BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Liyana to the ke-intec-an. Show all posts
Showing posts with label Liyana to the ke-intec-an. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

ini bukan entry emo

Saya pusing kiri, saya pusing kanan, saya pandang depan, saya pandang belakang...
Argh... kekecewaan? Semestinya YA!!. Kerana? Topic Test Fizik. Soalan yang susah. Ok2 la.. sebenarnya bukan sebab tahap kepayahan soalan, tetapi lebih kepada kekangan masa. Hello!! sejam sahaja untuk menjawab kesemua soalan, mahu selesaikan semua kiraan, mahu fikir lagi, mahu semak semula, mahu faham soalan.

Saya fikir soalan Biologi lebih mudah dari Fizik. Kenapa? kerana kita tidak perlu banyak memikir. Tapi fizik!! haih... kena fikir, faham, kira etc etc etc etc

Bila ditanya pandangan rakan-rakan tentang soalan fizik sebentar tadi, ini jawab mereka

pelajar V : ayooo....no enough time la
( sambil menyelak-nyelak buku teks fizik Pearson )

pelajar SM : Haih....susahnya
( bercakap dengan gaya tangan kiri di kepala, tangan kanan di pinggang dan badan dilenturkan 90 darjah..kalah gaya perempuan)

Pelajar P : uh..not bad la ( sambil memberikan senyuman paling menawan )

Pelajar K : aku dah jawab, susah gila, susah ar soalan fizik tu ( dengan gaya tangan berpusing-
pusing di udara seperti gaya YB dari Melaka)

Pelajar N : aku x tahu aku jawab apa ( sambil mengeluh )

Pelajar Z : nak balik nangis la...huhu ( sambil packing buku2 beliau dan terus pulang )

Pelajar S : menjerit di ALM square..( no comment..beliau memang begitu )

Pelajar R : miss..kenapa bagi soalan susah sangat ni? ( beliau berhenti menjawab walaupun masa masih berbaki 10 minit )

dan seterusnya

Pelajar L : kenapa fizik senang sangat? ( sambil gelak kuat2 seperti orang gila dan tiba2 sahaja terdiam dan terus naik bas pulang ke Akasia )

p/s : setiap huruf untuk nama pelajar tersebut mewakili kanak-kanak ribena di 9M10

Sunday, February 8, 2009

Apabila....

apabila hati sudah terlompat-lompat nak turut seta
apabila kaki sudah gatal-gatal mahu pergi
apabila mulut sudah riuh-riuh bising satu belantara
ada saja yang nak menepelek

(1) " Aku x sanggup la nak join. Ko lain la terer cakap"
(2) " Liyana ni memang berani la...kalau saya..uish...x sanggup"
(3) " Ko biar betul... ?tabik spring la kat ko"
(4) " haih...sakan nampak "

Saturday, February 7, 2009

dak2 ALM....read this

India tidak iktiraf ijazah perubatan Manipal

07/02/2009 5:22pm

NEW DELHI 7 Feb. - Agensi perubatan India enggan mengiktiraf ijazah perubatan yang ditawarkan oleh Manipal University, atas alasan kemudahan pengajaran dan klinikal institusi berkenaan tidak memenuhi piawaian kerajaan.

“Penarikan balik pengiktirafan itu kekal. Kami telahpun meminta mereka supaya mematuhi peraturan dan memberi mereka satu tahun (mulai 2008) untuk menangani masalah itu,” kata Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India, Naresh Dayal kepada Bernama.

Ogos lepas, Majlis Perubatan India (MCI) memeranjatkan fraterniti perubatan apabila mengumumkan ia tidak akan mengiktiraf kursus Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan di Kasturba Medical College di Manipal serta Mangalore.

MCI, sebuah badan pengawal institusi perubatan yang sangat berpengaruh di India, turut menggesa kementerian berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Manipal, yang didakwa tidak dilengkapi secukupnya daripada segi kemudahan dan kakitangan.

Pada masa ini, lebih 500 pelajar Malaysia mengikuti kursus perubatan dan pergigian di Manipal University, yang terletak di negeri selatan, Karnataka. - Bernama

Saturday, January 31, 2009

physics or psychic?

Saya benci fizik!!... haha. Kalau anda nak tau perkataan ni lah yang sering disebut oleh pelajar medic (ALM) di Intec. Saya pun sering tertanya-tanya kenapa student medic kena belajar fizik? Tidak masuk di akal. Seumpama pelajar kejuretaraaan ( engineering lah ) belajar subjek biology.

Saya masih ingat ketika hari pertama saya belajar fizik di Intec. Bila lecturer bertanya adakah terdapat sebarang soalan dari pelajar, saya terus mengangkat tangan dan bertanyakan...
" Miss, what does Physic has to do with medicine?"

