Saya ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Memandangkan saya sedang bercuti sekarang, saya hanya ingin menulis mengenai keluarga saya. Adik lelaki saya ini berumur 16 tahun, perangainya sama seperti budak-budak lelaki lain, layan indie band yang ntah apa-apa, suka keluar hu-ha-hu-ha dengan kawan-kawannya dan amat suka dengan bola sepak ( lihat post terdahulu ). Pendirian saya masih sama hari ini iaitu, bola sepak itu adalah sukan yang amat membosankan.
Saya dengan adik lelaki saya sering tidak mempunyai pendapat yang sama. Pernah suatu hari saya menerima panggilan telefon dari kawan saya. Kami berborak panjang. Kebetulan sewaktu saya menerima panggilan telefon itu, adik lelaki saya ada berdekatan saya. Habis sahaja berbual, saya letakkan telefon kembali di tempat asal, berpusing 180 darjah ke belakang dan saya terpandangkan adik lelaki saya sedang melihat saya sambil tersenyum sinis. Kemudian, dia ketawa sekuat hati
" eleh...mentang-mentang la duduk Shah Alam, cakap slang KL la pulak. Korang la, kitaorang la, diorang la...lupa habis vocab utara " dia cuba untuk menyakitkan hati saya.
" biaq la...yang hang kalut ni awat nya.Hang pun bukan dah tukaq slang ka?" saya cuba untuk membela diri saya
" mana ada. Hang la yang tukaq slang" adik saya cuba membangga diri
"eleh..hang belajaq kat RMC mesti senyap-senyap tukaq slang kan?" saya memadangnya sambil memberi senyuman sinis
senyap...
senyap....
senyap...
" Perempuan kan, mesti ubah slang kalau duk kat tempat lain" adik saya cuba lagi untuk menyakitkan hati saya.
"Habeh tu..kalau orang cakap utara, depa bukannya nak paham pun" sekali lagi saya membela diri.
"tau la hang malu nak cakap utara" kali ni adik saya betul-betul menyakitkan hati saya
senyap...
senyap...
senyap...
Tiba-tiba, telefon bimbit adik saya berbunyi, dia mencapai telefon bimbit tersebut, tekan butang jawab dan saya terdengar adik saya berbual
" eh...kalau kite bawak dia sekali, takpe kot. Korang jangan la lupa yek. Kitaorang nak ikut sekali la..kih..kih..kih"
Nota kaki : Orang - saya, depa - mereka
Friday, June 5, 2009
lari dari normal amatlah bagus
Posted by liyana at 5:11 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
dua-dua kejam
adik hang mmg lawak..
eh,mana teka-teki..?
haha.baikk la post nih :)
ahhahaaahaaa...
inilah namanya gendang kosong..
:)
kau kira oke ar. still bangge ngan utare. n still ckp utara kalau jumpe kawan2 utara.
hmm.. hmm.. hmm..
cube kau tengok budak2 negeri. haha. penah dgar diorg ckp negeri tak? walaupun sesame diorg. haha.
Pemberi-pemberi komen sekalian, saya sayang anda semua.. :)..XD
Farid :
yeah!! kitaorng mmang kejam...wewe
epul :
teka-teki dah delete sbb mrapu sngt
Syed Danial :
welcome to my blog.. :)
Crixerity :
yeah!! adik aku mmang gendang kosong
iman :
negeri tu negori sembilan eh?
haha..
aku ada kawan orng n9..
jarang ar dngar slang dia
dekat kmb kitorang (aku dan rakan) selalu kacau sorang budak ni yang pekat gila utara dia..ahahhahaa..tu la, cakap utara lagi..las2 dia segan dah, terus nak ubah..tapi tetap tak jadi juga..lawak betul..ahhahahaa..
ada sorang ni lagi dasat..dia cakap nak mengutarakan kmb...ahahahaa.
dua2 perempuan..
konklusi : perempuan utara memang ekstremis.. XD
haha.btol? pompuan mmg mcm tu ke? aku igt laki lagi la extreme.mcm member aku sorg kat cni.nk ckp selatan buleh tapi burok.hehe.rasanya kalu dah ckp utara pekat dari kecik mmg susah nk tuka kot :)
crixerity :
haha.
kat inetc ni terbalik lak..
laki yg kuat cakap utara..
aku klau ckap utara ngan kawan pompuan aku..
cam pelik jek bunyi..
even kawan2 lama aku kat penang dulu..
aku cakap guna slang KL jek
rasa cam utara murtad lak
huhu
Syed Danial :
klau cakap selatan okay lg
sbb x ketara sngt slang nye
cuma bnyak ayat yang ending ngan "eh"
huuhuu
apa2 pun..aku bangga ngan slang utara..
:)
haha.tapi kalu dah pekat sgt pn kan, bunyik pelik gak kan :).utara murtad? hehe.ayat baru yg best.oppss.sry nyebok lama2 kat cni.tumpang lalu~ :)
owh..never mind
u r my guest
hoho
biasalah adek beradek ghitewww.. ehehe, salammms
owho..wasalam. :)
Post a Comment