BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 31, 2009

bla..bla..bla



Sedang Bahagia sekarang..... :)


p/s : baru balik dari relay..nak tidur..letih tahap gaban

Thursday, May 28, 2009

Bola sepak itu kalau kita gelar sukan untuk gay tidak mengapa kan?

Saya tidak pernah sukakan bola sepak. Bagi saya bola sepak itu adalah sukan yang amat bosan. Kerana bola sebiji mahu berkejar-kejaran di sekeliling padang. Kerana bola sebijik mahu dilayangkan kad merah dan kad kuning, kerana bola sebijik mahu diterbalikkan trak polis, mahu dibakar rumah, mahu bikin kecoh di tengah jalan. Argh..ini gara-gara bola sebijik itu la. Itulah yang dinamakan dengan bola sepak.

Adik lelaki saya adalah penyokong kuat bola sepak. Saya pun tidak pernah tahu ideologi bola sepak nya, tidak tahu pasukan mana yang dia sokong, tidak tahu pemain mana yang paling dia suka. Yang saya tahu, jika dia pulang ke rumah, dia sanggup berjaga sampai ke subuh semata-mata mahu menonton bola sepak. Itulah yang dinamakan bola sepak. ( sampai mati saya taknak adik saya jumpa blog ini ) .

Saya akui saya adalah seorang yang tidak tahu apa mengenai bola sepak. Semalam, saya dan adik lelaki saya duduk menonton television dan sudah tentu rancangan yang ditonton kami adalah perlawanan bola sepak antara Barcelona dan Manchestr United, Piala akhir UEFA. Bila sudah bosan, saya mula ingin memecah kesunyian,
" Cristiano Ronaldo tu pakai jersi nombor tujuh kan?" tanya saya memecah kesunyian
"aah" jawab adik saya ringkas
Hebat juga saya. Maknanya saya bukanlah seorang yang tidak tahu apa mengenai bola sepak.
Selang beberapa minit saya cuba bertanya lagi, " league ni europe je kan yang masuk? "
"hmm...Europe jek" jawab adik saya acuh tidak acuh.
Sekali lagi saya merasa bangga. Pandai juga saya mengenai bola sepak walaupun saya tidak pernah sukakan sukan ini. Kemudian, saya kembali menonton television , sedang menonton saya terdengar adik lelaki saya menjerit go Barca!! go Barca!!. Sekarang tibalah masa saya untuk menayakan soalan terakhir untuk membuktikan yang saya memang arif mengenai bola sepak ini. Saya toleh kepadanya dan bertanya

" Barca tu pakai jersi nombor 17 kan?"

Tuesday, May 26, 2009

Saya nak jadi budak baik, tak salah kan?

Jiwa saya ini sudah mula ke arah barat. Ini membuatkan saya risau, saya tidak mahu darah timur semulajadi yang mengalir dalam badan saya hilang impaknya.Sekarang, saya lebih suka menonton filem-filem barat, mendengar lagu-lagu barat dan membaca karya barat. Perkara-perkara ini benar-benar membuatkan saya susah hati.

Saya kira jika saya pergi menonton wayang, membeli album, dan membeli buku karya negara barat, saya seumpama menyedekahkan duit saya kepada mereka dan mengabaikan hasil karya negara saya sendiri. Jadi saya ambil langkah mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Saya bertukar dengan download filem dan lagu barat melalui internet. Selamat, cepat dan percuma.

Jadi, banyak filem yang saya telah muat turun kebelakangan ini. Filem barat yang ditayangkan di pawagam sekarang iaitu filem 'Night at the museum 2' telah menarik minat saya. Seperti biasa, saya tidak mahu duit saya dilaburkan kepada filem barat. Jadi, saya memilih untuk muat turun sahaja.

Semalaman saya menunggu proses muat turun ini siap. Saya mula meng-download pada awal malam, setiap minit saya memerhatikan progress proses download ini. Nak menunggu peratusan download itu naik terasa begitu lama. Betul-betul menyakitkan hati saya. Saya memang tidak sabar untuk menonton sequel kepada filem 'Night at the museum 1'

Setiap saat saya menunggu dengan penuh sabar. Bila jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, saya biarkan laptop saya terpasang dan saya ambil keputusan untuk tidur sahaja. Jam 6.30 pagi saya bangun, selesai sahaja mengerjakan solat subuh, saya duduk mengadap depan laptop dan alangkah berbunganya hati saya bila terpandangkan icon di laptop yang bertulis ' Night at the museum 2 - complete' maknanya proses muat turun telah selesai.

