Hoho...
Beberapa hari lepas saya pergi ke kenduri kahwin abang sepupu saya di Kampar,Perak
Al-maklumlah bila lama tak jumpa macam2 cerita yang kami bualkan..
gosip la, mengupat la n many many more..
tp yg best la kan..
Opah Naimah saya buat story best la plak,
beliau cerita la pasal arwah nenek saya
"Liyana, kamu tahu tak yang arwah opah kamu tu bila meninggal jadi hantu?"
Terdetik di hati saya, apa kes pulak tetiba je jadi hantu?
" Opah kamu tu bila beranakkan mak kamu je terus meninggal. Lepas tu heboh satu kampung nampak lembaga arwah tu"
Dalam Hati saya : uish..ni hot story ni, kalau jual kat Harian Metro mesti laku. Ish3 tak baik la cakap benda negatif pasal orang yang dah meninggal
"Betul!! Aku tak tipu"
Dalam Hati saya : Kisah aku ni ala-ala cerita Pontianak Haru Sundal Malam la..watak aku sebijik cam Maria..hehe. Wo,Wo. Stop Liyana. Tak baik percaya cerita cam ni pasal arwah. Ada baiknya kalau banyak sedekah Fatihah kat arwah. Tak gitu?
Itulah ceritanya,nak kata betul atau tidak,hanya Allah yang maha mengetahui. Sebenarnya saya tak beberapa percaya dengan cerita Opah Naimah ni. Bak kata orang Perak, Banyak beno gelembong nya ( banyak betul tipu nya ).
Yang sebenarnya bukan kita sahaja yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Banyak juga makhluk lain termasuklah hantu ini. Dekat tempat yang saya tinggal sekarang iaitu Putrajaya juga ada cerita-cerita seramnya jugak.
Pernah satu hari saya menaiki teksi bersama dengan abang saya di Putrajaya Sentral. Kami baru sahaja pulang dari Low Yat Plaza. Bila masuk sahaja ke dalam teksi, pemandu teksi tu pun bertanya hendak ke mana. Kemudian kami menjawab Presint 18. Tanpa diduga pemandu teksi itu berkata " Presint 18 yang orang kata ada hantu tu ke?"
Dalam hati : Argh, sudah. Jangan la cerita hantu lagi.
" hari tu masuk Harian Metro kata Presint 18 ada makhluk lembaga hitam"
Dalam hati saya : adus..baru je nak aman tinggal kat sini
" Duduk lah baik-baik kat sana "
Apabila saya ajukan isu ini kepada ayah saya, beliau berkata cerita ni memang betul-betul terjadi. Tapi, yang tu kat Presint 18 A, kitaorang 18 B.
Dalam hati saya : Fuh, selamat..
Sebenarnya presint 18 A tidak lah jauh dari tempat tinggal saya. Nampak la jugak sayup-sayup dari jauh. Setiap kali saya terpandangkan bangunan yang terdapat di situ saya selalu terasa seram sejuk. Lepas tu bila malam je mula lah mimpi pelik. Contohnya semalam saya termimpikan lembaga hitam mengejar saya. Mimpi mainan tidur,dengar tu Liyana
Nenek saya pernah berkata." kamu tu mana tak mimpi hantu, perangai pun macam hantu". haha.Ada betul nya jugak bila dipikirkan. Waktu orang lain sedang tidur, saya boleh memekak menyanyi lagu Hotel California sorang-sorang. Ish ish ish, teruk teruk
Aha!! Sebelum saya lupa, saya juga pernah alami kejadian misteri di Intec.
Satu hari tu saya sedang berlatih menyampaikan pidato saya di bilik TV.Saya akan menyertai pertandingan pidato ini keesokan harinya. Berlatih sorang-sorang dan malam-malam pulak tu. Tengah syok berlatih, tetiba je pintu stor yang ada kat bilik TV tu terbuka dengan sendiri. Argh,apa lagi la ni??. Saya buat bodo je. Tak toleh pun kat pintu tu. Tetiba je, pintu stor itu dihempas dengan kuatnya. Tunggu apa lagi? cabut la...huhu
Itulah post saya setelah lama tak mencoret di ruang blok ini. Saya tidak lah terlalu obses dengan kewujudan hantu seperti Wartwan Mastika. Tetapi saya percaya Allah juga mewujudkan makhluk-makhluk seperti ini di muka bumi ini. Wallahualam
Wednesday, December 31, 2008
Hantu
Posted by liyana at 7:23 PM 7 comments
Labels: Liyana to the colourful life
Monday, December 22, 2008
away
ello..
i'm far away from my home..
sadly..saya x leh on9 selalu from now on..
so,sorry klau sy ada wat salah pape
see u all in intec soon
adios
Posted by liyana at 3:27 PM 0 comments
Friday, December 19, 2008
Jikalau...
pernah x anda terasa sedih ttp tidak tahu kenapa..???
haih..... i dont like this feeling
terasa seperti hendak menghantuk kepala saya ke dinding...
terus ada amnesia...
baru selesai semua masalah...
sometime i feel so scared as if i had committed a big crime..
i'm not a notorious woman..
help
p/s: all these nightmares make me wanna puke
Posted by liyana at 12:02 AM 7 comments
Labels: Liyana to the kebosanan
Tuesday, December 16, 2008
Assignment Biology
hoho..
selepas dipikir-pikir sedalam-dalamnya..
saya memilih tajuk Autopsy utk research biology aku..
idea ni tetiba je muncul masa tngah basuh pinggan petang td..
wawa...
bnyak kerja menanti..
better start now..
adios..
Posted by liyana at 8:55 PM 10 comments
Labels: Liyana to the ke-intec-an
Monday, December 15, 2008
heyah!!!
he ya..
tahun 2009 bakal menjelang..
saya dah siap kan azam for d next sem in intec...
wokeh dokeh..let me list a few
(1) study,study,dan study lg.....tp x nak jd skema sngt...huhu
(2) joging n main basketball tiap2 petang....( zaharah ko nk join aku x? hehe)
(3) berhenti pergi Rafi Bistro....( Rafi Bistro mahal gila...pokai aku )
(4) banyakkan makan sayur-sayuran n buah-buahan ( yang ni mst agak susah )
(5) rangka aktiviti untuk blok akasia 7 ( haha..skema lg )
(6) menyibukkan diri 4 Jawatankuasa perwakilan kolej cemara akasia JPKCA... ( memang muka
menyibuk pun)
(7) basuh kain 3 kali sehari..eh silap 3 hari sekali...fyi, aku basuh baju2 seminggu sekali jek..hehe
(8) Usrah....tha's 4 sure
(9) menyibuk lagi kat Toast Master
(10) tidur awal,paling lambat pukul 11....wawawa.. ni lg la skema
(11) balik rumah seminggu sekali....yes
(12) berhenti kutuk orang..haha..so dak2 intec yg pernah kutuk ngan aku leh tarik nafas lega la
lepas ni
(13) gosip Kong ngan Ca Wei....haha
(14) x nak bising kat library dah....dah taubat
(15) x nak berebut naik teksi or ambek teksi orang lain... ( syida n zaharah tau kot nape )
(16) berhenti argue dngan lecturer
(17) kurangkan pergi KFC,McD,Bakers Cottage or Pak Li Cafe
(18) x nak bising dalam kelas...( haha..korang leh caya x? )
(19) berhenti memekak dngn menyanyi kuat2 dlam bilik aku
(20) banyak beribadah kepada Allah
So..korang doa2 la kan aku supaya aku leh buat semua ni. Aku kan insan hina yang sering melakukan kesalahan...cewah. We'll see smp bila azam2 aku ni dpt bertahan..adios
Posted by liyana at 12:21 PM 4 comments
Labels: Liyana to the ke-intec-an
Saturday, December 13, 2008
Penang
Al-kisahnya bermula lah cerita tuan hamba yang telah melawat blog rakan-rakan tuan hamba. Wah..wah..wah...ramai yang nak promote dialet negeri masing-masing. Xpe2...biar tuan hamba yang jadi pioneer untuk memartabatkan dialet negeri masing2...cewah..
