BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

kak siti tak nak beritahu saya?


Pernah tak anda dengar lagu Budi Bahasa Budaya Kita? Lagu yang dipopularkan oleh biduanita kita, Datuk Siti Nur Haliza. Terasa agak signifikan lagu itu diputarkan, tapi kadangkala ada juga unsur sinis dalam lagu tersebut. Entah mahu memuji rakyat Malaysia, ataupun mahu memperli rakyat Malaysia, saya sendiri pun tidak tahu. Lirik nya indah, melodi nya tersusun, tapi maksud tersirat di sebalik liriknya, boleh memberikan kesan "Zreeeeett" jika diteliti betul-betul. Kak Siti tak nak beritahu saya?

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti

Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi

Bertimbang rasa hormat menghormati

Maklumlah, bila pandemik H1N1 ini mula menular, semua orang sudah bertukar menjadi paranoid. Saya tak kata benda ini salah, mungkin bagus juga. Terus terang saya mahu lari dari situasi ini, tetapi tak boleh. Tempoh hari, nenek saya jatuh sakit, demam nya boleh dikatakan teruk. Sakit orang tua, kalau kita buat tak tahu, takut nanti dituduh sebagai anak derhaka. Saya tak mahu nanti saya disumpah menjadi batu seperti dalam cerita Si Tenggang. Walaupun cerita ini ada unsur-unsur khurafat ( ada ke manusia leh jadi batu ), tetapi ia banyak memberikan pengajaran. Okay, berbalik kepada cerita ini. Setelah dipaksa beberapa kali, saya pun membawa nenek ke klinik. Maklumlah, tinggal di Putrajaya, mana ada klinik tahap cikai. Semuanya standard. Nak masuk tandas, kena jaga standard. Nak parking kereta, kena jaga standard. Nak pergi bazaar Ramadhan pun kena jaga standard.

kak Siti tak nak beritahu saya?

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas

Harapan rakyat satu amanah

Budi bahasa budaya kita

Sampai sahaja di klinik, saya terus pergi ke kaunter klinik itu. Tiada pekerja, saya masih sabar, kan ini bulan puasa. Masih tiada pekerja, saya buat batuk-batuk kecil, sekali lagi saya masih sabar, kan ini bulan puasa. Masih tiada respons, saya pun memberikan salam. ini kan bulan puasa. Selang beberapa saat kemudian, datang seorang pekerja perempuan menemui saya. Saya berikan senyuman ikhlas, kan ini bulan puasa. Tanpa menjawab salam saya, sambil memberikan muka masam, dia pun berkata " klinik dah tutup"

geram. saya ambil kotak tisu hempap-hempap di kepalanya, saya tulis surat kepada boss-nya minta dia diberhentikan kerana tidak mempunyai etika kerja. Saya ketuk-ketuk meja kaunter beberapa kali, kononya ingin memprotes ketidak puasan hati saya.


gurau.

sekarang ni kan bulan puasa, sabar sikit yek.

Bila dia berkata klinik sudah tutup, saya pun membalas,
" nenek saya sakit teruk dari pagi tadi, klinik lain dah tutup"
( dramatis sikit ayat ni, sebenarnya xde la teruk sangat..). Setelah mengeluh, beliau pun menyuruh kami menunggu untuk berjumpa doktor.


kak Siti tak nak beritahu pekerja perempuan tu macam mana nak berbudi bahasa?

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas

Kemudian, kami pun masuk berjumpa doktor. Terkejut. Pertama kali saya terpandangkan doktor yang bertugas itu, saya fikirkan beliau adalah Along Kutip Hutang. Memang takde rupa doktor langsung. Sabar, sekarang kan bulan puasa. Nenek saya duduk di sebelah doktor, saya duduk menghadap doktor tersebut.Doktor itu pun turut memberi muka masam.

kak Siti tak nak beritahu doktor itu macam mana nak berbudi bahasa?


" apa sakit?" tanya doktor itu
"demam" jawab nenek saya
" bila sakit?" tanya doktor itu lagi
"semalam. tapi pagi tadi teruk. Pagi tadi dah teruk. Sebab tu la datang klinik" Jawab nenek saya sepuluh kali ganda lebih panjang daripada soalan doktor itu.

Kemudian, doktor itu mengambil suhu badan nenek saya.
Selang tiga saat kemudian.

" okay dah, sudah boleh keluar " jawab doktor bermuka masam itu
.


Mahu sahaja saya bertengkar dengan doktor itu. Belajar tinggi-tinggi 6 tahun dalam perubatan hanya untuk bertanya dua soalan ini saja. Sabar. Sabar. Sabar. Sekarang kan bulan puasa.

Kak Siti tolonglah beritahu doktor itu macam mana nak berbudi bahasa.

Bila sudah selesai, saya pun pergi ke kaunter untuk mengambil ubat-ubatan nenek saya.
" ubat ini makan 3 kali sehari, lepas makan...bla...bla...bla...bla" bilang kakak sombong itu.
( saya malas untuk memberikan perhatian, kesemua arahan ada tertulis di bungkusan ubat tersebut) Bazirkan air liur sahaja. Sabar la bulan puasa ni.


Bila sudah habis memberikan arahan mengambil ubat, dan bila saya sudah habis memberikan anguk-anguk kosong, kakak sombong itu pun mengakhiri perbualan kami....


" semua sekali RM 37.00"



sekarang kak siti beritahu saya bagaimana nak berbudi bahasa pada bulan puasa ni?


p/s : gambar di atas hanya hiasan sahaja


1 comments:

Esther said...

Like the old saying goes:"Patience is golden" =D

I guess it's things like that which makes us realize that we have to avoid those attitudes once we become doctors.