Saya tidak sabar untuk menonton filem ini, saya sudah ambil kerusi, betulkan posisi saya, betulkan skrin laptop, kuatkan volume laptop, dan terus saya click pada ikon 'play movie'.
Kualiti gambar yang dipaparkan amat bagus.

Saya tunggu dan terus menunggu, tetapi saya mula berasa pelik apabila intro filem ini tidak seperti intro filem-filem barat yang lain. Tidak seperti intro filem 'Night at the museum 2' yang saya bayangkan.Saya tunggu dan terus menunggu, kemudian, mata saya terbeliak dengan tajuk filem yang dipaparkan dalam intro itu

'Paris Hilton Sex Scene'

Sunday, May 24, 2009

Saya tidak mahu bubuh tajuk untuk entry ini tidak mengapakah?

Pernah dengar lagu hindi ini tak?
Tajuknya Tujhe Nad Meri Aaye
Dari filem Kuch Kuch Hota Hai
ini versi english translasi di bawah :

Love comes with so much pain,
The heartfelt remains in the heart
and does not escape from one's lip,
You did not remember me,
there's nothing more left to say,
The heart cried and the eyes welled up,
There's nothing more left to say,
I gave you all my joys,
I gave you all my smiles,
Your looks enticed me,
Bidding messages of faithfulness,
You couldn't care for my love
There's nothing more left to say,
You did not remember me
There's nothing more left to say,





Nota kaki : Saya rindukan zaman Bolywood, lagu-lagu,filem dan tariannya.

Friday, May 22, 2009

negara ini bapak mereka yang punya

Saya sudah lama tidak menulis tentang politik. Terasa amat rindu dengan bidang politik. Tetapi saya tidak boleh menjadi seorang yang ekstremis, bimbang nanti biasiswa saya dibatalkan dan saya bakal menghabiskan baki hidup saya dengan berkerja sebagai pembasuh pinggan di restoran. Click di bawah untuk merasa gegarannya.

Berita bodoh hari ini.



Nota kaki : Owh JPA, jangan tarik biasiswa saya

INTEC : di mana bila dicop sebagai Gay adalah perkara normal

Saya tidak mahu menjadi seorang yang terlalu mengikut flow. Bila kawan-kawan saya menggunakan slang KL, saya tetap setia dengan slang utara saya. Bila kawan-kawan saya katakan makanan di Ausmat cafe lebih sedap, saya keras membantah dengan mengatakan sebagai student ALM kita harus menyokong cafe sendiri. Bila kawan-kawan saya kata ada seorang pelajar ALM itu handsome gila, saya tersenyum sinis dan mengatakan " korang buta ke?"

Saya tidak mahu menjadi seorang yang tidak tetap pendirian atau dalam erti kata lain terlalu mengikut keadaan sekeliling. Tetapi saya harus mengiyakan di sini yang kadang kala saya tutut tewas. Sekarang saya lebih selesa bertutur dalam loghat yang saya satu masa dulu saya amat benci. Saya juga makin kerap mengunjungi Ausmat Cafe, walaupun saya rasa saya sedang mengkhianati Kafe ALM ( sorry mak cik indon ). Saya juga sudah melihat seorang pelajar ALM ini daripada vantage point yang berbeza. Menukar impresi saya terhadap beliau daripada " muka macam ni korang kata ensem" kepada "boleh tahan gak eh".

Saya juga tidak mahu menjadi seseorang yang terlalu mengikut flow. Saya ada pendirian saya sendiri dan saya cuba untuk bertahan dengan pendirian itu.

Saya tahu juga dunia makin canggih. Tetapi saya tidak mahu meng-flow dengan kecanggihan itu. Dunia IT juga makin maju. Bila mana setiap perbualan tidak lagi melalui empat mata berdepanan, perkelahian tidak lagi dengan sumpah seranah lisan, dan per-ketawaan tidak lagi secara depan-depan.

