Anda masih ingat kisah saya yang tidak suka tidur malam? bagus. Setiap hari saya akan tidur pada pukul 4 pagi atau 5 pagi atau 6 pagi dan kemudian bila matahari sudah tegak di atas kepala, bila kain yang dijemur di luar sudah kering, bila peniaga di pasar sudah mula pulang ke rumah masing-masing, pada waktu itulah baru hari saya bermula. Setiap kali bangun tidur, pasti saya akan marah-marahkan diri sendiri, berjanji dengan diri sendiri tidak akan mengulangi perangai ini, memasang azam tinggi untuk berhenti tidur lambat.. tapi itu kesemuanya sia-sia. Saya akan mengulangi rutin ini hari demi hari demi hari demi hari hinggalah....saya pun tidak tahu bila ia akan berakhir.
haih...macam mana lah bila dah jadi bini orang nanti?
Saya tidak sukakan suasana bersendirian pada waktu malam. Orang pernah kata, sebuah kawasan perumahan yang terletak lebih kurang 300 meter dari rumah saya itu berhantu. H-A-N-T-U. Saya sepatutnya tidak menulis apa-apa mengenai hal ini. Ini disebabkan, jikalau kita bercerita mengenai makhluk itu, makhluk itu akan benar-benar muncul di depan kita.
* izinkan saya untuk ketawa seketika*
Pernah kah anda mengalami perasaan ini, anda seorang yang masih belum tidur, sedangkan ahli keluarga lain sedang lena dibuai mimpi hinggakan bunyi berdengkur mereka terdengar sampai ke luar bilik, anda keseorangan,anda lihat di luar tingkap bilik dan anda terasa seram sejuk, anda kesunyian dan memikirkan kenapa anda masih tiada teman lelaki ( abaikan ), dan tanpa disedari, telefon bimbit anda berbunyi. Anda lihat di skrin telefon itu, tertera nombor yang tidak dikenali, dan bila anda tekan butang jawab, anda terdengar suara lelaki di hujung talian;
lelaki itu : (tanpa memberi salam) aku dah suruh orang masukkan daging tu dalam peti sejuk
saya :( terdiam untuk beberapa saat dan kemudian..) haaa??
lelaki itu : dah masuk dalam peti sejuk. Esok kamu datang, tolong rebus terus daging itu, takut biar lama-lama, mahu busuk daging itu.
*kaget*
saya : ha?? owho.... arrr....okay-okay
lelaki itu : lepas itu, kamu potong halus-halus buat gulai, esok puan mahu makan
saya : (senyap)
(senyap)
(senyap)
(senyap)
lima saat kemudian...
lelaki itu : eh.. gulai itu kena bubuh berapa biji kentang ya?
saya : ar..ar...ar...erm... dua....kot
lelaki itu: kemudian, perlu dibubuh santan bukan?
saya : arrr...
lelaki itu: lepas itu taruk daging bukan?
saya : ( senyap)
lelaki itu : kalau bisa, perlukah mahu ditaruk asam jawa?
saya : ( masih senyap)
lelaki itu : kenapa kamu senyap? kamu ini kartini bukan?
saya : ( ketawa) kartini? tak lah. pak cik silap nombor ni
lelaki itu : aaaa????
Thursday, December 3, 2009
kesan tidak tidur malam
Posted by liyana at 10:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
;P
kte pernah kena..
pak cik : hello?
sy : huh? (mamai2)
pak cik : hello? luu..
sy : huhh? siapa ni? (ckp dgn baik~)
pak cik : lu duduk mana? lu mau urutkah?
o_0?! terus off!!
pengajaran:jgn layan phone call tgh2 mlm~
hisham yg malas sign in berkata :
pecah perut aku
har3...
eka :
seriously..lawak giler..
patut nye layan je call 2 utk beberapa saat..
bila dia ngah smngat cakap, pas 2 kita potong caka dia kata.."eh salah nombor la"
haha
hisham :
ish3..jgan pecah perut
kurang sorang doktor kat malaysia nnt
wakaka
hehe. aku dah buka masa 0 komen. tapi ni baru baca dan komen. hehe. betul2 ye ni? entahentah hantu handphone tu. wakakkakaaa
agak ar..dah ar tengah2 malam tu..wakaka..aku pun layan jek la
nana pon malas sign in. :D
serious kes sama.
i mean, part takleh tidur malam tuh.
macam mana nak tidur awal eh?
tension2.
selalu jadi time balik rumah.
kalau ada kelas, otometik jam bunyik dekat 3 4 kali baru terjaga.
kat rumah. 10kali pon belum tentu dengar. isk iskk.
hehe..kita serupa...
Post a Comment