Jam biologi saya sudah rosak. Jatuh terhempas dari altitude 5000 m aras laut,terhempas dan pecah berderai jatuh ke lantai. Sudah tidak boleh diselamatkan. Jadual hidup saya memang sudah tunggang langgang. Saya akan mengemas rumah,sapu sampah pada pukul 2 pagi dan pada pukul 5 pagi baru saya tidur. Waktu bangun tidur pula, hanya beberapa detik sebelum waktu menjadi tengah hari. Saya cuba untuk fikir positif, saya anggap saya sedang menjadi Pak Guard rumah saya pada waktu-waktu malam begini. Tolong jangan komen perenggan ini, saya sedang terdesak.
Saya ingin menjadi isteri mithali, satu hari nanti.Ya,satu hari nanti, mungkin 3 tahun lagi, mungkin 6 tahun lagi, dan mungkin juga 10 tahun lagi. Saya tak nak, bakal ibu mertua saya complaint tidak tentu pasal jika saya tidak pandai membuat kerja rumah. Saya tak nak ibu mertua saya sama garangnya seperti filem Ibu Mertua. Taubat, saya tak nak!! Silakan jika anda ingin komen perenggan ini, kali ini saya tidak terdesak.
Jumaat lepas, saya dalam keadaan terdesak. Ibu saya keluar. Ayah saya keluar. Adik-adik saya menjerit kelaparan ( okay, yang ini saya pandai-pandai tambah sendiri ). Tiada orang untuk memasak. Atas dasar penuh tanggungjawab sebagai seorang yang ingin menjadi isteri mithali suatu hari nanti, saya masuk ke dapur. Saya buat pusingan 360 darjah di sekeliling dapur, saya selongkar peti sejuk, saya selongkar almari dapur, otak saya berligat-ligat mencari idea untuk memasak makanan.
Saya nampak sotong beku dalam peti sejuk. Saya keluarkan, rendamkan dalam air dan terus saya mendapat idea untuk masakan saya pada hari itu. Maklumlah,pertama kali masak kan. Saya letak kuali atas dapur, buka api dapur, tuangkan sedikit minyak sambil-sambil berdoa semoga masakan saya kali ini menjadi. Kemudian, saya masukkan sotong yang telah direbus sebelumnya.
Biasalah orang pertama kali masak kan
Sekarang sampai lah ke bahagian yang paling kritikal. Bagi juruterbang, bahagian yang paling kritikal adalah mendaratkan pesawat, bagi pekerja kilang, bahagian yang paling kritikal adalah semasa menunggu kedatangan bas kilang. Bagi penduduk kampung saya, bahagian yang paling kritikal adalah mengelak najis lembu di tengah-tengah jalan. Bagi saya pula, selaku tukang masak armatur, bahagian yang paling kritikal adalah ketika memasukkan cili boh ke dalam masakan saya.
Biasalah orang pertama kali masak kan
Saya masukkan satu sudu cili ke dalam kuali. Hairan, tak bertukar ke warna merah pun. Saya letakkan lagi satu sudu cili, masih tidak bertukar ke warna merah. Saya tak berputus asa, saya masukkan lagi satu cili ke dalam masakan saya, juga masih tidak bertukar warna. Akibat terlalu geram dengan kondisi masakan saya yang tidak bertukar warna, saya masukkan tiga sudu besar cili sekaligus. Masih tidak dapat menghilangkan perasaan geram saya, saya masukkan pula sos cili sampai habis setengah botol. Saya tersenyum sinis di dapur sorang-sorang. Baru padan muka sotong-sotong ni.
Biasalah orang pertama kali masak kan
Pengalaman pertama adalah pengalaman yang paling indah. Jadi, saya tidak mahu mensia-siakan pengalaman ini. Lihatlah dunia, gambar masakan pertama saya di atas muka bumi ini.
Biasalah orang pertama kali masak kan. Jakun sikit
Bila ibu bapa saya pulang, saya hidangkan makanan kepada mereka. Saya akan sujud syukur jika ibu bapa saya katakan masakan pertama saya sedap. Saya lihat, ibu saya berselera juga makan. Bila saya tanya pendapat ibu saya, ini jawabnya :
" Sedap..sedap, lepas piawai ni"
Saya tersenyum sendirian, sedang saya mengalamun keseorangan, ibu saya mencelah
" Tapi pedas sikit lah"
Saya pandang muka ibu saya, menagihkan simpati supaya ibu saya tidak lagi mengkritik masakan saya. Saya lihat ahli keluarga saya yang lain begitu berselara makan masakan saya.
Biasalah orang pertama kali masak kan
Keesokan harinya, satu tragedi menimpa keluarga saya. Mungkinkah berpunca dari saya? Saya tidak tahu mengapa. Mahu tahu apa yang terjadi?
