Saya baru sahaja menghadiri Ceramah yang bertajuk Sayonara Palestin pada malam lepas. Terus terang saya nyatakan di sini bahawa sebelum ini saya tidak pernah mengambil tahu tentang kesengsaraan rakyat Palestin. Saya tidak mengetahui apakah itu Hamas, Fatah mahupun Hizbullah. Tetapi, setelah minda saya direncanakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ridhaudin, saya merasakan kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin telah mencapai tahap kritikal. It's againsts human right. Sukar untuk dipercayai terdapat manusia yang langsung tidak memiliki perasaan belas kasihan sesama mereka.
Sekarang ini heboh diperkatakan rancangan untuk memboikot barangan keluaran Amerika. Antara jenama-jenama terkenal adalah KFC,McD dan Colgate. Ada cerita yang ingin saya sampaikan mengenai proses memboikot barangan ini.
Saya baru sahaja sampai ke rumah petang tadi sempena cuti hujung minggu. Selepas beberapa jam, adik bongsu saya iaitu Nabilah yang baru sahaja berumur 7 tahun baru sahaja pulang dari kelas Kafa. Kemudian, opah saya mengadu mengatakan Nabilah sekarang sudah tidak mahu menggosok gigi. Jadi, saya pun bertanya kepada Nabilah ,
" adik, kenapa adik dah tak nak gosok gigi? Busuk la macam ni. Tak nak la cium adik "
Kemudian dia pun membalas
"Tak nak la sebab adik tak nak guna Colgate. Colegate kan Amerika punya"
Kelakar betul la kalau layan budak-budak ni. Walaupun belum matang, tetapi pemikiran mereka lebih arif daripada kita.
Adakah kanak-kanak di Palestin bernasib baik sama seperti kanak-kanak di Malaysia?
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Friday, January 9, 2009
Palestin
Posted by liyana at 9:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment