Saya akui hidup di asrama kadang kala agak mencabar. Memandangkan saya tidak punyai apa-apa pengalaman berjauhan dari keluarga semasa zaman persekolahan, hidup di asrama benar-benar menjadikan saya seorang yang dewasa. Saya akui ketika saya di tingkatan satu dahulu, saya pernah tinggal di sekolah asrama selama seminggu sahaja. Cukup tempoh seminggu, saya bertukar ke sekolah lain. homesick. Alah...standard lah budak-budak perangai macam tu kan? Tapi sekarang saya sudah 19 tahun, sudah matang dan sudah boleh berdikari.
Di sini asrama kami tidak dipanggil ASRAMA. Tetapi, untuk lebih glamour dan advance lagi, asrama di sini dipanggil kolej. Hebat bukan? Saya tetap sayangkan kolej saya walaupun rumah saya di Penang jauh lebih baik. Saya tetap sayangkan kolej saya walaupun pada malam-malam hari bunyi orang berkaroke menyesakkan telinga dan kepala saya. Saya tetap sayangkan kolej saya walaupun terdapat banyak lipas di sekitar kawasan blok saya. Setiap kali saya lalu di hadapan laman blok saya pada malam hari, pasti saya akan menjerit-jerit kecil apabila terpandangkan makhluk hitam yang merayap itu. Saya tetap sayangkan kolej saya kerana saya tahu kolej saya jauh lebih baik daripada kolej pelajar lelaki.
Bila tinggal di asrama juga, saya belajar untuk menyayangi bilik saya walaupun bilik ini tidak sama hebat dengan bilik di rumah saya. Setiap minggu kami rakan sebilik akan menyapu dan mengemop lantai. Pernah satu hari, warden datang membuat spot check ke bilik kami. Yang paling menggembirakan adalah apabila beliau memuji bilik kami yang bersih ( betul ni...tak tipu )
Kolej saya bukan sehebat kolej lain yang ada cleaning service. Semuanya perlu dilakukan sendiri. Tapi tak mengapa, saya tetap sayangkan kolej saya. Tidak kira lah anda adalah anak bangsawan, anak raja, anak Tan Sri mahupun anak Datuk.
Bulan lepas, terdapat pendaftaran pelajar baru di Intec. Saya bertugas sebagai penunjuk arah kepada ibu bapa pelajar baru semasa hari pendaftaran kolej. Setiap kali, terdapat sebarang pertanyaan, pelajar dan ibu bapa tersebut ini akan merujuk kepada saya. Saya bayangkan diri saya sebagai artis yang dikelilingi peminat. Mengarut bukan? sekurang-kurangnya saya tidak rasa tertekan semasa menjalankan tugas saya. Setiap pertanyaan dari ibu bapa dan pelajar baru, saya akan jawab sebaik mungkin sambil memberikan senyuman yang paling manis. ( exaggeration )
Sedang saya berdiri di kawasan kolej saya, ada seorang waris pelajar menghampiri saya. Ayah kepada pelajar baru agaknya.Berdasarkan perwatakan beliau, saya kira beliau adalah daripada golongan yang berada. Kereta Mercedes E-Series nya diletakkan di bahu jalan. Baju beliau kemas dan bergosok. Tangan beliau tersarung jam mahal. Saya berikan senyuman mesra kepada beliau. Beliau kemudian berdiri di hadapan saya dan berkata ,
" Adik, ada cleaner tak yang boleh bersihkan bilik anak saya?"
Wednesday, July 29, 2009
Saya sayang Kolej saya
Posted by liyana at 4:04 PM 9 comments
Sunday, July 19, 2009
Bola Sepak (sekali lagi) dari perspektif kaum Hawa
Post kali ini ditulis khas untuk wanita.
Kali ini saya tidak mahu kaitkan tajuk post ini dengan gay. Teruk saya "dihentam" oleh kawan-kawan saya, mujurlah saya berjaya membidas hentaman mereka dengan hujah-hujah yang munasabah.
