BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 13, 2009

serius yang tidak menjadi

sekarang ini semua orang cerita mengenai H1N1. Pusing kanan H1N1, pusing kiri H1N1, jalan 3 langkah ke depan H1N1, lari belakang bangunan pun H1N1. agak-agak nya, mesti apek-apek yang jual topeng penutup mulut tengah untung sakan sekarang ni kan?

Soalan saya ; perlukah kita risau akan H1N1? Ya. Saya tahu kadar kematian pesakit H1N1 kurang dari 1%. Tapi bagaiman jika peratusan ini meningkat? Unjuran kementerian kesihatan melaporkan 25 000 rakyat negara ini boleh meninggal kerana H1N1. ( macam laporan berita Utusan Malaysia je kan? abaikan ) Soalan saya ; perlukah kita risau akan H1N1?

Jawab pensyarah kimia saya : " lagi ramai orang meninggal sebab tercekik donat daripada meninggal sebab H1N1"

tolak ketepi mengenai H1N1...arghh bosan

sekarang kita berbicara mengenai pendatang asing pula. Saya tahu topik ini seperti soalan karangan bahasa melayu SPM. Masih segar di ingatan saya akan guru Bahasa Malaysia saya ketika di sekolah dulu yang menerangkan isu-isu penting mengenai pendatang asing. Hidung kempas-kempisnya memang tidak boleh dapat dilupakan ( abaikan ).

Hampir 1 00 000 pendatang asing di Malaysia. Ramai bukan? angka itu merangkumi pendatang asing halal dan haram, yang membina bangunan, yang bekerja sebagai orang gaji, yang menyapu daun-daun kering di sekitar kawasan kolej Akasia, yang menghalang kita memasuki tandas apabila mereka sedang membersihkan tempat tersebut, yang menjual nasi campur di Cafe Cemara, yang bertenggek beramai-ramai di tepi jalan menunggu kedatangan bas kilang serta seribu satu situasi lagi.

Pendatang asing juga membawa budaya mereka di sini. Tak percaya? Hello!! sekarang anda bangun dari kerusi anda, jalan lima langkah ke tingkap. Buka tingkap dan perhatikan alam di luar. Lihat fesyen tudung wanita-wanita di Malaysia sekarang. Fesyen sarungkan tudung yang keras di kepala ( bak kata nenek saya " tak kenan sungguh aku menengoknya"). Itu belum lagi drama-drama indon di TV, banyak sungguh drama-drama indonesia. Saya bukan seorang anti- indon. Tidak sama sekali saya akan melancarkan mogok ganyang-indon. Saya tak mahu anak-anak saya nanti tidak boleh membezakan antara orang melayu dan orang indon.

maaf. saya bukan sangap nak kahwin

kenapa tiba-tiba sahaja saya rasakan topik pendatang asing ini agak bosan?

Saya berani katakan di sini bahawa majoriti pendatang asing tidak tahu bertutur bahasa melayu ( kecuali pendatang dari indonesia ). Satu hari saya bersama kawan saya, makan malam di sebuah kedai mamak berdekatan dengan kolej kami. Bila sudah kenyang, kami sembang-sembang kosong. Kawan saya ini memesan minuman bungkus. Lalu dia pun memanggil seorang pekerja mamak dan memesan Neslo Ais. Pekerja mamak itu pun berlalu pergi sambil memberikan ekspresi muka bingung dan angguk-angguk kosong.

lima minit kemudian, beliau kembali semula,sekali lagi memberikan ekspresi muka bingung, lantas menghulurkan beberapa helai tisu.

6 comments:

malayneum said...

'Saya tak mahu anak2 saya nanti tidak boleh membezakan antara orang MELAYU dan org INDON'

huhu...

bukan kah terdapat org indon itu sendiri juga orang melayu...

org Melayu sebenarnya sudah bersepah di dunia ini...

liyana said...

bukan2..
x sama..
orang indon itu orang indon
orang melayu itu orng melayu

orang melayu berasal dari tanah melayu

orang indon berasal dari indon

malayneum said...

abes tu klau mereka yang berpindah kat sana yakni dimana-mana bukan setakat indon...kawin,beranak,suku sakat diorang bukan melayu kah?

liyana said...

bangsa dinilai daripada keturunan..
bukannya tempat tinggal

Ahmad Azizi Jamaludin said...

cop2...ad org mlayu dtg dr indon...
igt cite parameswara???

layu-melayu said...

bukan melayu tu serumpun ke. asalkan yang bertutur BM dan beradat resam orang Melayu. tak kirala dari pelosok mana di nusantara ini.