Tanpa nak mengarut lebih2 lg, biarlah tuan hamba senaraikan lagi slang2 dari negeri hamba yang terletak nun jauh di utara sana. Walaupun kini sedang merantau di tempat orang di Shah Alam, asal usul hamba tidak lah sesekali hamba lupakan. Bak serangkap pantun ini
Dagang hamba datang bertempat
(erk...aku dah lupa baris seterusnya...sapa tau tolong sambung )
1. Gerek : basikal
2. Riau : menangis
3. tawaq habiaq : tawar gila
4.gatai merela : gedik
5.maneh meleceh : manis gila
6. Segak : perempuan yang cantik
7. Besho : selalu terkencing....hehe
8. Melangut : termenung
9. mintak kedarah : makan
10. lapaq ayaq : haus
Haruslah anda semua memberi perhatian bahawa untuk fasih bertutur dalam dialet ini, anda haruslah menekankan setiap bunyi r. Misal kata roti tidak disebut roti, tetapi ghoti. Seperti mana kita belajar tajwid, huruf R ditekankan seperti qalqalah sukro ( betul ke eja ni? ).
Ok2...lepas ni akak liyana akan kembali dengan lebih banyak perkataan. Harap bersabar ye adik-adik
Posted by liyana at 9:15 PM 2 comments
Labels: Liyana to the colourful life
Iris
Cause I know that you feel me somehow.
You're the closest to heaven that I'll ever be,
And I don't want to go home right now.
And all I can taste is this moment,
And all I can breathe is your life,
And sooner or later it's over,
I just don't want to miss you tonight.
And I don't want the world to see me,
Cause I don't think that they'd understand.
When everything's made to be broken,
I just want you to know who I am.
And you cant fight the tears that ain't coming,
Or the moment of the truth in your lies.
When everything feels like the movies,
Yeah you bleed just to know you're alive.
And I don't want the world to see me,
'Cause I don't think that they'd understand.
When everything's made to be broken,
I just want you to know who I am.
And I don't want the world to see me,
Cause I don't think that they'd understand.
When everything's made to be broken,
I just want you to know who I am.
And I don't want the world to see me,
Cause I dont think that they'd understand.
When everything's made to be broken,
I just want you to know who I am.
I just want you to know who I am.
I just want you to know who I am.
I just want you to know who I am.
Posted by liyana at 3:56 PM 0 comments
saya kebosanan
Here are the rules ;
1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blog.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.
* * * * * FIRST * * * * *
settle...done....
* * * * * SECOND * * * * *
dah buat
* * * * * THIRD * * * * *
ni pun bukan dah wat ke?...xpe2...wat jela
1. saya suka curi makanan adik saya. Biar sy bg contoh...kalau adik saya beli ais-krim...sy yg bnyak makan aiskrim dia...bila dia dah nangis, baru sy bg balik
2.mata saya berwarna cokelat cerah
3. saya bekas ahli sukan sekolah...mesti ramai yg x caya
4. senang diserang selesema..
5. suka tengok sponge bob square pants
* * * * * FOURTH * * * * *
x nak tag la...diorang bukannya nk wat pun..huhu
* * * * * FIFTH * * * * *
settle...done...ages ago
* * * * * SIXTH * * * * *
???
Posted by liyana at 2:36 PM 0 comments
Labels: Liyana to the tag
Friday, December 12, 2008
tag.....again???
wa...aku baru balik dari cuti-cuti Malaysia...letih...ok2...skrang wat tag plak
Tagged by Amirul
01. what is the most important thing in your life ?
