Jiwa saya ini sudah mula ke arah barat. Ini membuatkan saya risau, saya tidak mahu darah timur semulajadi yang mengalir dalam badan saya hilang impaknya.Sekarang, saya lebih suka menonton filem-filem barat, mendengar lagu-lagu barat dan membaca karya barat. Perkara-perkara ini benar-benar membuatkan saya susah hati.
Saya kira jika saya pergi menonton wayang, membeli album, dan membeli buku karya negara barat, saya seumpama menyedekahkan duit saya kepada mereka dan mengabaikan hasil karya negara saya sendiri. Jadi saya ambil langkah mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Saya bertukar dengan download filem dan lagu barat melalui internet. Selamat, cepat dan percuma.
Jadi, banyak filem yang saya telah muat turun kebelakangan ini. Filem barat yang ditayangkan di pawagam sekarang iaitu filem 'Night at the museum 2' telah menarik minat saya. Seperti biasa, saya tidak mahu duit saya dilaburkan kepada filem barat. Jadi, saya memilih untuk muat turun sahaja.
Semalaman saya menunggu proses muat turun ini siap. Saya mula meng-download pada awal malam, setiap minit saya memerhatikan progress proses download ini. Nak menunggu peratusan download itu naik terasa begitu lama. Betul-betul menyakitkan hati saya. Saya memang tidak sabar untuk menonton sequel kepada filem 'Night at the museum 1'
Setiap saat saya menunggu dengan penuh sabar. Bila jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, saya biarkan laptop saya terpasang dan saya ambil keputusan untuk tidur sahaja. Jam 6.30 pagi saya bangun, selesai sahaja mengerjakan solat subuh, saya duduk mengadap depan laptop dan alangkah berbunganya hati saya bila terpandangkan icon di laptop yang bertulis ' Night at the museum 2 - complete' maknanya proses muat turun telah selesai.
Saya tidak sabar untuk menonton filem ini, saya sudah ambil kerusi, betulkan posisi saya, betulkan skrin laptop, kuatkan volume laptop, dan terus saya click pada ikon 'play movie'.
Kualiti gambar yang dipaparkan amat bagus.
Saya tunggu dan terus menunggu, tetapi saya mula berasa pelik apabila intro filem ini tidak seperti intro filem-filem barat yang lain. Tidak seperti intro filem 'Night at the museum 2' yang saya bayangkan.Saya tunggu dan terus menunggu, kemudian, mata saya terbeliak dengan tajuk filem yang dipaparkan dalam intro itu
'Paris Hilton Sex Scene'
Tuesday, May 26, 2009
Saya nak jadi budak baik, tak salah kan?
Posted by liyana at 11:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
layan jek la..
ish3..
ko ni pun
jangan laa terpedaya dgn download movie yg bru kuar..
tunggu laa lame sket..
x sampai seminggu pun ag..
adoi laa..
kn dah buat dosa kat c2..
waduh2..
gamat sih..
gue taknak bikin dosa
huhuhu
cepat,g taubat nasuha..!
wa..
aku budak baik...
x tgok pun
kahkahkahkahkahkahkah!!!!
kau ni haih!!!
lawak dow!
ahhahahhaha!
mari kita sama2 ketawa..
:)
send kat ak movie 2:)
cari sndri lek
night at the museum 2 yang sebenar itu sangat best.
haha..
mestikah kamu memasukkan perkataan "sebenar"...huhu
peergh~~~~ haha.. cam best~~ :))
bes..tp x layan..haha
Post a Comment