Ini kisah realiti bukan nya kisah rekaan. Saya ulang kisah realiti. Bak kata mak saya yang selalu menonton Spa Q tiap-tiap petang, kalau nak kisah rekaan yg agak ntah-apa-apa, tonton lah cerita Spa Q. Kisah realiti ini yang membuatkan saya terkebil-kebil sendirian, sambil makan pun boleh tersenyum dan sambil mandi pun boleh menangis. Huh? Apekah?
Masa itu adalah emas. Ayat ini la yang cikgu Bahasa Melayu saya selalu ungkapkan. Saya masih ingat lagi dahi nya yang berkerut sambil hidung kempas-kempis semasa mengajar saya. Argh...kisah lama, harus ditinggal di belakang dan bukannya dibawa ke depan.
Okay2... teruskan penceritaan saya kali ini.
Pada suatu hari yang indah lagi aman dan damai. Ditemani unggas yang berbunyi membingitkan telinga dan gelombang bunyinya menghentak-hentak gegendang telinga dan Auditory Nerve ku.
Ditemani juga dengan suria yang panas memancar memberi kesempatan kepada tumbuhan untuk ber-photosynthesis.
Nono, Roro, ModMod dan beberapa kanak-kanak ribena yang lain berkembara di Hutan Atas Bawah Pokok untuk bermain pondok-pondok. Zrreeertttt ( Sabar, sound effect ini akan datang kemudian, ini hanyalah intro ).
Rombongan kanak-kanak yang ditaja oleh air minuman ribena ( ribena boleh menyebabkan kerosakan gigi ) bermain pondok-pondok seumpama manusia zaman prasejarah yang selama ini terkepung di gua dan tidak pernah melihat ciptaan maha hebat seperti pondok ini.
Sedang bermain-main, Nono terpandangkan betapa mesranya Roro dan ModMod bermain bersama. Zrreeeert ( kesan bunyi lagi sekali ). Owh, terlupa saya nak beritahu, Nono dan Roro adalah perempuan dan ModMod adalah lelaki. Argh...senang cerita, ini seumpama kisah cinta tiga segi. Cinta di mana setiap sudut nye bernilai 120 darjah.
Roro bermain bersama-sama ModMod. Nono hanya duduk di atas lantai hutan sambil memerhatikan mereka dengan perasaan cemburu membuak-buak di sanubari. Nono sangat sunyi, sepi dan sendiri dan tanpa dijemput lagu All by Myself nyanyian Celine Deon berkumandang di telinganya.
Tetiba, berlaku satu insiden di antara Roro dan ModMOd. Teetttt!!!!. Maaf, tidak dapat dinyatakan di sini. Melanggar Akta Rahsia Rasmi Negara. Sejak insiden itu, semua kanak-kanak ribena terus menggosipkan Roro dengan ModMOd. Maka bertambah lah cemburu si Nono.
RoRo pula tidak habis-habis menceritakan kejadian itu kepada semua kawan-kawannya. Sehinggakan mereka merasa telinga mereka telah berasap akibat mendengar cerita yang sama berulang kali. Hello!! Bila nak habis ni?
Setelah semua kanak-kanak Ribena pulang ke rumah, Nono tidak berpuas hati dan terus bertanya kepada ModMOd untuk mengetahui cerita sebenar. Dalam SMS ModMod, dia menyatakan tidak ada perasaan terhadap RoRo. ARgh...dasar lelaki..x boleh dipercayai lansung.
Sampai ke hari ini, NoNo masih berasa amat cemburu. Ingin saya bertanya di sini, apa yang patut Nono lakukan?
(a) biarkan sahaja
(b) berhenti tegur ModMod
(c) Serang RoRo sebab RoRo cuba nak merampas teman lelaki NoNo
p/s : entry ini adalah entry 100% merapu dan tidak ada kaitan langsung dengan diri penulis.