Zaman IT (maksud saya chat, sms,YM, blog, fs atau fb ) sedar tak sedar membuatkan cara ketawa itu timbul dalam pelbagai versi. Telah lama saya pehatikan, saya analisis, dan saya perapkan di dalam kepala otak saya. Versi ketawa maya ini memang pelbagai, anda mahu tahu?. Berikut adalah analisis saya :

(1) versi ketawa maya pertama : ha..ha..ha..ha
- digunakan untuk ketawa formal
- digunakan juga apabila perbualan maya telah sampai ke tahap bosan, dan sudah kehabisan idea untuk menyambung bicara
- ketawa terpaksa

(2) versi ketawa maya kedua : he..he..he..he
- tidak banyak beza dengan versi ketawa pertama
- versi ketawa yang jarang digunakan, tetapi tetap terkenal
- digunakan apabila sesuatu lawak itu tidak berapa menjadi

(3) versi ketawa maya ketiga : hik..hik..hik
- ini pun lebih kurang je dengan versi lawak di atas
- bunyi nya seperti ketawa yang diselang-seli dengan batuk
- boleh juga menjadi ketawa yang diselang-seli dengan serangan asma
- digunakan apabila sesuatu bahan lawak itu mencapai tahap 'boleh la...'

(4) versi ketawa maya keempat: kih..kih..kih
- jika anda perhatikan dengan teliti, versi ketawa ini adalah ejaan terbalik kepada versi ketawa ketiga
- saya tidak mendapat banyak info mengenai versi ketawa ini kerana amat jarang berdepan dengannya
- bukan sejenis gelak yang sopan

(5) versi ketawa maya kelima : muahaha
- versi ketawa untuk menyakitkan hati
- digunakan antara dua pihak apabila pihak pertama merasa berjaya menyakitkan hati pihak kedua
- apabila anda menjadi pihak kedua tersebut pasti anda akan merasa sakit hati
- ini pun bukan versi ketawa yang sopan. Anak-anak dara di luar sana dinasihatkan tidak ketawa sebegini bila anda berada di alam realiti

(6) versi ketawa maya keenam : wakaka
- versi ketwa untuk tujuan yang sama ; mengenakan orang
- digunakan apabila pihak pertama merasa berjaya membuat lawak bodoh kepada pihak kedua
- pihak kedua tak ada rasa apa-apa langsung ( betul..percaya lah )

(7) versi ketawa maya ketujuh : ngeh..ngeh..ngeh
- bila mana pihak pertama merasakan dia telah berbuat sesuatu yang jahat di alam maya
- pihak ini tidak mahu pihak kdeua terasa dengan lawak yang dikira boleh menyakitkan hati
- kebiasannya, pihak kedua akan membalas dengan menggunakan versi ketawa pertama ( sila rujuk di atas )

(8)versi ketawa maya kelapan : lalalalala
- saya suka versi ini
- bertujuan untuk menyakitkan hati, tetipa tidak secara direct
- meskipun kelihatan seperti versi menyanyi, tetapi sebenarnya ia adalah versi ketawa yang muncul selepas ayat yang menyakitkan hati di alam maya

(9) versi ketawa kesembilan : kui..kui..kui..
- tidak mahu comment kerana bunyinya seperti bunyi kura-kura



Saya tidak mahu mejadi seseorang yang terlalu mengikut flow. Tetapi saya akui saya telah tewas.
Saya telah amalkan kesemua versi ketawa ini.
Adakah saya seorang yang tidak tetap pendirian?






Nota kaki : tajuk entry ini tidak ada kena-mengena dengan entry ini.

Wednesday, May 20, 2009

tidur...zzzzz

Bila exam sudah habis, perkara yang paling saya utamakan adalah untuk men-qada kan tidur-tidur saya. Anda bayangkan, semasa waktu study leave saya tidur pada jam 3 pagi dan bangun awal pagi keesokan harinya. Itu belum lagi sewaktu minggu exam, di mana saya tidur pada jam 2 atau 3 pagi setiap hari dan pukul 5.30 pagi sudah bangun. Saya rasa ini bukan masalah besar tetapi ramai rakan-rakan yang menegur mengatakan saya serupa Zombi yang tidak cukup tidur bila masuk ke dalam dewan peperiksaan . ( owh...biarkan budak-budak memang berpikiran begitu ).

