BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 28, 2009

mahu baca kisah RoRo,ModMod dan NoNo selanjutnya?

Hari ini hari Sabtu. Bukan nya hari Isnin atau Rabu sebab kalau hari isnin atau rabu pasti saya tidak akan merosakkan retina mata saya dengan menghadap laptop berjam-jam.kenapa isnin dan rabu saja? ke mana hari2 lain? argh..biarkan. Hari ini hari Sabtu jugak. Ada i-code ( apekah? ) di Intec. Terima kasih kepada Idil sebab belanja float sebentar tadi. Kepada A saya tahu anda busy hari ini, tapi apekah daya? ( heh...telenovela lagi ). Terima kasih juga bila anda busy anda masih sempat call saya.

Berbalik kepada kisah tiga makhluk tuhan ini.Ye...ada episod kedua. Apa kamu ingat cerita ini x cool? Sama cool-nya dengan cerita Spa Q yang dah habis.

Tahukah anda bahawa manusia makan menggunakan mulut, unicellular cell "makan" menggunakan surface membrane nya ( apekah lagi? ), dan saya makan mengunakan hati saya. Zreeet ( efek menoreh hati ). Ya!!! ( sambil berdiri, mengangkat tangan dan menjerit ya!! ). Saya makan hati. Untuk siapa yang tidak mengetahui apa itu makan hati, saya syorkan rujuklah buku simpulan bahasa darjah satu punya. Adik perempuan saya ada buku tersebut, kalau anda berminat, sila hubungi saya.

Saya ada persoalan, tetapi bakal muncul di akhir tulisan.

Okay2...ambil popcorn dan tisu anda kerana..

1...
2...
3...
Action !!!

Kisah RoRo, ModMod dan NoNo episod kedua

Hari yang amat panas, suhu mencecah 38 darjah celcius sehingga boleh membuatkan kulit anda terbakar seumpama nugget yang baru diangkat dari kuali. Nono berjalan seorang diri. Dia sudah bosan dengan kehidupannya. Baik RoRo, ModMod mahupun kawan-kawan nya yang lain seperti KoKo, BoBo, FoFo, DagDag dan juga NobNab dirasakan seperti tiada kepentingan apa-apa. NoNo sudah bosan dengan adegan itu dan adegan ini dan adegan demikian dan adegan begitu oleh si ModMod dan RoRo.

Anda tahu apa terjadi kepada ModMod dan RoRo? Mereka menjadi semakin rapat. Argh,, biarkan. NoNo selalu berpesan kepada dirinya sendiri, hidup ini umpama roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Bila di bawah tidak hairanlah roda itu akan melanggar najis lembu atau bahasa orang kampung saya, cow dung ( betul ke ni? )

NoNo sudah imune melihat kerenah mereka. Kalau ikutkan NoNo..." Hey!! apa susah..aku cari lelaki lain je la". Tapi tidak boleh. NoNo teringat pesanan guru Bahasa Malaysia nye lagi. Hidung kempas kempisnya lah yang membuatkan wajah guru bahasa melayu tersebut sukar lupus dari kotak memori NoNo. Guru tersebut selalu berpesan " Pantang Berundur Sebelum Ajal ".

Jadi, NoNo tidak boleh menyerah kalah. Biarpun melihat telenovela di depan mata tiap-tiap hari, semua itu tidak mempunyai apa-apa significant bagi dirinya.

tetapi, pada suatu hari turning point berlaku dalam diri NoNo apabila ModMOd....
jeng...
jeng...
jeng...

akan bersambung... :)

Hamba ada sedikit keraguan, izinkan hamba bertanya :

adakah anda fikir saya adalah NoNo??

Jika jawapan anda ya, siapa pula ModMOd dan RoRo. Jika jawapan anda tidak, tunggulah sambungan cerita ini di entry seterusnya




Thursday, March 26, 2009

kontroversi itu adalah..

aku tahu kamu orang hebat
aku tahu kamu orang besar
aku tahu kamu itu seseorang
dan aku juga tahu
kamu punya hati yang suci
kamu punya jiwa yang bersih
kamu punya naluri yang putih
hey..
aku tidak seperti kamu
yang berjalan dengan penuh kemegahan
apabila aku berjalan dengan penuh kehinaan
yang berdabik bak manusia keigauan
sedang aku tak ubah seperti manusia di jalanan
yang hebat, besar dan terbilang
sedang aku hina, hampa
dan tak akan ubah menjadi seseorang
aku tahu hati kamu putih
sedang hati aku hitam
tapi jiwa aku datang kepada kamu
dan hati aku datang mencelakan kamu