Anda semua pasti sudah tahu tentang kedatangan Manchester United(MU) ke Malaysia? Tapi yang saya kira agak pelik adalah bila di mana orang-orang Malaysia sendiri lebih suka menyokong pasukan barat ini. Aneh
Saya jarang mengikuti perkembangan bola sepak baik dalam Malaysia atau luar Malaysia. Kalau kawan-kawan saya bercerita mengenai bola sepak, saya hanya pekakan telinga, buat bodoh dan memberi isyarat supaya beralih ke topik perbualan yang lain. Sungguh bosan hidup bila hanya terkongkong dengan bola sepak sahaja.
Saya ada seorang kawan lelaki yang agak fanatik dengan bola sepak (nama,umur, no IC, jenis darah, tinggi, berat dirahsiakan ) sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk menonton perlawanan MU dengan pasukan Malaysia. Yang pelik juga, setiap kali ada perkembangan mengenai perlawanan tersebut, beliau pasti memberitahu hal itu kepada saya.
One message received : MU leading 1-0. Best giler
One message sent : alahai...
Saya tidak tahu mengapa lelaki sangat meminati dengan bola sepak. Jika dilihat dari sudut biologi, mereka memiliki chromosome XY. Perempuan pula XX. Mungkin juga chromosome XY itu mempunyai daya tarikan terhadap sukan bola sepak. Saya tahu amat mengarut untuk mengaitkan bola sepak, lelaki dan biologi. Saya pernah tanyakan kepada rakan-rakan lelaki saya, kenapa anda meminati bola sepak? Sungguh panjang lebar jawapan mereka, saya juga tersedar beberapa kali saya menguap ketika mendengar jawapan mereka. Namun yang dapat saya simpulkan di sini, kalau anda susah untuk tidur, dengarlah cerita-cerita bola sepak daripada kawan lelaki anda.
20 minit kemudian
One message received : Malaysia lak score, 1-1 sekarang..
one message sent : terer gak ye..
Bila saya dihujani soalan bertubi-tubi berikutan post blog saya terdahulu mengenai Gay dan bola sepak, saya hanya ketawa, geleng kepala sekuat mungkin beberapa kali, dan jika situasi terlalu ekstrim saya akan pekak-kan telinga dengan tangan saya.Lelaki sangat fanatik dengan bola sepak. Betul!! saya tak tipu. Jika anda selalu berkunjung ke perpustakaan Intec, anda pasti akan sedar mengenai situasi ini;bila kaum Adam sampai sahaja di tempat bacaan surat khabar, mereka akan capai surat khabar dan terus pusingkan akhbar itu ke bahagian belakang, atau dalam erti kata lain, mereka akan terus membaca bahagian sukan. Mereka tidak hiraukan cerita di Front cover, walaupun cerita itu cerita sensasi seperti cerita artis ditangkap basah atau cerita politik seperti ahli politik membintangi video lucah, mereka buat tidak kisah dan hanya memberi tumpuan 100% kepada bahagian sukan. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, jika anda mahu berasa selamat di samping lelaki yang tidak lucah pemikirannya, cari lah lelaki yang sukakan bola sepak.
15 minit kemudian
one message received : MU score lagi..yes!!
one message sent : mesia tdo ke?
Saya pernah terbaca di sebuah majalah yang memberitahu bahawa lelaki boleh jadi muram sepanjang hari, hanya kerana pasukan kegemarannya kalah dalam perlawanan bola sepak. Pelik bukan? Tapi begitulah lelaki. Hanya perbualan yang berkisar mengenai bola sepak sahaja yang boleh mengeratkan dua lelaki yang berlainan ideologi. Jika perempuan boleh memulakan perbualan mengenai keluarga mereka, lelaki pula boleh memulakan perbualan mengenai bola sepak. Baik dari semuda-muda lelaki seperti kanak-kanak yang berumur 3 tahun hinggalah setua-tua lelaki yang layak dipanggil datuk, kesemuanya gilakan bola sepak. Pelik bukan? Kesimpulannya, terimalah hakikat bahawa bakal suami atau suami anda tidak boleh hidup tanpa bola sepak.pathetic
45 minit kemudian
one message received : Malaysia score..seri sekarang..konperm x leh beat MU
one message sent : hoho..we'll see
Banyak faktor yang saya boleh kaitkan bola sepak dengan lelaki. Terasa janggal pula jika perempuan yang bercerita mengenai bola sepak, perempuan memakai jersi bola sepak ataupun perempuan yang muram sepanjang hari kerana pasukan kegemarannya kalah dalam pasukan bola sepak. Jika tiba-tiba sahaja, pada suatu hari, saya terjaga dari tidur dan saya mendapati perempuan pun sama fanatik akan bola sepak sama dengan kaum lelaki, saya lebih rela berhijrah ke pulau yang jauh dari peradaban manusia. Moga aman sikit hidup saya. Harap-harap situasi itu tidak akan berlaku sama sekali. Jadi, bersyukurlah jika anda dilahirkan dengan tidak meminati bola sepak, sekurang-kurang nya anda tidak perlu melihat seorang manusia terpaksa berhijrah ke sebuah pulau. Belajar lah juga untuk bersabar, bila setiap kali rakan lelaki anda menghantar SMS memaklumkan perkembangan setiap perlawanan bola sepak. Itu baru satu perlawanan je, belum perlawanan yang lain. Alahai....