Dan bila cuti sudah mula menunjukkan diri, saya mahu membalas dendam. Saya tidur,tidur,tidur dan tidur sahaja. Tidak perlu diberitahu di sini pada pukul berapa saya bangun setiap hari ya.Owh ya, tidak lupa, saya juga banyak menolong ibu saya membuat kerja rumah semasa cuti ini. (erm.. okay..fine, sikit je...tp still significant kan? )

Percaya atau tidak, walaupun baru 5 hari sahaja cuti, saya sudah mula berasa bosan tinggal di rumah. Hajat mahu keluar, tapi tiada sumber kewangan yang kukuh. Jadi, untuk meluangkan masa dengan melakukan perkara-perkara berfaedah, saya habiskan dengan tidur sahaja. Ye lah... nak ganti balik tidur yang x cukup kan ( alasan yang boleh blah...saya tahu ) . Tiba-tiba sahaja saya teringat tentang kisah saya di hostel semasa minggu exam.

Tahukah anda, bila waktu tidur saya sudah tidak tentu hala, yang malam jadi siang, yang siang jadi malam, yang pagi jadi petang dan petang jadi pagi (apekah?), jam biologi saya juga turut ikut sewel.

Pulang sahaja ke hostel selepas menjawab peperiksaan, saya terus tidur. tetapi sebelum itu saya kuncikan jam saya supaya bangun pada pukul 5.30 petang. Waktu sama saya bangun semasa study leave, tetapi itu di sebelah pagi, kali ini 5.30 petang. Dan bila tidur pula, saya ini jenis yang tidur mati. Tidak sedar langsung apa yang berlaku. Nenek saya pernah membebel
"kamu ni kalau tidur, bom meletup kat luar pun mesti tak bangun".
Owh ya.. begitulah perangai saya.

Akibat terlalu letih stay up sepanjang malam sebelumnya, saya terus lena dibuai mimpi. Tahu-tahu sahaja, alarm handphone saya berbunyi "riang" ( bunyi alarm lah bunyi yang paling saya benci kat dunia ni..betul, x tipu!! ) saya terus bangun. Memikirkan keadaan bilik saya yang gelap dan kelam, saya fikirkan pada jam itu sudah pukul 5.30 pagi.Memikirkan juga saya sudah terlambat, Saya tergopoh-gopoh mencapai tuala, ubat gigi, berus gigi dan sebagainya, seterusnya buka pintu bilik yang terkunci rapat,keluar dari bilik, berlari-lari anak ke bilik air dan tiba-tiba sahaja langkah saya terhenti... saya terpandangkan teman serumah saya.

Pelik dan hairan. Mereka bangun awal untuk menelaah pelajaran. Selalunya, saya lah yang paling awal bangun dalam rumah itu ketika musin peperiksaan.

Dengan muka selamba dan mata yang masih merah menahan mengantuk sambil menguap beberapa kali, saya pun bertanya kepada mereka,

" awalnya korang bangun hari ni, exam kan start pukul 9 ni"

Kemudian, teman-teman serumah saya memandang saya dengan muka yang maha hairan dan seterusnya salah seorang dari mereka berkata,

"Liyana, baru pukul 5.30 petang la"

"huh??"

Disebabkan tidak daya menahan malu yang teramat sangat,saya terus masuk ke bilik dan menyambung tidur. Malu tahap dewa la katakan.Taubat..x nak buat dah

Kesimpulannya

Okay, pengajaran yang saya dapat dari peristiwa ini adalah
(1) jangan stay up waktu exam...pesanan berkali-kali mak saya
(2) kalau nak tidur, baca doa dulu..ni x pasal2 jek ter-malu
(3) kalau dah tau silap tu..pandai2 la nak cover..sambung tidur balik adalah strategi yang amat bagus
(4) agak-agak bila duit JPA nak masuk eh?


sekian

Monday, May 18, 2009

*entry lagha*

mahu buat penilaian?
*angguk-angguk kan kepala*
Okeh
Click on the picture please..



Nak dapat 15??
hmm..entah la..
macam susah jek..
Physics la ni...ades..

Tetiba jek rasa lagu Nidji ni banyak maknanya
"menari lah dan terus tertawa, walau dunia x seindah syurga"

hipokrit ke kalau kita cuba jadi ceria tapi dalam diri Allah saja yang tahu?