Nur Liyana Rosli
7:25 pm ( kau, aku, mereka dan kontoversi )

p/s : akhirnya setelah sekian lama terima juga e-mail dari ibu di Bologna, Italy. Miss you so much mom

Tuesday, March 24, 2009

Saya seorang yang pemalas

Saya seorang yang pemalas. Baju-baju bersepah atas katil, buku-buku berterabur atas meja, baju-baju kotor sudah penuh satu bakul. Oh...tolong. Alangkah bagus jikalau saya boleh men-clone atau men-duplicate kan diri saya. Akan saya arahkan versi fotokopi diri saya untuk menguruskan kerja-kerja di bilik yang tidak pernah habis. Saya sangat bosan dengan kehidupan malas saya yang tunggang langgang ini. Kalau diberi peluang mahu sahaja saya berhenti belajar dan terus berkahwin. huahua

Sunday, March 22, 2009

Zrreeeertttt ( kesan bunyi )

Ini kisah realiti bukan nya kisah rekaan. Saya ulang kisah realiti. Bak kata mak saya yang selalu menonton Spa Q tiap-tiap petang, kalau nak kisah rekaan yg agak ntah-apa-apa, tonton lah cerita Spa Q. Kisah realiti ini yang membuatkan saya terkebil-kebil sendirian, sambil makan pun boleh tersenyum dan sambil mandi pun boleh menangis. Huh? Apekah?

Masa itu adalah emas. Ayat ini la yang cikgu Bahasa Melayu saya selalu ungkapkan. Saya masih ingat lagi dahi nya yang berkerut sambil hidung kempas-kempis semasa mengajar saya. Argh...kisah lama, harus ditinggal di belakang dan bukannya dibawa ke depan.

Okay2... teruskan penceritaan saya kali ini.

Pada suatu hari yang indah lagi aman dan damai. Ditemani unggas yang berbunyi membingitkan telinga dan gelombang bunyinya menghentak-hentak gegendang telinga dan Auditory Nerve ku.
Ditemani juga dengan suria yang panas memancar memberi kesempatan kepada tumbuhan untuk ber-photosynthesis.

Nono, Roro, ModMod dan beberapa kanak-kanak ribena yang lain berkembara di Hutan Atas Bawah Pokok untuk bermain pondok-pondok. Zrreeertttt ( Sabar, sound effect ini akan datang kemudian, ini hanyalah intro ).

Rombongan kanak-kanak yang ditaja oleh air minuman ribena ( ribena boleh menyebabkan kerosakan gigi ) bermain pondok-pondok seumpama manusia zaman prasejarah yang selama ini terkepung di gua dan tidak pernah melihat ciptaan maha hebat seperti pondok ini.

Sedang bermain-main, Nono terpandangkan betapa mesranya Roro dan ModMod bermain bersama. Zrreeeert ( kesan bunyi lagi sekali ). Owh, terlupa saya nak beritahu, Nono dan Roro adalah perempuan dan ModMod adalah lelaki. Argh...senang cerita, ini seumpama kisah cinta tiga segi. Cinta di mana setiap sudut nye bernilai 120 darjah.

Roro bermain bersama-sama ModMod. Nono hanya duduk di atas lantai hutan sambil memerhatikan mereka dengan perasaan cemburu membuak-buak di sanubari. Nono sangat sunyi, sepi dan sendiri dan tanpa dijemput lagu All by Myself nyanyian Celine Deon berkumandang di telinganya.

Tetiba, berlaku satu insiden di antara Roro dan ModMOd. Teetttt!!!!. Maaf, tidak dapat dinyatakan di sini. Melanggar Akta Rahsia Rasmi Negara. Sejak insiden itu, semua kanak-kanak ribena terus menggosipkan Roro dengan ModMOd. Maka bertambah lah cemburu si Nono.

RoRo pula tidak habis-habis menceritakan kejadian itu kepada semua kawan-kawannya. Sehinggakan mereka merasa telinga mereka telah berasap akibat mendengar cerita yang sama berulang kali. Hello!! Bila nak habis ni?

Setelah semua kanak-kanak Ribena pulang ke rumah, Nono tidak berpuas hati dan terus bertanya kepada ModMOd untuk mengetahui cerita sebenar. Dalam SMS ModMod, dia menyatakan tidak ada perasaan terhadap RoRo. ARgh...dasar lelaki..x boleh dipercayai lansung.

Sampai ke hari ini, NoNo masih berasa amat cemburu. Ingin saya bertanya di sini, apa yang patut Nono lakukan?

(a) biarkan sahaja
(b) berhenti tegur ModMod
(c) Serang RoRo sebab RoRo cuba nak merampas teman lelaki NoNo

p/s : entry ini adalah entry 100% merapu dan tidak ada kaitan langsung dengan diri penulis.