~my family
02. what is the last thing you bought with your own money
~ DVD Harry Potter
03. where do you wish to get married ?
~ saya x nak kawen..hehe
04. how old do you think you will get permanently owned by your lover ?
~ bloody hell...i don't know
05. are you in love ?
~ with Harry Potter
,
06. where was the last restaurant you had dinner at ?
~ Alamanda Putrajaya
07. name the latest book you bought ?
~ pergi library jek..save duit
08. what is your full name ?
~ Nur Liyana Binti Rosli.
09. do you prefer mother or father?
~ both
10. name a person that you really wish to meet in your real life for the first time?
~ Daniel Radcliffe
11. christina or britney?
~ Britney
12. do you do your own laundry?
~ masuk dalam mesin basuh,then tekan2 button,tunggu kejap,then siap...jemur...kan senang
13. the most exciting place you want to go?
~ India
14. hugs or kisses ?
~ eeuuuuuuu
15. point out five things about the person who tagged you
~ mr. pres...hoho
~ classmate chemistry
~ lelaki... of course la
~ orang kelantan
~ heh, cukup rr tue..
16. eight things i’m passionate about
~ shopping....
~ makan
~ sembang
~ music
~ reading...huh
~ melancong
~ kelas Puan Rita,,,hoho
17. eight books i have read recently
~ Kawin-kawin.....novel satira yg menang hadiah utusan....best n lawak...
~ queen of broken heart...boring
~ Angels
~ pendragon
~ enrique : mengundang jauh
~ erk...xde dah kot
~ xda
~ saya kata xda...xda la
18. eight songs i’ve been listening over and over again
~ the kill : 30 seconds to mars
~ what about now - daughtry
~ diary of jane - breaking benjamin
~ irreplacable : beyonce
~ saya susah nak pikir...dah lupa
~ check la dlam playlist mp3 aku..
~ sudah2 la
~ lalala
19. eight things i learned this year
~ driving
~ kerja di kedai buku yg x best..haha
~ idup sorang2 kat s.alam
~ how to manage my own money...huh
~ slang KL....hoh
~ jd ketua blok akasia 7..
~ meeting Jawatankuasa Perwakilan Kolej tiap2 minggu
~ tidur pukul 3 pagi... x pernah2 nye wat pun
20. persons you tag
~ Along!! (entah dia nk wat ke x )
~ nuwa
~ annemishi
dah2 cukup
Posted by liyana at 10:25 PM 0 comments
Labels: Liyana to the tag
Monday, December 8, 2008
makan makan dan makan lagi
Hari ini adalah hari raya Aidiladha. Jadi, banyak daging korban yang tersumbat di dalam peti sejuk rumah saya. Disebabkan kami sekeluarga bakal berangkat untuk cuti-cuti Malaysia pada keeskokan hari, jadi daging-daging tersebut perlulah segera dimasak. Biar saya senaraikan jenis masakan berasaskan daging yang dimasak oleh nenek saya yang tercinta :
(1 ) rendang
(2) daging panggang
(3) masak kicap
(4) serunding
Di samping itu, saya juga turut menikmati makanan-makanan merapu yang menghuni peti sejuk saya
(5) Keju
(6) Cokelat cardbury
(7) Nugget
(8) roti
Bayangkan kesemua kepelbagaian makanan ini menjadi santapan anda dalam tempoh sehari. Argh, saya tidak dapat menggambarkan tahap kesihatan saya pada masa ini. Perut saya sedang menunggu bom jangka untuk meletup. wawawa. Itulah bunyi perut saya ( betul ke? )
Posted by liyana at 10:44 PM 8 comments
Labels: Liyana to the colourful life
Friday, December 5, 2008
Oh tidak. Saya di-tag lagi
tag from adik Iman
Rules and Regulations:
1. Each player writes a little blog of 15 weird or little known facts about yourself.
2. People who gets tagged needs to state the rule clearly before hand.
3. At the end, you need to choose 10 people to tag and write their names down.
4. No Tags back!!!!
( buat dalam versi BM la...lg best )
1. Saya sangat suka menyanyi. Sehari kalau x menyanyi x sah. Klau x prcaya, tnyalah housemate saya..huhu. Pernah juga saya berjalan kat tengah2 orng ramai sambil menyanyi. .penyakit yg x dpt dikawal
2. Saya ada lebih ramai kawan lelaki drpd kawan perempuan..sbb tu la ramai kata saya playgirl intec...huhu
3. Saya suka gelak kuat2... nenek saya selalu je marah saya. Dia kata apa la anak dara gelak kuat2 macam pontianak.haha... susah nak buang la perangai ni
4. saya agak outspoken. Saya boleh kritik something kalau benda tu saya x suka. Sapa pernah kritik ngan saya tau la kan..
5. saya tidak pandai memasak...wawawa..
6. saya suka mengigau....n kekadang sleep walking...tp xe la kronik sngt.
7. Saya sngt suka memandu. Tapi agak lemah bila nak parking kereta. Pernah sekali saya nak g McD, pas tu nak parking kereta la kan..then...kereta saya terlanggar kereta sebelah...wa...cuak..tunggu apa lagi? cabut la..huhu
8. Saya suka menari dengan adik perempuan saya yg berumur 7 tahun...
9. Sngt meminati doktor sheikh muszaphar ( dulu la ) sehingga pernah berangan berkahwin dengan beliau
10. saya sngt suka shopping!! sbb tu la duit biasiswa saya dah nak dekat habis
11. Saya sngt suka makan coklat. saya boleh habiskan satu keping cokelat cardbury yg besar tu dalam tempoh sejam sahaja...hehe
12. Saya ni jenis yang bising. Atau dalam bahasa lain, jenis hu ha hu ha. Saya pernah buat study group bersama-sama dengan Anuar, Rafi dan Akmal di perpustakaan. Disebabkan, adanya Anuar yang mana mulut beliau yang agak bising, ditamabah pula dengan saya yg sedia bising, menyebabkan kami dimarah oleh librarian di situ...wawawa
13. Saya tidak suka tidur. Kalau saya tidur, saya amat susah nak bangun
14. Saya pernah membuatkan pinggan kesayangan nenek saya terbakar. Jadi, saya sorokkan pinggan itu di bawah sinki. Bila nenek saya jumpa je pinggan tu, kantoi
15. Saya tak suka makan nasi. sy lagi suka makan burger or roti or apa2 yg sewaktu dengannya
Pelik kan, aku guna ayat skema la plak...
so..sekarang ni, aku nak tag :
(1) Four aka cik fatin
(2) Amirul Mukmin ( haha...kena balik kat ko )
(3) Asri
(4) Cik Aqila
Cukup la...x nak la bnyak2
Posted by liyana at 12:07 AM 10 comments
Labels: Liyana to the tag
Wednesday, December 3, 2008
Malam-malam buta
Apa yang aku nak mengarut kali ni eh? Cuti dah masuk minggu ketiga ni, tapi satu buku pun aku tak sentuh lagi ni. Tak boleh macam ni. Okey Liyana, wake up!! Banyak lagi kerja menanti. Asyik study je. Tak boring ke? Takpe2. Fikir positif. Saya suka study!! (tapi sebenarnya mak aih ).
Ha!! Baru aku teringat pasal semalam. Makin lama penyakit insomnia aku makin teruk. Al-kisahnya, semalam kul 12 dah masuk tidur, tapi x leh terlelap jugak. So, aku pun layan la MP3 aku. Sambil layan lagu sambil menyanyi. Malam2 buta pun memekak lagi. Biar lah, bilik tu aku sorang je guna. Selalunya kalau aku dengar lagu, aku cepat je tidur. Tapi memandangkan penyakit insomnia aku ni dah teruk, dengaq lagu pun x leh tidoq gak.huhu
Dah tu bila cek xtau nak wat apa ( slang utara la plak ), aku pun belek2 la paper The Star yang ada dalam bilik aku tu. Semua section aku baca termasuklah section sport and business yang tak pernah-pernah aku sentuh selama ini. Habis je baca paper tetap x leh tidur gak. Jam pun dah kul 2 pagi.
