Kes 001
Tahukah anda bahawa alam tidak berupaya menampung kehidupan anak cucu, cicit kita.Alam sekitar sedang menangis, pemanasan global, pencairan ais di kutub, kesemuanya disebabkan kita. Owh sungguh cliche ayat-ayat ini. Saya tidak tahu, berapa ramaikah manusia di muka bumi ini yang benar-benar cintakan alam sekitar. Kadang kala saya lebih suka menjadi ekstremis, jika saya mahu mendidik anak-anak murid saya, saya tidak mahu menjadi seorang guru yang hanya menulis di papan hitam, terangkan mengenai alam sekitar kepada murid-murid, sedangkan saya sedikit pun tidak pernah peduli mengenai pemanasan global. Ekstremis yang terlampau ekstremis. Jika saya mahu murid-murid benar-benar belajar mengenai ekstremis pemanasan global, saya akan biarkan mereka berjemur di bawah cahaya matahari sambil berbogel. Tapi saya buka se-ekstremis itu. Saya tidak mahu menjadi guru yang mempunyai kisah penderaan fizikal, mental dan seksual terhadap anak murid terpampang di muka hadapan akhbar.
Tapi saya bakal menjadi seorang doktor, bukan seorang guru
Kes 002
Saya ada seorang kenalan. Nama, umur dan jantina dirahsiakan. Kenalan saya ini jenis yang banyak bercakap. Jika satu perkataan ditanya, akan dijawab dengan lebih daripada 10 000 patah perkataan. Tapi saya tak kisah pun. Setiap kali tersempak dengannya, beliau akan menceritakan tentang kawan-kawan saya yang dia baru tersempak sebentar tadi. Jika dia tersempak dengan 10 orang kawan saya, maka kesemua siri-siri ke-tersempak-an itu akan diceritakan kepada saya. Saya cuma angguk, senyum dan mendengar. Susah juga mahu jaga hati orang walaupun diri kita ini sebenarnya terseksa. Satu sifat aneh mengenai kenalan saya ini adalah, setiap kali saya mahu mula bercakap,dan beliau tidak memahami dengan maksud yang cuba saya sampaikan, beliau akan mengerutkan dahi dan hidung, membeliakkan mata lantas memberikan respons sebegini
"Haaa...????"
bahasa inggeris : I beg your pardon.
bahasa melayu : Haaa???
Kes 003 :
Saya sedang belajar di Intec. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang tidak tahu.Mungkin juga ada yang tidak tahu apa itu Intec. Kalau tidak mahu memberi jawapan panjang lebar, saya hanya akan memberitahu mereka saya sedang belajar di UiTM. Ringkas dan mudah. Di tempat saya belajar ini, ada sebuah cafe. ALM cafe namanya. Cafe ini telah melakukan anjakan paradigma dalam soal memelihara alam sekitar. Jika di tempat lain, bekas yang digunakan untuk membungkus makanan terdiri daripada bekas polystrene berwarna putih. Di cafe ini pula, menggunakan bekas berwarna cokelat yang mesra alam. Unik bukan. Setidak-tidaknya kita menyumbangkan sesuatu dalam usaha untuk memelihara alam sekitar.
Satu hari, saya mahu membungkus makanan di cafe ini. Saya capai bekas berwarna cokelat itu, isikan nasi dan lauk ke dalamnya, dan kemudian terus bawa ke kaunter untuk membayar harga makanan itu. Sampai sahaja di sana, saya lihat tidak ramai orang yang menunggu di kaunter. Saya letakkan bekas berwarna cokelat berisi makanan di hadapan mak cik itu, mak cik cafe itu pun menghitung harga makanan saya, seraya berkata
"RM 2.70"
Saya lihat mak cik itu tidak kelihatan sibuk, maka saya memulakan sesi perbualan ringkas dengannya.
" Memang kalau ambil bekas cokelat ni mahal sikit ke mak cik?" tanya saya sambil tersenyum
" Aah.Bekas ni mahal sikit" jawab nya
" Cantik la bekas ni. Tapi tak boleh recycle...errr... kitar semula kan?" tanya saya sambil mencari perkataan recycle dalam bahasa melayu. Kadang kala saya mahu salahkan kerajaan kerana membentuk dasar PPSMI. Perkataan mudah seperti perkataan kitar semula pun saya masih mahu menggunakan perkataan recycle
"Tak boleh dik. Sebab tu mak cik buang terus je" balas mak cik cafe itu.
"tapi bekas ni lupus alam kan?" habis sahaja saya menyebut perkataan itu, saya memarahi diri saya kerana memberikan istilah yang terlalu saintifik kepada mak cik itu.
Kemudian, mata mak cik itu memandang tepat ke arah saya sambil mengerutkan dahinya memberi isyarat tidak faham.
Lantas saya menyambung " bekas tu Biodegradable kan?"
selang tiga saat kemudian, mak cik itu berkata
"Haaaa....????"
respons orang malaysia terhadap pemanasan global: "haaaaa...??????"
Monday, November 2, 2009
Respons orang Malaysia terhadap pemanasan global
Posted by liyana at 10:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
haha~
serius dow..
ak pn xtau biodegradable dlm bm ape..
please take a look at your spelling..
hehe~
haaaa??
itu kata yang paling best untuk diajuk.
kalau hang teringin sangat nak jadi environmentalist, datang ke australia dan duduk dengan masyarakatnya. nak basuh kereta dengan hos tak boleh. nak tinggal kulit oren di tengah-tengah gurun pun tak boleh. nak buang sampah campur organik dan bukan organik pun tak boleh.
itu baru enviromentalis.
sebab apa?
sebab kat sini dah rasa pemanasan global itu macam mana. hahahah
syariful :
yeah2...spelling tunggang langgang..
x check pun sebenarnya time wat post ni..
abes2 je terus publish
wat time headache...hasilnya, ejaan bnyak x betul..
along :
hoho...baguih no orang putih..
kat malaysia ni, biodegradable pun depa xtau..
tp dimaafkan lah..
sbb perkataan tu pun advance sngt..
p/s : nnt tngkap kangaroo sekoq dua bawak balik malaysia tau..
ish, tak habis2 kanggaroo. along dok sini pun tak pernah merasa daging kanggaroo lagi.
ha, satu lagi. kat sini tak boleh pakai plastik bag. jadi, kalau pergi kedai, bawa beg sendiri. takpun, kalau nak beli, kena charge 15 cents utk biodegradable plastic bag. haha.
enviromentalis...
ha lah..kat sini xdak kangaroo..
kat zoo ada la sekoq dua
ari tu mak p NZ pun, dia bawak balik kambing je...tu pun patung
nak juga merasa tgok kangaroo betul2..wakaka
haha. kat malaysia lagi advance ar cam 2. tau x kat mydin?
selekeh-lekeh mydin pun,
depa guna plastic biodegradable owh..
mmang tabik spring..
dah 2..xyah kena charge pun klau guna plastik biodegradable..
xdak la koman tara mana sangat
Post a Comment