Apekah? Mengapakah? Bagaimanakah?
Tunggu jek la result nnt ye..

sekian sahaja entry lagha kali ini

Saturday, May 16, 2009

eh..hot..hot..tngok ni

selamat hari guru

bercerita tentang seseorang..
bercerita tentang anda?..
nah...bosan..
mungkin juga bercerita tentang anda yang lain..
ya anda
anda itu adalah guru kesayangan saya
Cikgu Azhari... : )

Banyak memori indah saya dengan beliau..
dan banyak memori indah itu juga hanya tinggal kenangan..
beliau di utara sana...
saya terdampar di sini..

Cikgu Azhari..
bila terpandang saya..
hanya satu soalan sahaja yang sering beliau utarakan
"Liyana...kamu nak jadi menantu saya?"
hahaha..
Ya..saya tahu anak cikgu hansem2..
Tapi itu kisah lama saya dengan cikgu..
tahun 2005 mungkin..
waktu saya berumur 15 tahun..
kini sudah 4 tahun berlalu..
tapi jasa cikgu tidak pernah saya lupakan..

saya juga masih ingat...
saya suka melepak di bilik cikgu selepas waktu kelas..
pernah juga saya ponteng kelas..
dan melepak di bilik cikgu Azhari..
dulu saya jahat...serius..
tapi sekarang saya sudah baik..
betul cikgu..saya x tipu..

Saya cuma ingin cikgu tahu,,
Cikgu adalah guru kesayangan saya
Semoga cikgu dimurahkan rezeki..
dan dilindungi Allah SWT..
Insya Allah



Tuesday, May 5, 2009

ini entry suam-suam kuku...betul..x tipu

Bila pulang ke Penang, perkara pertama yang saya buat adalah menelefon kawan-kawan. Yeah, sempat juga pulang ke Penang last weekend. Sempat jumpa mereka. Mereka juga sudah berubah,sudah dewasa dan perangai mereka tetap menyakitkan hati bila mereka katakan saya sudah gemuk. zreetttt

Bila berjumpa kawan-kawan lama, banyak lah benda yang hendak dibualkan, dari cerita Suami Rosmah aka Bit Mama ( Najib lah ) yang jadi PM hingga lah kisah kawan-kawan saya yang berteraburan di Malaysia dan oversea yang sedang menutut pelajaran.

Ini bukan kisah Najib atau Big Mama atau kisah berat badan saya yang tak pernah mengenal erti penurunan. Ini juga bukan kisah anda yang sedang membaca blog ini. Kerana kisah anda tidak beberapa menarik perhatian saya ( apekah? )Ini kisah kawan saya sejak di bangku sekolah lagi.Kawan yang saya kira agak kamceng dan juga terlalu annoying. Nama beliau Luqman. Ya..Luqman..kenal ke?..tidak mengapa kerana beliau sedang menutut di KMB sekarang ( owh..aman sungguh hidup saya bila beliau belajar jauh dari saya )

Semasa berjumpa, Luqman menceritakan kisah beliau yang berkunjung ke USA beberapa bulan yang lalu. Untuk lebih tepat, beliau juga berkunjung ke Las Vegas. ( ala....yang banyak casino tu ). Kami yang lain disebabkan ke-jakun-an tidak pernah berkunjung ke Las Vegas banyak bertanya soalan kepada beliau. Terdengar lah beberapa soalan nakal dari kawan-kawan yang lain yang rata-rata mereka adalah lelaki.Antaranya

Soalan nakal pertama :
" Eh..kau x masuk casino ke kat sana? "

Soalan nakal kedua :
" Kau jumpa awek2 minah salleh cun x kat sana ?"

soalan nakal ketiga :
"Ada x ko pergi nude beach kat sana? "

soalan nakal keempat :
"kau tangkap gambar x ngan omputih yang pakai bikini hot kat sana?"

soalan nakal kelima :
" kau pergi x strip club kat sana ?

Setiap jawapan yang diberikan bermula dengan perkataan "Yup","yes"," mesti lah", "x kan nak lepas chance kot".... etc etc etc..... (heh...perangai..)
Maaf kerana perangai dia memang begitu. Sejak azali lagi. Betul...saya x tipu!!

Setelah suasana kembali senyap, tiba lah giliran saya untuk bertanyakan soalan paling nakal kepada beliau
.


"kau solat tak kat sana?"


krit..krit...krit.. ( bunyi cengkerik )


*maaf saya bukan seorang anti-climax*