Tetiba telefon bimbit ku berbunyi ( cewah...ayat skema la plak ). Sapa la pulak antaq message malam2 buta ni. Then aku check la, owh..Farid rupanya ( Farid tu abang angkat aku since form 1 lg )" x tdo lg ke?" tanya beliau. Pas tu aku pun balas la "insomnia". x lama kemudian dia pun balas la "ha3 sian2. Saya tdo dulu la.esok ada class.tata". Cis...x concern betul abang angkat aku sowang nih...biarkan je la.
Ok2...back to the story. Lepas tu aku pun cuba la nak sambung tidoq. Then, bila nak lelap jek. aku terdengar bunyi pelik dari luar. Adus...cuak la plak. Untuk x nak dengar bunyi2 pelik tu, aku pun sumbat la telinga aku ngan earphone. Kononnya x nak dengar bunyi tu la. Tapi, alahai makin kuat la plak.huhu. Disebabkan ke-cuak-an yang sudah mencapai tahap gaban, aku pun cepat2 berangkat ke bilik nenek aku. Masa tu dah pukul 3 pagi. Bila subuh jek aku balik ke bilik aku balik sebab aku tak tahan nenek aku berdengkur kuat sangat.huhu
Itulah arakiannya cerita tuan hamba yang x best pun. Sebenarnya kat Akasia pun aku pernah dengar bunyi2 menyeramkan cam ni gak. Tapi,nanti2 la aku cerita. Ok
Moral of the story : jangan tidur sorang2. Sapa yg dah kawen lain cerita la
Posted by liyana at 4:12 PM 6 comments
Labels: Liyana to the colourful life
An endeavor to nullify the perpetual AIDS stigma
AIDS is a virulent disease which hitherto had killed 2 million of lives in this entire world. Take Bostwana for example, 40% of its people carry the disease. You might be wondering. what's on earth all of sudden i become so concern about the AIDS patients. Well, this is because the world had just celebrated the AIDS day on 1st December. Besides, i am a future doctor, so this entry is a kind of a minute endeavor sincerely from the bottom of my heart to fulfill my responsibility to the society.
So, what i want to convey is that we should not treat the AIDS patients inconsiderately. They have the right to live a normal life as we all do. Ask yourself, do you ever aware about how much the pain that they must endure? Sadly the presence of AIDS patients is frowned upon in society and they are often deemed deranged. AIDS has never create pandemoniums and they had never went berserk. Nobody ever cares about their resentment and what disheartening is that, they cannot vent their frustration about the unfair treatments they received. Alas, no frivolity efforts have been carried out .
Who should be blamed for their misery? You,me or the society? i dare to say that the perpetrator is the society. When you will be concerned about their resentful feeling? Act now. Do your part. Do not treat them badly. Give moral support to them for the prosperity of our world.
Posted by liyana at 3:26 PM 0 comments
Labels: Liyana to the society
Tuesday, December 2, 2008
10 perkataan
Berikan 10 perkataan yang orang utara sering sebutkan :
1.Bapak aih ( kekadang mak aih )
2.kepala hotak hang ( kasar kan?...utk orang utara biasa la tu )
3. x tau
4.Tengok apa? ( lepas tu usha orang tu balik. Biar dia malu..haha )
5. awatnya?
6. awat hang kalut?
7.boring nya
8. tu no?
9.woi ( selalu sngt sebut )
10. awat lagu tu?
Posted by liyana at 9:59 PM 1 comments
Labels: Liyana to the kebosanan