BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 19, 2009

Bola Sepak (sekali lagi) dari perspektif kaum Hawa

Post kali ini ditulis khas untuk wanita.

Kali ini saya tidak mahu kaitkan tajuk post ini dengan gay. Teruk saya "dihentam" oleh kawan-kawan saya, mujurlah saya berjaya membidas hentaman mereka dengan hujah-hujah yang munasabah.

Anda semua pasti sudah tahu tentang kedatangan Manchester United(MU) ke Malaysia? Tapi yang saya kira agak pelik adalah bila di mana orang-orang Malaysia sendiri lebih suka menyokong pasukan barat ini. Aneh

Saya jarang mengikuti perkembangan bola sepak baik dalam Malaysia atau luar Malaysia. Kalau kawan-kawan saya bercerita mengenai bola sepak, saya hanya pekakan telinga, buat bodoh dan memberi isyarat supaya beralih ke topik perbualan yang lain. Sungguh bosan hidup bila hanya terkongkong dengan bola sepak sahaja.

Saya ada seorang kawan lelaki yang agak fanatik dengan bola sepak (nama,umur, no IC, jenis darah, tinggi, berat dirahsiakan ) sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk menonton perlawanan MU dengan pasukan Malaysia. Yang pelik juga, setiap kali ada perkembangan mengenai perlawanan tersebut, beliau pasti memberitahu hal itu kepada saya.

One message received : MU leading 1-0. Best giler
One message sent : alahai...

Saya tidak tahu mengapa lelaki sangat meminati dengan bola sepak. Jika dilihat dari sudut biologi, mereka memiliki chromosome XY. Perempuan pula XX. Mungkin juga chromosome XY itu mempunyai daya tarikan terhadap sukan bola sepak. Saya tahu amat mengarut untuk mengaitkan bola sepak, lelaki dan biologi. Saya pernah tanyakan kepada rakan-rakan lelaki saya, kenapa anda meminati bola sepak? Sungguh panjang lebar jawapan mereka, saya juga tersedar beberapa kali saya menguap ketika mendengar jawapan mereka. Namun yang dapat saya simpulkan di sini, kalau anda susah untuk tidur, dengarlah cerita-cerita bola sepak daripada kawan lelaki anda.

20 minit kemudian
One message received : Malaysia lak score, 1-1 sekarang..
one message sent : terer gak ye..

Bila saya dihujani soalan bertubi-tubi berikutan post blog saya terdahulu mengenai Gay dan bola sepak, saya hanya ketawa, geleng kepala sekuat mungkin beberapa kali, dan jika situasi terlalu ekstrim saya akan pekak-kan telinga dengan tangan saya.Lelaki sangat fanatik dengan bola sepak. Betul!! saya tak tipu. Jika anda selalu berkunjung ke perpustakaan Intec, anda pasti akan sedar mengenai situasi ini;bila kaum Adam sampai sahaja di tempat bacaan surat khabar, mereka akan capai surat khabar dan terus pusingkan akhbar itu ke bahagian belakang, atau dalam erti kata lain, mereka akan terus membaca bahagian sukan. Mereka tidak hiraukan cerita di Front cover, walaupun cerita itu cerita sensasi seperti cerita artis ditangkap basah atau cerita politik seperti ahli politik membintangi video lucah, mereka buat tidak kisah dan hanya memberi tumpuan 100% kepada bahagian sukan. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, jika anda mahu berasa selamat di samping lelaki yang tidak lucah pemikirannya, cari lah lelaki yang sukakan bola sepak.

15 minit kemudian
one message received : MU score lagi..yes!!
one message sent : mesia tdo ke?

Saya pernah terbaca di sebuah majalah yang memberitahu bahawa lelaki boleh jadi muram sepanjang hari, hanya kerana pasukan kegemarannya kalah dalam perlawanan bola sepak. Pelik bukan? Tapi begitulah lelaki. Hanya perbualan yang berkisar mengenai bola sepak sahaja yang boleh mengeratkan dua lelaki yang berlainan ideologi. Jika perempuan boleh memulakan perbualan mengenai keluarga mereka, lelaki pula boleh memulakan perbualan mengenai bola sepak. Baik dari semuda-muda lelaki seperti kanak-kanak yang berumur 3 tahun hinggalah setua-tua lelaki yang layak dipanggil datuk, kesemuanya gilakan bola sepak. Pelik bukan? Kesimpulannya, terimalah hakikat bahawa bakal suami atau suami anda tidak boleh hidup tanpa bola sepak.pathetic

45 minit kemudian
one message received : Malaysia score..seri sekarang..konperm x leh beat MU
one message sent : hoho..we'll see

