BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 29, 2009

makhluk hitam itu... tolong, saya tidak boleh tidur

(perbualan saya dengan seorang doktor handsome)

doktor : apa masalah kamu?

saya : saya sedang mengalami tekanan perasaan kerana makhluk hiam itu

makhluk hitam itu
- menganggu malam-malam saya, baik di rumah saya di Penang,bilik saya di Akasia, mahupun rumah saya sekarang di Putrajaya

- tolong...saya tidak sanggup lagi menghadapi tekanan ini.Mata saya bengkak kerana kurang tidur. Bila kawan-kawan saya tanyakan kenapa, saya jawab kerana menjaga anak di malam hari ( apa punya jawapan da..)

-buatkan saya takut untuk ke dapur sorang-sorang

-kawan-kawan ( buat slang Razeen )...bantulah saya

- makhluk itu juga membuatkan saya takut untuk berkunjung ke rumah atau tempat lain

-makhluk itu mungkin berada bersama saya dan juga mungkin dengan anda. Ya..anda. Saya tak tipu, mungkin juga berada bersama anda


makhluk hitam itu membuatkan
- kesemua housemate saya iaitu penghuni akasia 7/203 menjerit ketakutan apabila ternampaknya. Saya dapat rasakan makhluk itu mengikuti housemate saya pulang ke rumah sewaktu study leave ini. Benar,,,ini bukan cerita bohong

- makhluk itu juga membuatkan saya menjerit-jerit memanggil Syida supaya cepat naik ke atas menemani saya yang sedang bersendirian di biliknya. Saya masih ingat lagi waktu itu, saya terasa seperti hendak mencampakkan laptop dan handphone kesayangan saya ke lantai kerana ternampak makluk itu.

-makluk itu membuakan saya takut untuk berkunjung ke rumah mak cik saya di Serdang kerana saya tahu rumah beliau adalah lubuk kepada makhluk tersebut

- bila menghampiri kawasan yang gelap,kotor dan suram..pasti saya berdoa dalam hati semoga saya tidak tersempak dengan makluk tersebut

-saya tahu penyakit saya ini tiada pengubatnya.. Tapi apa yang boleh saya lakukan??

doktor : sebenarnya, penyakit awak ini amat kronik. Boleh saya tahu apakah makhluk itu?

Saya : sebenarnya.. saya takutkan....erm..

LIPAS....
Doktor : apekah?




p/s : sesapa yang tidak takutkan lipas, sila tuliskan comment anda..berserta cara penyelesaian. kerjasama anda amat dihargai.



18 comments:

.::annemishi::. said...

saya jugak takut lipas~

:D

liyana said...

bagus..kita tubuhkan kelab "pen-takut" lipas

anuar rahmat said...

terimalah hakikat dengan seadanya bahawa lipas itu adalah sebahagian dari biodiversiti dan endemik di akasia.

lipas comel whatt.. kalo ko potong die punya bulu kaki kasik licin siket konfirmm seksi.. menangis rerama melihatnya..

wakakakoh

liyana said...

eeeuuu....
aku tgok pun x leh
ni apekah nak pegang lagi
argh..tidak3

Arief said...

Saudari takut lipas? Kasihan amat lipas itu... Penyelesaian? Janganlah takut lipas, kan dah setel

liyana said...

ye saudara..
saya sudah cuba saudara
tapi tidak boleh juga saudara
tetap takut juga ye saudara..
day...berapa bnyak saudara da..
hik3...

malayneum said...

apekah!?

huhu...

liyana said...

apekah..
mengapakah..
bagaimanakah..
bilakah..
di manakah..

tahniah Hisham kerana anda berjaya mengaplikasikan ilmu bahasa malaysia semasa di sekolah dahulu :)

Zaki Marsoha said...

mcm **(&(*&(^(%

liyana said...

woi gendut..apekah?

Zaki Marsoha said...

sEnGaL ~

liyana said...

ko sewel

amirul iman said...

hahaha.

aku pun takut jugak.

ni jalan penyelesaian aku:

bersiap sedia dgn penyembur aerosol dan pemetik api.

bila nampak lipas je, kau gabungkan je penggunaan pemetik api dan penyebur aerosol tu.

akhirnya keluar semburan api yang amat dasat dan rentungla lipas tu. hahahaha.

aku ske bm.

liyana said...

heh...
x pasal2 nanti
aku pun turut rentung gak..
x pasal2 jadi arwah..
ni semua gara2 lipas sial tu
haha..

saya pun suka BM... :)

Zaki Marsoha said...

sial??

ape hak anda utk ckp lipas 2 sial??

sesungguhnya allah lbih mngtahui apa yg kmu xtahu..

liyana said...

erm..
tersilap di situ
Astaga..
thank u sebab saling ingat-mengingatkan

shinichi kudo said...

BM..?
apekah itu..?
Baitul Muslim..?
Wah,x sbar nak kahwin!
buat2 x wujud je lipas tu..
dulu takut gak,lame2 ok je..

liyana said...

aku mmang x sabar nak kawen n ada anak pun..
lalalala