BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 4, 2009

Ini Kisah Saya dan Mereka

Saya sering tidak bernasib baik dengan lelaki. Ada sahaja yang tak betul. Biar saya beri contoh mudah, saya dan adik lelaki saya sering berebutkan remote control. Dia mahu menonton channel sukan di television, saya pula mahu menonton American Next Top Model. Bila kedua-dua mahu menonton serentak, maka akan berlaku lah pergelutan. Sudah tentu lah adik lelaki saya dapat merebut remote control tersebut kerana beliau lebih kuat dari saya. Tetapi saya tidak akan mengalah begitu sahaja. Bila sudah terlalu geram, saya akan menarik keluar Kad Astro dari dekoder dan terus melarikan diri ke dalam bilik saya, kuncikan pintu dan gelak kuat-kuat seperti orang gila. Biar padan dengan muka beliau. Itu cerita ketika zaman kanak-kanak. Sekarang kami sudah besar.

Saya juga sering tidak bernasib baik dengan lelaki. Ketika zaman sekolah dulu saya sering bergaduh dengan pelajar lelaki. Baik di tadika hinggalah ke sekolah menengah. Ada sahaja yang tidak betul. Semasa di sekolah menengah, saya duduk di bahagian belakang manakala lelaki di bahagian depan. Bila pelajar lelaki dimarah oleh guru, saya akan ketawakan mereka dari belakang. Bila guru tiada, akan berlaku perang mulut antara kami. Terus terang di sini, semasa zaman sekolah saya ter-amat anti dengan budak lelaki di sekolah saya. Itu juga kisah lama.

Saya juga sering tidak benasib baik dengan lelaki. Hubungan yang lepas hanya bertahan selama 8 bulan sahaja. Teettttt!! tidak boleh diceritakan di sini. Ini juga kisah lama.xde la lama sangat. Takda sebab untuk dikenang.

Ini kisah mengenai kawan saya. Minggu lepas kami menghadapi ujian kimia. Maklumlah, bila tibanya test,exam, quiz atau apa-apa yang sewaktu dengannya, kelas saya pasti sibuk menalaah. Hari itu hari Khamis, kami bakal menghadapi ujuan kimia pada sebelah petang.

Maka pada sebelah pagi kami mengadakan perbincangan atau group discussion sesama teman sekelas. Ini lah medan yang sesuai untuk menguki kepandaian masing-masing dan untuk medan untuk merasa bangga jika rakan anda tidak menelaah topik tertentu.

Al-kisahnya saya dan rakan saya ini mengadakan sesi perbincangan.
" Ko tau tak kenapa metallic bond of group 2 element become weaker down the group" kata beliau.. ( maaf bahasa BM dan BI tunggang langgang kesan pengajaran PPSMI )
dan saya pun menjawab
" Ha...kenapa eh? aku terlupa ar"

Sekarang anda faham mengapa saya katakan sesi perbincangan adalah medan untuk membandingkan kepandaian masing-masing? Bagus..
Saya merasa amat tercabar, kerana saya rasakan kawan saya ini lebih pandai dari saya. Otak saya pun berkerut-kerut memikirkan soalan untuk diberikan pada beliau. MOga beliau tidak dapat menjawabnya. Setelah beberapa ketika, saya menanyakan soalan ini kepada beliau
" Ko tau x element2 dalam group 2? "
Sebelum beliau sempat menjawab, saya pun mencelah dengan mengatakan
" ko ikut cara aku, senang jek. Aku hafal nama-nama element cam ni tau : Bobo makan capati sebelah bapa rahman. Meaning the elements are beryllieum, magnesium, calcium, strontium, barium and radium. Ikut cara aku senang je nak hafal. Terer x aku hafal??" (sekali lagi maaf kerana BM dan BI bercampur kesan penggunaan PPSMI )

Dalam hati saya amat berbangga kerana saya pasti rakan saya ini akan berasa terkejut dan kagum kerana saya dapat menghafal kesemua element-element tersebut. Saya juga pasti sudah tentu beliau akan meminta saya mengajar beliau untuk menghafal element tersebut. Saya amat pasti dan hanya menunggu beliau untuk mengeluarkan kata-kata tersebut.

Kemudian, dengan muka selamba, beliau berkata

"eh, bukan nanti element-element untuk group two memang dah bagi sekali ngan periodic table dalam kertas soalan tu ke?

Zrreetttt!!!

dan kawan saya itu adalah lelaki.

10 comments:

Farid said...

Saya juga sering tidak benasib baik dengan lelaki. Hubungan yang lepas hanya bertahan selama 8 bulan sahaja.


hehe..
orang tu dah fly g Jepun..
usah dikenang
salah awak gak kan??

liyana said...

eh?
salah saya ke?
no comment..
haha

Dr. Theorist said...

eh, knape x bwat2 bodoh? ini tectic aku. klu xtau pa2, tanya cam nak uji diorg, pas tu bila diorg jawab, dengar je.

xyah buang masa susah2 baca buku. hehe...

liyana said...

hehe
good idea..
nape aku x terpikir eh
xpe2..
pas ni aku leh guna cara ko..
klau aku x dpt 15 nnt
siap ar ko
ngeh3

malayneum said...

muahahah!?

lawakx2

=p

ZReeT!?

liyana said...

lawak..
tp pedih owh
huhu

aHmAd fArHan BiN aGuSaLiM said...

ko kate ko slalu tak bernasib baek ngn laki..mungkin subject yg ko tujukan tuh (i.e lelaki2 yg ko maksudkan tuh) pun MAYBE berfikiran spt ko..dlm hari d0rg msti d0rg ckp

"saya slalu tak bernasib baik ngn p0mpuan" (sbb liyana)..ngeh3..

itu assumption aku jer..bg aku, itu just sebahagian dari "taik2 lembu" yg tlah "r0da" kau lalui..

aku taw ko bkn sexist, or feminist..lelaki2 tuh jugak yg jd warna-warni hidup ko dulu..(i.e adik laki ko, clasmate ko, x-bf ko, dan mereka2 yg laen)

maybe, dgn ke-tidak-nasib-baik-kan k0 bersama2 lelaki2 itu yg wat hidup ko "colourful"

tol tak?! just an assumption..

liyana said...

heh..
agak ar..
tapi yang ni bukan warna2 ceria
atau warna2 asas yang kita beljar masa kat pendidikan seni kat sekolah dulu
ni warna2 hitam, gelap n menakutkan...
kalau bukak kotak pensel warna Luna..
kaler2 cam ni ada kat sebelah yang paling kanan..
ehehe

Farid said...

dia x contact awk ke?
jumpa awek baru kat jepun kot..
ngeh3..
eh..
mamat yg nak fly g UK tu plak..
apa cer?

liyana said...

tidak perlu di-mention kan mereka di sini
tiada significant
hehe
yg nak g UK tu plak
ngah bz ngan AS.. biaq p kat dia la.
yg hang kalut-kalut ni awat nya?
ehehe