20 minit kemudian.
one message received : yay..MU score..that's the end..MU menang
one message sent : damn!!
nak hentam post ini? Silakan
Posted by liyana at 12:12 PM 17 comments
Labels: Liyana to the colourful life
Friday, July 10, 2009
Natrah
Melayu dilahirkan untuk menjadi melayu. Melayu tak boleh menjadi orang putih. Tidak kira lah bagaimana anda mahu mencelup rambut hitam anda dalam tong cat putih supaya rambut anda bertukar warna seperti orang putih, ataupun mahu memakai kanta lekap berwarna biru aqua yang mana anda boleh dapatkan di kedai dengan harga RM 60.00, ataupun mengubah slang anda sehingga pergi ke kedai mamak pun mahu menggunakan bahasa omputih, kesemua itu tidak dapat mengubah hakikat bahawa anda dilahirkan untuk menjadi orang melayu. Saya sangat bencikan orang melayu yang mewarna rambut mereka supaya kelihatan tiada bezanya dengan mat saleh. Hitam itu cantik, kenapa mahu dicemarkan?
Saya juga tidak faham mengapa isu PPSMI menjadi perbualan hangat pada masa ini, hinggakan ada orang yang mahu keluar masuk UMNO. Melayu sebaiknya dikekalkan dengan melayu. Sekolah cina dan india juga harus menggunakan bahasa melayu, jika tidak, bagaimana mahu membentuk integriti nasional, bagaimana mahu membentuk satu malaysia najib oi? Ops..tidak boleh tulis lebih-lebih di sini, saya penerima biaiswa kerajaan, terima kasih kerajaan Malaysia kerana memberi biasiswa kepada saya. Saya tetap sayangkan kerajaan Malaysia walaupun mereka menjadikan rakyatnya sebagai bahan eksperimen. Sekali lagi..ops...tidak boleh tulis lebih-lebih di sini. Argh..bosan
Melayu? Orang putih? Malaysia? Mat Saleh? Integriti? Satu Malaysia?..arghhhh
kalau orang putih pun merana,tertekan, menangis kerana dilahirkan sebagai orang putih? Mengapa anda mahu jadi yang sebaliknya. Pening kepala? Klik sini.
Natrah aka Bertha Hertogh
kalau tidak tahu kisah beliau juga, google saja..
habis cerita
Posted by liyana at 10:49 PM 7 comments
Sunday, July 5, 2009
susah nak jadi jahat
Anda minat dengan Micheal Jackson. Yeah!! Tidak perlu melepaskan hormon adrenaline anda. Saya tahu ramai yang meminati beliau, termasuklah saya. Sekarang semua orang bercakap pasal Micheal Jackson, daripada mak cik yang menunggu bas setelah pulang dari pasar hinggalah budak-budak tadika yang baru belajar mengenali ABC.
Saya akui, saya tidak pernah membeli album MJ. Hanya melayan lagu beliau di YouTube ataupun download lagu beliau secara haram. Peminatkah sebegitu? ( abaikan ). Tapi, untuk menunjukkan kecintaan saya terhadap beliau, saya bercadang untuk membeli album originalnya. Tapi, bila memikirkan harga yang perlu dibayar, ades... semangat saya runtuh.
