BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 9, 2009

Siapakah??

Pernahkah anda khuatir dengan diri anda sendiri. Biar saya terangkan, saya menghidapi short-term memory yang amat kritikal. Masalah terbesar saya adalah untuk mengingati nama orang-orang di sekitar saya. Misalnya,

First case :
Beberapa hari lepas saya pergi menunaikan sembahyang jemaah di Surau Cemara. Di sebelah saya terdapat seorang kakak senior yang turut menunaikan solat jemaah. Sebaik sahaja beliau melihat kelibat saya, beliau mula menegur

" Eh Liyana, lama dah tak nampak.Macam mana cuti? tak nak masuk pidato lagi ke semester ni?"

Otak saya mula ligat memutar kotak-kotak memori untuk mengingati nama kakak ini. Muka nya agak familiar tetapi namanya tidak dapat saya ingati.Sambil mengerut dahi, kemudian saya pun membalas

" Erk..sihat je, tapi berat badan dah naik...bla bla bla bla "

Second Case :
Ini lagi satu kes yang membuktikan masalah untuk mengingati nama orang dalam diri saya amat meruncing. Saya sering tersempak dengan seorang abang senior ini di sekitar kawasan Intec dan juga di Kolej. Setiap kali tersempak, dia akan memberi senyuman dan saya akan membalasnya.Hanya beberapa kali sahaja kami akan berbual pendek. Masalahnya, walaupun telah beberapa kali tersempak, saya agak susah untuk mengingati nama beliau. Seperti kes di atas, saya tidak mengetahui nama beliau. What is happening to me now???? Saya hanya dapat mengingati waktu kami mula berkenalan sahaja.Iaitu semasa malam penutup Hari Sukan Intec 2008 ( impro). Ketika itu saya bertindak sebagai pembawa sepanduk untuk sesi perbarisan kemasukan kontijen. Beliau adalah jurugambar untuk malam itu. Hoho..tragis

Third Case :
argh,,,banyak sebenarnya orang yang saya tidak kenal tetapi mereka mengenali saya. Kadang kala saya merasa agak sedih kerana saya tidak sanggup membuka mulut menanyakan nama mereka. Ades...

2 comments:

amirul iman said...

liyana.

nama aku sape?

haha.

liyana said...

eleh..
wat2 tnya plak
nama ko mr. teletubbies la..
ahaks...hehe