Seluruh keluarga saya diserang cirit-birit
Monday, June 15, 2009
Biasalah orang pertama kali masak kan
Posted by liyana at 12:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
hahaha..kalo nak ibu mertua baek, kawen ngn aku je ah...hahaha..kiddin2..
erm..ok la tuh..ade insiatif nak jadi wanita..ngeh3
mcm tuh bnyk punye cili ko bubuh, naga pun pasti cirit k0t...seb bek ah takde yg kena gastrointestinal cancer ke, appendix ke...hohoho..kira ok la tuh, we learn fr0m mistakes kan3?!
anyway, aku salute la walopun ko kemas umah kul 2 pagi, atleast ko buat sumtink...bab bangun tgh hari tuh, bley alter lagi...
kalo ko jadi wanita ayu nnt, bukan aku yg untung pun, ko dan mereka2 yg di sekeliling ko gak yg untung...
anyway- its a good start for sure..hoho
hoho..
baik gak ko ni..
x sangka aku
neway..
thanx ar..
aku bg 10 markah kat ko..wakaka
saya mahu juga komen peranggan satu.
sebab nasib kita serupa.
cuma aktiviti jea berlainan.
hahaha.
kemas? kalau kemas pagi2 buta. petang esok tadak kerja nak buat pulak. jadi, biarkan berselarak dulu. pagi2 buta. org lain buat taik mata. kita jd burung hantu. sedar. dah pukul 1 tghari. mujur. semua keluar buat kerja masing2.home alone.
tapi kalau dah bosan sgt. kol 3 pagi pon dok mop rumah. adoih.
bab masak!
whoaaa. pedasss!
xP
nana tatau buat sotong tuu.
sotong masak kicap tau lah.
nak resipi? hehehe.
wewe..
yana x leh tgok rumah x kemas..
tangan mst gatai nak kemas..
wakaka
wokeh2..
nnt g resipi wat sotong masak kicap..
x guna cabai kan?
ahaha
how come jd cmnie..?
ade ak yg rock gile pn tau masak,
& sume org puji..
xde ag kes cirit-birit..
berguling-guling ak kat lantai cendana nie..
haha
Biasalah pertama kali belajar memasak..wakaka
wu..
jgan la guling2 atas lantai tu..
hempap je badan ko atas lantai
haha
hahaha...smpi mcm gitu skali lah..
hahaha...ermmm...xpe2..bleyh blaja lg masak tue...btol kate farhan..we learn from the mistake...nnt bleyh bwat sedap lg...ade langkah berjaga2 cket..huhuhu..n then bleyh msk n bg ak rase plak...hahaha..btw..
satu langkah yg baek..n truskan usaha anda...(",)..
wewewe...
tenkiu2..
lpas ni nak masak lagi..
yeehaa
huhu...
kwangx3
sian kat famili ko...ishx3
uit!?
nnt kasi la aku rase masakan ko
hahaha
muahaha...
boleh je aku bg ko rasa masakan aku
tp ko kena siap sedia lah
takut2 kena cirit birit..haha
tatau lah sodap ke idak.
den maen campakk jea.
hoho.
bahan2.
sotong.bantai jea sotong apa yg ada.
ubi kentang d potg bolat2. xP
bawang merah.
bawang putih.
cabai hidup.
kunyit,garem,kicap.
ubi dgn sotong tu gaul sebati bersama garam dan kunyit. garam ikut sedap campak la. jgn byk2,nnt masen plak. hoho.
masak ubi dulu bg empuk skit.
pastuh campak sotong.
guil guil guil.
campak bawang2 semua.
guil lagii.
boh skit kicap.
kalo rasa nak manis ka,
taboq jea gula.
tp time buat tu, rasa2 aa sama.
kot kot sedap kaaa?
hohooo.
resipi sendiri bikin
kalau mau try.
silakan~
:)
hebat ar nana
dah la kawen ni..
weeee...
ngan sapa?
aiman kah?
ahahaha
nnt yana balik penang
masak tau..
nak rasa sedap ke x..
haha
bahahah
tak hebat lah.
taktau masak gulai mana leh kawen yanaa.
hoho.
aiman? bababa. merepek.
kasi perempuan lain saja sama dia.
wa tamau oh. xP
nana pos jee antar sana. hehe
xyah pos..
guna YM jek..
cepat sikit smpai..
muahaha
huih. akibat terbaca post ini. mula la aku rase nk buat satu lg label dlm blog ak. "masak memasak"
haha.. nnt ak postkn resipi2 yg ak tau n pnah buat..(kalo rajin la)
sian jgak kt ko x reti masak. huhu..
ahaha..
silalah..
buatlah..
pas 2..
leh aku try
lagi ramai la kena cirit birit nnt
hoho
lalala....
ni mst kes cili xmasak ni...
len kali bg masak dlu cili 2...
ps2 buh air asam jawa skit...bg lemak2...
bru ad kick...hehe
ahahaha...
x pernah masak..
biasalah 2
Post a Comment