Tapi saya tidak mahu berputus asa, saya mencari ikhtiar lain dan terjumpa dengan satu kaedah ini, kaedah yang tidak mengeringkan akaun CIMB saya ; beli CD cetak rompak.
Jadi, saya pergi ke kedai bersebelahan dengan Mydin Seksyen 18 dengan semangat yang penuh berkobar-kobar, hati saya tersenyum girang kerana akan memiliki album MJ, saya berjalan-jalan sambil melompat-lompat seperti dalam cerita Alice in the Wonderland ( abaikan ) , hanya beberapa meter sahaja perjalanan sebelum sampai di kedai tersebut, dan tanpa dijemput, kegirangan saya hilang sekelip mata. Saya tidak tahu mengapa, saya hilang keberanian untuk membeli CD cetak rompak. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran saya ; bagaimana ketika saya membeli CD itu nanti, pihak polis membuat serbuan, adakah saya akan masuk penjara? Bagaimana pula jika ada penyiasat seperti James Bond yang merakam gambar saya ketika curi-curi membeli barang cetak rompak ini, dan terus melaporkan kepada JPA, adakah biasiswa saya akan ditarik? Bagaimana pula jika ada rakaman CCTV...bla..bla...bla...bla..argh!!! Kemudian, dengan hati yang berat, saya melangkah dengan perasaan menggunung kecewa meninggi di dada seperti tingginya Gunung Everast.
Percubaan pertama ; Gagal !!!!
Keesokan harinya, saya bangun dari tidur dengan semangat yang baru. Kali ini saya ingin menggunakan kaedah yang baru, tetapi buruan yang tetap sama iaitu CD cetak rompak MJ ( ayat ini terlalu cliche' ). Saya pakai pakaian serba hitam, baju hitam, seluar hitam dan tudung hitam dan seterusnya mencapai cermin mata hitam yang saya beli di pasar malam yang berharga RM 4.90 ( abaikan ). Saya lihat pantulan imej saya di cermin, kali ini saya kelihatan sama seperti James Bond. Kemudian, saya berjalan kaki ke kedai CD cetak rompak tersebut, sampai sahaja di kedai tersebut, saya membelek beberapa CD cetak rompak yang terdapat di kedai tersebut, dan dari kejauhan saya terpandangkan CD Micheal Jackson. Hati saya berdebar-debar, tangan saya menggeletar, dahi saya berpeluh, baru sahaja saya ingin mencapai CD tersebut, ada seorang mak cik gemuk yang menyambarnya terlebih dahulu. Kecewa. Patah hati. Saya terus pulang.
Percubaan kedua ; Gagal!!
Pulang sahaja ke bilik saya, saya memarahi diri saya sendiri. Saya campak jauh-jauh cermin mata hitam RM 4.90 saya itu ke dalam almari saya ( sampai hari ni, cermin mata tu hilang ). Saya hentak kepala saya di bantal busuk saya. Saya marahkan diri saya yang tiba-tiba sahaja menjadi penakut. Kali ini, saya mahu bangkit dengan semangat baru. Saya akan dapatkan CD Micheal Jackson, walau dengan apa cara sekalipun. Jadi, pada hari yang sama, pada sebelah petang, saya berkunjung sekali lagi ke kedai tersebut. Kali ini, saya tidak lagi memakai pakaian seperti James Bond. Saya mahu kelihatan seperti seorang pakar. Saya berdiri beberapa meter dari kedai tersebut, sambil memberi senyuman penuh rahsia kepada Apek cina yang menjual CD cetak rompak itu. Bertuahnya saya, kerana dia membalas senyuman saya. Kali ini semangat saya bertambah. Saya berjalan beberapa langkah ke arah apek cina tersebut, sambil tidak henti memberi senyuman penuh rahsia. Saya batuk-batuk kecil beberapa kali untuk menarik perhatian apek cina tersebut. Sambil menarik nafas beberapa kali dan membengokkan badan saya sedikit, saya kecilkan mata saya, memberi senyuman penuh rahsia kepada apek cina itu. Kemudian, apek itu mengenyitkan mata dan berkata;
"You cari CD blue ke?"
Posted by liyana at 11:42 AM 9 comments
Labels: Liyana to the colourful life