BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 11, 2009

stress=force/cross-sectional area

Argh. makin hari makin bosan. pergi ke kelas tadi pun macam dah xda mood. Bila orang lain bising macam kanak-kanak ribena dalam kelas, saya cuma duduk diam sahaja sambil membelek-belek buku Hoder Chemistry. Bosan teramat sangat. tetiba jek Irsyadie tegur
" Liyana, kenapa diam jek ari ni? bukan ko selalu bising ke?".

Kemudian dengan memberikan ekspresi muka kelat seribu, saya pun membalas "ngantuk la".
Sebenarnya NGANTUK bukan masalah utamanya. Saya menghadapi krisis identiti. Bosan. Baru sahaja pulang dari rumah, saya sudah merindui keluarga saya ( bak kata orang putih, homesick). peduli apa aku klau korang nak kata aku anak manja. Inilah akibatnya bila pertama kali tinggal di asrama. Haih...kan best bila zaman sekolah dulu, habis kelas je terus boleh balik rumah.

Lepas itu, tekanan dengan toastmaster pulak. Dah dua minggu saya x pergi meeting club ni. Rasa bersalah pulak. Ingat lagi muka Madam Sarah masa minta keizinan x datang meeting club malam ni,
" it's okay, if you cannot make it tonight"

Wa...stress2. Rasa bersalah gila. Lepas ni tak nak lah skip club meeting.
Semalam memang jadual pack gila tahap gaban. balik akasia je pun dah nak dekat pukul 12 malam. Lepas tu nak study lagi, sampai pukul 1.3o pagi. Nasib baik la x mengantuk sangat. Ni mesti berkat pergi jogging petang tadi.cewah..ayat boleh belah!! Teringat lagi petang semalam Sir Iz suruh lari.
" Liyana lari Liyana, kamu tu banyak lemak"

Tension2...huhu. Hari ni jek dah mungkir janji dengan beberapa orang. Tu la liyana, senang sangat berjanji...sekarang sapa susah?.

And know what?? saya jumpa orang ni ( x yah la sebut nama kat sini ) , the worst thing is... x tegur dia pun wpun saya dah janji sebelum ni kalau saya terjumpa dia, saya mesti tegur dia. haih... kan dah berdosa sebab x tunai janji. Liyana..Liyana.

Simptom saya mengalami stress
- berubah 360 darjah. Daripada seorang yang x reti duduk diam... sehingga menjadi manusia yang paling senyap dalam muka bumi ni.
- muka monyok sepanjang hari
-cepat mengantuk!! ( sangat ketara )

2 comments:

amirul iman said...

uish.. sabar2. kuatkan semangat.

jangan berubah menjadi senyap.

bising2. hahaha. (scream!!)

liyana said...

hak3...
sesama kita jerit
argh!!!!!!