Banyak faktor yang saya boleh kaitkan bola sepak dengan lelaki. Terasa janggal pula jika perempuan yang bercerita mengenai bola sepak, perempuan memakai jersi bola sepak ataupun perempuan yang muram sepanjang hari kerana pasukan kegemarannya kalah dalam pasukan bola sepak. Jika tiba-tiba sahaja, pada suatu hari, saya terjaga dari tidur dan saya mendapati perempuan pun sama fanatik akan bola sepak sama dengan kaum lelaki, saya lebih rela berhijrah ke pulau yang jauh dari peradaban manusia. Moga aman sikit hidup saya. Harap-harap situasi itu tidak akan berlaku sama sekali. Jadi, bersyukurlah jika anda dilahirkan dengan tidak meminati bola sepak, sekurang-kurang nya anda tidak perlu melihat seorang manusia terpaksa berhijrah ke sebuah pulau. Belajar lah juga untuk bersabar, bila setiap kali rakan lelaki anda menghantar SMS memaklumkan perkembangan setiap perlawanan bola sepak. Itu baru satu perlawanan je, belum perlawanan yang lain. Alahai....



20 minit kemudian.
one message received : yay..MU score..that's the end..MU menang
one message sent : damn!!





nak hentam post ini? Silakan

17 comments:

syazana shahar said...

best apa bola?

:D

elehh.
nama pon persahabatan.
maen cincai2 jaa pon.
tu pon mU kasi can.
amri yahyah tu wat cun plak dpt score 2 bijik.
tah apa2.
=.='

esok lagi skali plak.
padan muka indon takleh tgk Mu.
booooo!

:D

malayneum said...

malas la plak nak hentam post nie..

huhu..

Farid said...

ahaha..
see..
ada kawan baru yg minat bola ke?
cane leh kamceng lak..
bukan ada different charge ke?
ahahaah

liyana said...

nana :
ahaha..seb bek la MU menang
klau x malu tahap gaban nnt..
pape pun..
yana mmang x leh layan bola langsung
pernah cuba..
tapi x leh
cam ada repulsion force jek
huhuhu

hisham :
ahahha..
'baik' nye

farid :
ntah..
ter-kamceng
huhuhu

the raawiya said...

hye liyana.

post yg sungguh berani. :)

pndgn sy: analogi nya begini. perempuan suke bgosip. lelaki suke bola. tp ad lelaki yg suke bgosip & bola sepak.

samalah dgn perempuan yg sukakn bola sepak. xsalah bukan? :)

the raawiya said...

hye liyana.

post yg sungguh berani. :)

pndgn sy: analogi nya begini. perempuan suke bgosip. lelaki suke bola. tp ad lelaki yg suke bgosip & bola sepak.

samalah dgn perempuan yg sukakn bola sepak. xsalah bukan? :)

Ahmad Azizi Jamaludin said...

ehem2.....
kwn baru?
mickey??
btw
bola itu best
sebagaimana girl ske shopping
cm2 la boys ske bola
cbe2 la tgk bola 2....
best~

ps:sejak ble ad score 1-1??setau sy 2-1 ad la..

liyana said...

mariam :
hai mariam!!
welcome to my blog..
yup..x salah nak sokong bola sepak..
tetapi cam against the status quo kalau perempuan sokong bola..
x gitu?

azizi:
huh??
mickey??
bukan2...huhu

pasal score tu..my bad..
thanx for correcting me

the raawiya said...

against the status quo? *xmngerti*

thnx fer welcoming me. :)

liyana said...

status quo doesn't mean apa yg kita beljar waktu sejarah dulu..
but it more to how we present ourself to the public in a sense that reflects the character of our gender..
i know it sound a lil complicated..
n boleh jadi juga status quo ini adalah suatu yg cliche or stereotype..
cuba kita letakkan diri kita as orang-orang tua atau orang berumur..
mesti mcam x manis kan kalau tgok perempuan sokong bola sepak..
itulah yg dimaksudkan dengan status quo

Anonymous said...

status quo budak prmpuan alm tlah brubah smasa prtndingan INPRO.. = )

liyana said...

hoho..
drp status quo budak skema..
ke status quo pndai bersukan ek?
ehehehe

Ahmad Azizi Jamaludin said...

eh liyana ngaku dak2 alm ppuan skema..

liyana said...

hoho...i'm excluded

HARYA said...

salam..

bola 2 best pe.. walaupun prmpuan slalu hentam prmainan bola yang melibatkan 22 pemain berebutkan satu biji bola.. tapi walau macam mana pun, bola tetap best.. dia ada tarikan dia sendiri.. ala cam prmpuan yang ske tgk renang berirama xpown prmpuan yg ske tgk cite korea... sama laa..

liyana said...

hoho..
i respect ur opinion Niro..
tp kan, aku x mnat tgok renang berirama n tgok cite korea..
wewewewe ;)

the raawiya said...

liyana.. thnx explain meaning status quo.. :)