BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 20, 2009

tidur...zzzzz

Bila exam sudah habis, perkara yang paling saya utamakan adalah untuk men-qada kan tidur-tidur saya. Anda bayangkan, semasa waktu study leave saya tidur pada jam 3 pagi dan bangun awal pagi keesokan harinya. Itu belum lagi sewaktu minggu exam, di mana saya tidur pada jam 2 atau 3 pagi setiap hari dan pukul 5.30 pagi sudah bangun. Saya rasa ini bukan masalah besar tetapi ramai rakan-rakan yang menegur mengatakan saya serupa Zombi yang tidak cukup tidur bila masuk ke dalam dewan peperiksaan . ( owh...biarkan budak-budak memang berpikiran begitu ).

Dan bila cuti sudah mula menunjukkan diri, saya mahu membalas dendam. Saya tidur,tidur,tidur dan tidur sahaja. Tidak perlu diberitahu di sini pada pukul berapa saya bangun setiap hari ya.Owh ya, tidak lupa, saya juga banyak menolong ibu saya membuat kerja rumah semasa cuti ini. (erm.. okay..fine, sikit je...tp still significant kan? )

Percaya atau tidak, walaupun baru 5 hari sahaja cuti, saya sudah mula berasa bosan tinggal di rumah. Hajat mahu keluar, tapi tiada sumber kewangan yang kukuh. Jadi, untuk meluangkan masa dengan melakukan perkara-perkara berfaedah, saya habiskan dengan tidur sahaja. Ye lah... nak ganti balik tidur yang x cukup kan ( alasan yang boleh blah...saya tahu ) . Tiba-tiba sahaja saya teringat tentang kisah saya di hostel semasa minggu exam.

Tahukah anda, bila waktu tidur saya sudah tidak tentu hala, yang malam jadi siang, yang siang jadi malam, yang pagi jadi petang dan petang jadi pagi (apekah?), jam biologi saya juga turut ikut sewel.

Pulang sahaja ke hostel selepas menjawab peperiksaan, saya terus tidur. tetapi sebelum itu saya kuncikan jam saya supaya bangun pada pukul 5.30 petang. Waktu sama saya bangun semasa study leave, tetapi itu di sebelah pagi, kali ini 5.30 petang. Dan bila tidur pula, saya ini jenis yang tidur mati. Tidak sedar langsung apa yang berlaku. Nenek saya pernah membebel
"kamu ni kalau tidur, bom meletup kat luar pun mesti tak bangun".
Owh ya.. begitulah perangai saya.

Akibat terlalu letih stay up sepanjang malam sebelumnya, saya terus lena dibuai mimpi. Tahu-tahu sahaja, alarm handphone saya berbunyi "riang" ( bunyi alarm lah bunyi yang paling saya benci kat dunia ni..betul, x tipu!! ) saya terus bangun. Memikirkan keadaan bilik saya yang gelap dan kelam, saya fikirkan pada jam itu sudah pukul 5.30 pagi.Memikirkan juga saya sudah terlambat, Saya tergopoh-gopoh mencapai tuala, ubat gigi, berus gigi dan sebagainya, seterusnya buka pintu bilik yang terkunci rapat,keluar dari bilik, berlari-lari anak ke bilik air dan tiba-tiba sahaja langkah saya terhenti... saya terpandangkan teman serumah saya.

Pelik dan hairan. Mereka bangun awal untuk menelaah pelajaran. Selalunya, saya lah yang paling awal bangun dalam rumah itu ketika musin peperiksaan.

Dengan muka selamba dan mata yang masih merah menahan mengantuk sambil menguap beberapa kali, saya pun bertanya kepada mereka,

" awalnya korang bangun hari ni, exam kan start pukul 9 ni"

Kemudian, teman-teman serumah saya memandang saya dengan muka yang maha hairan dan seterusnya salah seorang dari mereka berkata,

"Liyana, baru pukul 5.30 petang la"

"huh??"

Disebabkan tidak daya menahan malu yang teramat sangat,saya terus masuk ke bilik dan menyambung tidur. Malu tahap dewa la katakan.Taubat..x nak buat dah

Kesimpulannya

Okay, pengajaran yang saya dapat dari peristiwa ini adalah
(1) jangan stay up waktu exam...pesanan berkali-kali mak saya
(2) kalau nak tidur, baca doa dulu..ni x pasal2 jek ter-malu
(3) kalau dah tau silap tu..pandai2 la nak cover..sambung tidur balik adalah strategi yang amat bagus
(4) agak-agak bila duit JPA nak masuk eh?


sekian

6 comments:

amirul iman said...

duit masuk bulan 6 kot.

duit ko dah abis ke?

liyana said...

haha..
good question...
dah hbs berkurunan yang lalu
huhu

amirul iman said...

gile cpt.

bape share ko beli kt rafi bistro?

haha.

liyana said...

standard ar 2..
aku ni mmang big spender gila ar..
aku pun risau ngan masa depan aku ni..
hahaha

shinichi kudo said...

ko laa org 1st ak jupe cmni..
haha..
liyana,aku lupe nk gtaw ko..
cg ak jns boleh hidup tnp hp..
hurm,
duit ak pn dh kering nie..
hrp2 msk sblm praktikal atau ms praktikal..

liyana said...

marilah kita berdoa semoga duit cepat masuk ya