ayuh kawan-kawan mari kita renungkan sejenak apa yang telah kita buat selama satu minggu ini. Biar saya mulakan.
Sabtu ( 17 Januari 2009 )
Mulakan hari dengan pergi ke dewan cemara. Argh bosan. Pagi-pagi lagi dah ada latihan dalam kumpulan dan pembentangan. Depan lima orang panel pula tu. Tengah hari pula ada aktiviti kumpulan iaitu menghasilkan arca dari bahan-bahan terbuang. Petang letih gila tahap gaban. Malam pula ada sesi perlantikan. Hari yang amat panjang
Ahad ( 18 Januari 2009 )
Pergi ke bilik seminar di Cemara. Rancangkan aktiviti sepanjang tahun ini. Nasib baik habis awal.
Tengah hari pula pergi Times Square n temankan Syida pergi Low Yat. Window shopping sikit2,makan, and then balik. Ramai gila manusia kat Monorail. Terpaksa tunggu 3 kali sebelum dapat naik tren. Mahgrib baru sampai di Akasia. Malam pula tengok Anugerah Juara Lagu. Bila pemenang diumumkan saja, semua kawan2 yang ada kat bilik TV menjerit. Habis satu blok dengar suara kami. Nasib baik Pak Guard x marah..hehe. nape la Faizal Tahir x menang?...saya x suka MUH
Isnin ( 19 Januari 2009)
Mulakan kelas cam biasa. Naseb baik kelas sampai pukul 12 je. Petang pula berhibernasi. Malam pula pergi Ole-ole sbb tolong beli calculator kat Rafi. Singgah farmasi cari supplement. Tapi harga agak mahal.Balik je study chemistry ( memang muka study pun..hehe)
Selasa ( 20 Januari 2009)
Pagi pergi kelas. Tapi kelas habis sampai pukul 4.wawa...x suka kelas petang. dah la kelas IELTS ngan Madam Sarah plak tu. Ngantuk nak mampus..haha.Then, balik Akasia tidur. Malam pula ada meeting Toastmaster club. Sembang n borak sikit2. Balik je sambung tidur balik. ( kuat betul aku tidur)
Rabu ( 21 Januari 2009)
Kelas sampai pukul 12 gak. Tapi petang ada amanat from Pengarah Intec. Ngantuk dan membosankan. Baru ku tahu, ramai senior yang x pergi. Haih...kenapa la saya ni rajin sangat pergi eh?. Petang pula ada usrah dengan Kak Ijlal. Dapat makan cheese cake free...yay!! Then, dpat call dari Nana...wa..rindu nya ngan Nana. Sorry Nana..yana busy sikit masa tu..x dpatborak lama2...miss u so much babe
Malam pula ada meeting JPK sampai la pukul 11. Balik pula, singgah bilik Kak Atie kejap.
One more thing, know what? i mess up with Ridhwan....( how stupid i am)
Khamis ( 22 Januari 2009)
Kelas dari kul 8 sampai la pukul 2 petang. Kelas yang paling best adlah kelas biology. Kitaorang study pasal reproduction, sperm,ovum...etc etc. Yang paling kelakar bila cakap pasal sperm and menstrual cycle. To be specific, waktu subur untuk perempuan. Madam Rita agak open bila cakap pasal benda2 ni. Budak lelaki apa lagi la...seronok habis..haha. Syadie, Jalal, Kong are among of them. Nuwa??? ko pun termasuk skali ke?? hahaha. Habis kelas terus balik n tidur ( banyak nye tidur ). Tengah syok2 tidur tetiba je dpat call dari Kathy. Argh sudah. Kantoi aku x pergi meeting IE.
Kathy : Liyana, are u there?
Me : yes Kathy. What's up
Kathy : will u come 2 our meetin
OMG what should i say...nak gtau dia ke mmang saya sengaja x pergi. Then saya dpat idea ni.
Me : sorry Kathy. I have to finish my bio report and submit it 2moro. Urgent...
Kathy : well then..i'll see u 2moro after class ya..
Ok2.That was the story. Pandai jugak saya buat alasan kan..haha. Ok2... sebenarnya saya kena organise this blood and organ donation campaign. I'll be the leader n Kathy is the project manager 4 d programme. Saya kena cari anak buah n wat research sal benda ni. Never mind, for the sake of society i'm willing to do it...cewah..haha.... BTW, lepas habis je campaign tu nanti...club ni akan organise visit to rumah anak2 yatim...noble works loaded..hehe
Malam pula saya habiskan lab report biology n sekarang tengah online. Sebenarnya kat Cemara sekarang ada Solat Hajat Perdana Palestin. Disebabkab lab report saya yang bertimbun. Saya x dpat la pergi. ( kesian Shazeril...2 kali anta msg kat aku suruh pergi..tp aku x pergi jugak..haha )
Jumaat ( 23 Januari 2009)
Kelas pagi start dengan kelas CTIS oleh Ustaz Syed Naqjamuddin. Seronok n best dapat ustaz ni. Banyak plak buat lawak tu. Lepas tu ada sesi pembahagian kumpulan n agihan kerja kumpulan. Ades..kerja makin banyak. Lepas tu plak Kelas English...haha...ngantuk cam besa gak. Wa...saya kena assign wat esei ngan Jalal....argh menyeramkan..haha. Habis je kelas g Pak Li Cafe utk lunch n singgah kedai CD beli DVD Twilight,,,yay!! dapat gak DVD ni...balik rumah leh layan
So that's it. Masuk je sem 2 ni saya amat2 busy. Nak study la, lab report la, usrah la, JPK la, toastmaster, IE n etc etc...never mind, as long as i can manage my time it will be okay. BTW 6 n 7 February ni pula ada camp kat Port Dickson...another busy weekend. Be strong Liyana. You can do it...
It's Okay...lepas ni balik Penang. Yay!! Rindu gila kat Penang sampai termimpi-mimpi. Cuti ni pulak saya kena habiskana banyak kerja. Research sal Autopsy, Project pembentangan usrah, blood donation campaign, study utk topic test n bnyak lagi...huhu
Thursday, January 22, 2009
Intec itu sana sini
Posted by liyana at 10:46 PM
Labels: Liyana to the ke-intec-an
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kejam ko ngantuk masa klas alel20..
hohho~
haha..
aku menguap setiap 5 minit..
pedih gila mata aku tahan ngantuk..haha
Post a Comment