BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 7, 2009

dak2 ALM....read this

India tidak iktiraf ijazah perubatan Manipal

07/02/2009 5:22pm

NEW DELHI 7 Feb. - Agensi perubatan India enggan mengiktiraf ijazah perubatan yang ditawarkan oleh Manipal University, atas alasan kemudahan pengajaran dan klinikal institusi berkenaan tidak memenuhi piawaian kerajaan.

“Penarikan balik pengiktirafan itu kekal. Kami telahpun meminta mereka supaya mematuhi peraturan dan memberi mereka satu tahun (mulai 2008) untuk menangani masalah itu,” kata Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India, Naresh Dayal kepada Bernama.

Ogos lepas, Majlis Perubatan India (MCI) memeranjatkan fraterniti perubatan apabila mengumumkan ia tidak akan mengiktiraf kursus Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan di Kasturba Medical College di Manipal serta Mangalore.

MCI, sebuah badan pengawal institusi perubatan yang sangat berpengaruh di India, turut menggesa kementerian berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Manipal, yang didakwa tidak dilengkapi secukupnya daripada segi kemudahan dan kakitangan.

Pada masa ini, lebih 500 pelajar Malaysia mengikuti kursus perubatan dan pergigian di Manipal University, yang terletak di negeri selatan, Karnataka. - Bernama

2 comments:

amirul iman said...

umairah dentistry india kan?

liyana said...

kalau x silap aku.... ye kot