Saturday, March 21, 2009

5 hari di BTN...

hari pertama - 16/3/2009
Bertolak dari akasia pukul 2.00 petang. Letih balik dari kem kepimpinan kat Ampang Pecah pun x hilang lagi, kena g BTN plak.huhuhu. Okay, pikir positif. Sampai kat sana dalam pukul 4. Terus dibahagi kepada 8 kumpulan. Saya dalam kumpulan pertama. Bak kata fasi, En Tuah, kumpulan saya ni adalah kumpulan isitimewa....kesemua ahli adalah melayu. Malam pula dengar pembentangan kertas kerja. Pukul 12 malam baru tidur

Hari kedua - 17/3/2009
Hari kedua, pukul 5 pagi dah bangun. Pergi kuliah Subuh. Satu hari suntuk dengar ceramah jek sampai la malam. Tak tahu la berapa kali saya tertido. Duduk depan sekali pun leh tertido. Ish3. Malam pula main2 game. Ala...standard la pergi memana kem pun mesti wat aktiviti cam ni

Hari ketiga - 18/3/2009
LDK bermula, memang kena brainwash gila2 ar. Tapi bagus gak. Anjak pemikiran ke paradigma yang lain ( ceh...ayat skema la plak). Belajar mengenai negara n banyak bincang isu sensitif. Terlalu bnyak. Tapi x boleh tulis di sini. Akta rahsia kerajaan.Saya ingat lg, saya berdebat dengan fasi mengenai satu isu ni. Saya rasa seumur hidup saya, ini adalah pertama kali saya "bertekak" dengan orang yang sebaya dengan bapa saya. Sangat tidak berpuas hati ngan isu ini. Sehingga sepanjang malam saya menjadi sangat moody. Sebelah petang pulak, buat penjelajahan ke hutan. Menikmati keindahan flora. Cewah...

Hari keempat -19/3/2009
LDK bersambung. Dari pagi sampai la petang. Bebrapa kali argue dengan fasi. Beberapa kali jugak saya terlepas cakap mengenai ideologi politik saya. Argh...biarkan. Saya cakap benda yang betul. Bukannya mereka-reka cerita. SEbelah malam pulak...buat game sikit2, n persembahan lagu patriotik. Kelakar gila la. Anuar nyanyi "sedap" gila. Razeen nyanyi sambil baling sweater dia, seb baik x bukak semua baju .ish3. Syed buat persembahan jerit2, Syida plak nangis2. Rafi baca sajak. Zaki nyanyi smpai suara pecah.wakaka. Syadie buat laungan kemerdekaan...bla3...bnyak la. yg penting, group aku menang. Dapat juara peringkat negara. Yay2

Hari Kelima - 20/3/2009
Last day, buat ujian etc etc. N kul 12 dah leh balik. Best la



Kesimpulannya
- BTN ni best la
- jumpa ramai kawan baru esp dak2 archi
- rasa pemikiran jadi matang..matang sngat2
- n tetiba je terpikir.. bakat saya dalam bidang perubatan atau undang2?... lupakan..dah x leh patah balik...teruskan je ngan bidang ni.

Friday, March 20, 2009

anak kecil main api

Assalamualaikum anak-anak Malaysia

Hari ini hari kita
kau dan aku
melangkah ke dunia baru
dunia baru dunia bebas
bebas dari pemikiran mereka

kau dan aku
kenapa tidak aku sahaja?
kenapa bukan engkau sahaja?
dan kenapa mereka dibiarkan begitu sahaja?

Kau bertanya pada aku
ada apa pada negara?
Aku dan kau
Aku, kau dan tidak sama sekali mereka
Soalnya wujudkah negara tanpa kita?
kenapa terlalu taksub dengan bangsa?
Kenapa tidak didahulukan agama?
Argh...
Omong-omong kosong orang yang bermimpi siang hari

Kau dan aku
Kau,aku dan bukan mereka
Kerana bumi ini hanya milik kau dan aku
Kerana kau dan aku
Takkan hilang di dunia ini

Wasalam

Nur Liyana Rosli
20 march 2009 - 7.53 pm ( Pulangnya petualang dari kejauhan )

Thursday, March 12, 2009

holiday....?? just forget it

I need a holiday!!
i mean a real holiday!!
Holiday without BTN...
Holiday without the urge to finish all the biology lab report
Holiday devoid of study,tutorial, etc..etc..ETC
Holiday without thinking of INTEC
Holiday for me to relax
I'm in dire need for holiday
I'm just too tired with everything
I miss my home in Penang
Life is suck without a break
Trust me...

Saturday, March 7, 2009

Liyana says part 2



Yeah....i deem this feeling as a CRUSH....
not more than that


Should i mention his name here?


To be continued..............again!!