membelinya

(2) A4 paper untuk print Biology Lab report = RM 7.90
Saya tidak mahu membuat muka sepuluh sen meminta kertas daripada kawan-kawan saya. Jadi saya beli satu rim A4 paper dan saya gunakan 1/10 daripada kesemua kertas untuk lab report. Kertas selebihnya saya jadikan kertas contengan, kapal terbang kertas, katak kertas dan sillahoute ( betul ke eja ni? )

(3) Kotex = RM 3.80
Tidak perlu diperincikan di sini ya

(4) Makan di Rafi Bistro = RM 6.90
Rafi Bistro yang amat cekik darah. Teramat. Sumpah saya tak tipu. Nasi goreng pun sudah berharga RM 5.50. Di Penang, anda hanya boleh dapatkannya dengan hanya RM 3.50. Apekah? Kadang kala mahu sahaja saya mahu tawar menawar dengan pekerja di restoran tersebut. Tetapi percayalah anda bahawa usaha itu hanya sia-sia kerana mereka tidak memahami bahasa melayu. Sekali lagi..apekah?

(5) Roti keju = RM 1.30
Item ini pun tidak termasuk dalam senarai barang yang hendak saya beli. Tapi apekah daya. Ia mempunya kuasa penarik seperti magnet untuk saya membelinya. Tidak perlu menimbang baik buruk, saya akan terus membelinya

(6) Tambah nilai aka top up = RM 10.00
Sangat penting seperti udara. Bukan dibuat-buat cerita. Tapi ini adalah kenyataan. Anda boleh hidup tanpa telefon bimbit? Kalau anda jawab Ya. Anda adalah manusia yang paling saya kagumi di atas planet ini.

(7) Dobi = RM 3.00
Mesin basuh di Akasia terlalu mahal. Di cemara hanya RM 2.50. Mana adil!! kenapa lelaki punya harga kurang RM 0.50? Ini adalah diskriminasi terhadap wanita. Kami tahu kami banyak menyumbat baju-baju kami ke dalam mesin basuh. Tetapi ini tetap tidak adil!!

Jadi baki saya hanya
= RM 1.20

Dalam sehari saya telah membelnjakan RM 48.80. Adakah saya seorang pemboros atau adakah saya mangsa keadaan?



p/s : mari usha blog beliau : amirul iman yang jimat RM 3.80....ngeh3

16 comments:

Farid said...

dari dulu sampai sekarang awak tetap pemboros...ngeh3

liyana said...

eh..eh..
dia pun pemboros gak
kata kat orng plak

peminat rahsia mu said...

mangsa keadaan.. :)

liyana said...

owh...trimas2

malayneum said...

salam

anda sebenarnya boleh berjimat...

baju leh basuh sendiri..jimat rm 3.00

dah tau rafi bistro mahal...pi mkn jugak kat sana wat pe...

perlukah membuat muka seposen utk meminta bantuan dari sahabat!?-a4-

baju merah=ternampak,anda boleh X terbeli-

sekian!

Dr. Theorist said...

fuh, ganas btul... di cendana, situasinye begini bu...

makan malam di dawood:
(nasi goreng) - RM3.50
air kosong - pree

utk abg2 yg xdiet, diorg mkn tgh hari kat indon - RM3.00 flat tanpa tawar-menawar.

so dlm sehari, perbelanjaan kira2 8 ringgit. sminggu plak 56 ringgit. sbulan 224 ringgit. adelah duit dobi, top dsb yg ditanggung tetapi kotex xde. HAHA2

liyana said...

Hisham :
dah rafi bistro yang paling dekat ngan akasia..
malas ar nak jalan jauh2..
huhu

baju basuh sndri x bersih sngt,,
n..
baju lmbat kering

baju merah sngat menarik perhatian,,,
x leh klau x beli
huhu

Razeen :
korang jimat RM 3.80 sbb xyah beli kotex
wawa

syida said...

erk..kotex??
haha..x bes r ...ble r jenama len...
bru style...mhal 2..huhu...

liyana said...

hehe..
dah tu jek yg pemes
yg lain x pemes
ngeh3

cik.siti said...

hahah!

kau ni haih..

tahan skit godaan tu.

>.<

Anonymous said...

mak ai,kotex pun nak sebut ke??
aku cdgkan ko pakai mamypokopants je kalau nak jimat...hahaha = )p

liyana said...

mak cik aqila :
dah cuba..
godaan makin kuat
wawa

asri :
heh..
puan rita selalu kata
" u dun hve to b shy talking things like this.. u r going to b a doc someday"
kotex jek pun... haha
xtau nak comment pe lg
aku ter-speechless kat sini
huhu

Farid said...

utk sesapa yg baru nak kenal liyana..
dia ni memang pemboros gila
plus..
dia ni memang gila sikit
well..
not sikit la..
but crazy indeed
so you guys better watch out.
She might drag you guys to hell..
hehehe

liyana said...

what a tuttttt
sibuk jek
p main jauh2
hak3

Zaki Marsoha said...

ha3..xpyh kotex..
pampers sdh..:P

liyana said...

zaki gendut :
pampers mahal weh..
xda size aku kot
haha