BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 5, 2009

susah nak jadi jahat

Anda minat dengan Micheal Jackson. Yeah!! Tidak perlu melepaskan hormon adrenaline anda. Saya tahu ramai yang meminati beliau, termasuklah saya. Sekarang semua orang bercakap pasal Micheal Jackson, daripada mak cik yang menunggu bas setelah pulang dari pasar hinggalah budak-budak tadika yang baru belajar mengenali ABC.

Saya akui, saya tidak pernah membeli album MJ. Hanya melayan lagu beliau di YouTube ataupun download lagu beliau secara haram. Peminatkah sebegitu? ( abaikan ). Tapi, untuk menunjukkan kecintaan saya terhadap beliau, saya bercadang untuk membeli album originalnya. Tapi, bila memikirkan harga yang perlu dibayar, ades... semangat saya runtuh.

Tapi saya tidak mahu berputus asa, saya mencari ikhtiar lain dan terjumpa dengan satu kaedah ini, kaedah yang tidak mengeringkan akaun CIMB saya ; beli CD cetak rompak.

Jadi, saya pergi ke kedai bersebelahan dengan Mydin Seksyen 18 dengan semangat yang penuh berkobar-kobar, hati saya tersenyum girang kerana akan memiliki album MJ, saya berjalan-jalan sambil melompat-lompat seperti dalam cerita Alice in the Wonderland ( abaikan ) , hanya beberapa meter sahaja perjalanan sebelum sampai di kedai tersebut, dan tanpa dijemput, kegirangan saya hilang sekelip mata. Saya tidak tahu mengapa, saya hilang keberanian untuk membeli CD cetak rompak. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran saya ; bagaimana ketika saya membeli CD itu nanti, pihak polis membuat serbuan, adakah saya akan masuk penjara? Bagaimana pula jika ada penyiasat seperti James Bond yang merakam gambar saya ketika curi-curi membeli barang cetak rompak ini, dan terus melaporkan kepada JPA, adakah biasiswa saya akan ditarik? Bagaimana pula jika ada rakaman CCTV...bla..bla...bla...bla..argh!!! Kemudian, dengan hati yang berat, saya melangkah dengan perasaan menggunung kecewa meninggi di dada seperti tingginya Gunung Everast.

Percubaan pertama ; Gagal !!!!

Keesokan harinya, saya bangun dari tidur dengan semangat yang baru. Kali ini saya ingin menggunakan kaedah yang baru, tetapi buruan yang tetap sama iaitu CD cetak rompak MJ ( ayat ini terlalu cliche' ). Saya pakai pakaian serba hitam, baju hitam, seluar hitam dan tudung hitam dan seterusnya mencapai cermin mata hitam yang saya beli di pasar malam yang berharga RM 4.90 ( abaikan ). Saya lihat pantulan imej saya di cermin, kali ini saya kelihatan sama seperti James Bond. Kemudian, saya berjalan kaki ke kedai CD cetak rompak tersebut, sampai sahaja di kedai tersebut, saya membelek beberapa CD cetak rompak yang terdapat di kedai tersebut, dan dari kejauhan saya terpandangkan CD Micheal Jackson. Hati saya berdebar-debar, tangan saya menggeletar, dahi saya berpeluh, baru sahaja saya ingin mencapai CD tersebut, ada seorang mak cik gemuk yang menyambarnya terlebih dahulu. Kecewa. Patah hati. Saya terus pulang.

Percubaan kedua ; Gagal!!

Pulang sahaja ke bilik saya, saya memarahi diri saya sendiri. Saya campak jauh-jauh cermin mata hitam RM 4.90 saya itu ke dalam almari saya ( sampai hari ni, cermin mata tu hilang ). Saya hentak kepala saya di bantal busuk saya. Saya marahkan diri saya yang tiba-tiba sahaja menjadi penakut. Kali ini, saya mahu bangkit dengan semangat baru. Saya akan dapatkan CD Micheal Jackson, walau dengan apa cara sekalipun. Jadi, pada hari yang sama, pada sebelah petang, saya berkunjung sekali lagi ke kedai tersebut. Kali ini, saya tidak lagi memakai pakaian seperti James Bond. Saya mahu kelihatan seperti seorang pakar. Saya berdiri beberapa meter dari kedai tersebut, sambil memberi senyuman penuh rahsia kepada Apek cina yang menjual CD cetak rompak itu. Bertuahnya saya, kerana dia membalas senyuman saya. Kali ini semangat saya bertambah. Saya berjalan beberapa langkah ke arah apek cina tersebut, sambil tidak henti memberi senyuman penuh rahsia. Saya batuk-batuk kecil beberapa kali untuk menarik perhatian apek cina tersebut. Sambil menarik nafas beberapa kali dan membengokkan badan saya sedikit, saya kecilkan mata saya, memberi senyuman penuh rahsia kepada apek cina itu. Kemudian, apek itu mengenyitkan mata dan berkata;

"You cari CD blue ke?"

9 comments:

crixerity said...

wahahhahaaa...
serius ke ni?

tak sangka seyh..itu impressi pertama apek terhadap kau..
:D

dapat tak akhirnya??

K2artphotowork said...

ha ha ha ha...
hampeh punye apek

liyana said...

crixerity :
huhu...kenapa? x percaya ke?
huhuhu

abang din :
tau xpe..hampeh tahap gaban

syazana shahar said...

bengong pnya apek!

bahahaha!!

ngok* ada blue plak. adehhhss

liyana said...

apek ni mmang bengong..
klau nak yg blue...tgok on9 jek sudah
opsss

syazana shahar said...

tapayah on9 pon mana2 skrg dah bersepah.
live lagi ouh.
kan timur dah jd baratt..
oops! xP
ahahak

liyana said...

yeah2...tau xpe

HARYA said...

haha..
dri pe yg ko deskripsikan..
ko mmg gaya cri cd blue pown..
lol..

liyana said...

what a tuttt..
xde ar....aku budak baik jek..
apek tu yg sala anggap..huhu