Sunday, March 22, 2009
Zrreeeertttt ( kesan bunyi )
Posted by liyana at 3:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Laa, ingatkan ko terkentut ke tadi. XP
Klu NoNo bhenti tegur, xprofesional, kan. klu dia rampas ModMod, lagi lah org ckp belakang dia. oleh itu, biar je lah.
sesungguhnya, kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang membiarkan sahaja...
heh...
bnyak la aku terkentut..
mana de kentut bunyi cam ni
wakaka
hek3..
maka dah ada la idea untuk ending telenovela aku nnt
tq
cite nih best..cam slalu jumpe..kat dalam Spa Q ade, kat cte2 mlayu mmg bnyk ah jmpe..kat INTEC pun ade kot cte nih..jeng3?!hahahah..
cite nih best..cam slalu jumpe..kat dalam Spa Q ade, kat cte2 mlayu mmg bnyk ah jmpe..kat INTEC pun ade kot cte nih..jeng3?!hahahah..
heh..
kat intec berlambak-lambak..
smp nak termuntah aku tgok..
tension2
huhuhu
aku x pham la citer ni cik kak..
leh citer balik x?
siapakah anda some one???
cita nih best.. ha3..
nk jwab..
nono ptot cri jaa org len..
ha3.... =P
x boleh..
nono x leh mengaku kalah..
cewah..haha
aku sarankan..nono tuh takyah nak rosakkan orang yang tgh nak bina masjid..kalo nono tuh sangap-g ah amek mamak ke or sape2 yg laen ah..asal nak ModMod?!
seb bek ni cte fiction..kalo ianya "REALITY" dah lame aku lempang si nono ni laju2 dengan panuh kasih sayang..
pada aku..nono ke, roro ke, modmod ke..takde sape yang salah..it's just manusia itu penuh dengan ke-khilafan yang mana mende kecik jadi besar kerana masing2 ada cara pandang masing2..ikot korang ah nk interprete dari angle mane, baek dari trigonal planar, tetrahedral or mane2 angle ah..
ya..
tp kan aku dah tulis situ
entry ini adalah 100% merapu dan tidak ada kaitan langsung dengan diri penulis
so..
what's the point nak delete post ni?
aku tngok xde cacat cela kat memana pun
fiction semata-mata..
ok uncle paan?
stuju!!!
okay..fine
wa-ka-ka. this fiction is yours??
erm...rasanyer depends pada si modmod...decide FAST!!
kepade si roro dan nono: stop playing around!!
kepade anda bertiga, yakni si modmod, si roro n si nono : semoga berjaya dalam ape jue yg anda lakukan selepas ni...
pesanan ikhlas daripda anggota masyarakat yg prihatin, si zozo (xde kene mengene ngan story tu ek! hanyelah orang baru yg ingin menumpang nama, huhu)
hehe
nnt saya bg adivce awk ni kat modmod,nono n roro
eyh..bukan ke kat intro citer ade tulis-Ini kisah realiti bukan nya kisah rekaan. Saya ulang kisah realiti. Bak kata mak saya.....
abes..apsal lak kat ending ade tulis-p/s : entry ini adalah entry 100% merapu dan tidak ada kaitan langsung dengan diri penulis.
sungguh..aku memang x PAHAM langsung r!!!!
looks like comments here keep on going. haha :P
anonymous..
len kali sila baca betul2..
bila intro dan conclusion digabungkan
maka terhasilah kisah realiti yg 100% merapu
ade faham?
btw, leh anda perkenalkan diri anda?
Nadira
huhu..
tau xpe
dah leh pecah rekod ni
Ble nafsu menodai jiwa...Lelaki Menjadi mangsa..
merasa ia x apa...tapi mengundang bala...
'baik' cuba 'dia' hubungkan...'fitna' menjadi bahana.....
mari kembali...kepada Dia...kerna 'dia' telah ditetapkan oleh Dia...sejak 'dia' dan 'dia' punye belum berada...
Akan tetapi...tempat 'dia' dan kita...di sana...tiada akan tahu ke mana...itu lah dia yg kene di usaha...
Bukan nya si 'dia' yg telah Dia tetapkan utk siapa...
thanx for the advice insan bernama
Post a Comment