Kemudian terus lecturer memberi penerangan berjela-jela mengenai fizik kepada kelas saya. Tetapi saya tetap merasakan amat bosan untuk belajar fizik. Saya fikir, habis sahaja SPM, maka saya tidak perlu lagi menyentuh buku fizik. But Things turn 360 degree. why does the world is so unfair?I'm a downtrodden student .

Saya amat tidak selesa dengan soalan fizik. Tetapi, syukur markah fizik saya boleh tahan lah.hehe. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengurangkan masalah saya ini

p
/s : entry ini akan di-delete apabila saya secara tiba-tiba jatuh cinta dengan subjek fizik

Saturday, January 24, 2009

Just Got it



From nuwa http://piquenpeppy.blogspot.com/

LIYANA: busy macam menteri, dan boleh melalak all of a sudden.

hak3....mmang aku suka melalak pun...x dpat dielak

btw..jalal,taufiq,zikri n nadira xde dalam gambar ni

p/s: aku x suka tngok gambar aku kat atas ni...cam dak skema kan3??? huhuhu

Thursday, January 22, 2009

Intec itu sana sini

ayuh kawan-kawan mari kita renungkan sejenak apa yang telah kita buat selama satu minggu ini. Biar saya mulakan.

Sabtu ( 17 Januari 2009 )
Mulakan hari dengan pergi ke dewan cemara. Argh bosan. Pagi-pagi lagi dah ada latihan dalam kumpulan dan pembentangan. Depan lima orang panel pula tu. Tengah hari pula ada aktiviti kumpulan iaitu menghasilkan arca dari bahan-bahan terbuang. Petang letih gila tahap gaban. Malam pula ada sesi perlantikan. Hari yang amat panjang

Ahad ( 18 Januari 2009 )
Pergi ke bilik seminar di Cemara. Rancangkan aktiviti sepanjang tahun ini. Nasib baik habis awal.
Tengah hari pula pergi Times Square n temankan Syida pergi Low Yat. Window shopping sikit2,makan, and then balik. Ramai gila manusia kat Monorail. Terpaksa tunggu 3 kali sebelum dapat naik tren. Mahgrib baru sampai di Akasia. Malam pula tengok Anugerah Juara Lagu. Bila pemenang diumumkan saja, semua kawan2 yang ada kat bilik TV menjerit. Habis satu blok dengar suara kami. Nasib baik Pak Guard x marah..hehe. nape la Faizal Tahir x menang?...saya x suka MUH

Isnin ( 19 Januari 2009)
Mulakan kelas cam biasa. Naseb baik kelas sampai pukul 12 je. Petang pula berhibernasi. Malam pula pergi Ole-ole sbb tolong beli calculator kat Rafi. Singgah farmasi cari supplement. Tapi harga agak mahal.Balik je study chemistry ( memang muka study pun..hehe)

Selasa ( 20 Januari 2009)
Pagi pergi kelas. Tapi kelas habis sampai pukul 4.wawa...x suka kelas petang. dah la kelas IELTS ngan Madam Sarah plak tu. Ngantuk nak mampus..haha.Then, balik Akasia tidur. Malam pula ada meeting Toastmaster club. Sembang n borak sikit2. Balik je sambung tidur balik. ( kuat betul aku tidur)

Rabu ( 21 Januari 2009)
Kelas sampai pukul 12 gak. Tapi petang ada amanat from Pengarah Intec. Ngantuk dan membosankan. Baru ku tahu, ramai senior yang x pergi. Haih...kenapa la saya ni rajin sangat pergi eh?. Petang pula ada usrah dengan Kak Ijlal. Dapat makan cheese cake free...yay!! Then, dpat call dari Nana...wa..rindu nya ngan Nana. Sorry Nana..yana busy sikit masa tu..x dpatborak lama2...miss u so much babe
Malam pula ada meeting JPK sampai la pukul 11. Balik pula, singgah bilik Kak Atie kejap.
One more thing, know what? i mess up with Ridhwan....( how stupid i am)

Khamis ( 22 Januari 2009)
Kelas dari kul 8 sampai la pukul 2 petang. Kelas yang paling best adlah kelas biology. Kitaorang study pasal reproduction, sperm,ovum...etc etc. Yang paling kelakar bila cakap pasal sperm and menstrual cycle. To be specific, waktu subur untuk perempuan. Madam Rita agak open bila cakap pasal benda2 ni. Budak lelaki apa lagi la...seronok habis..haha. Syadie, Jalal, Kong are among of them. Nuwa??? ko pun termasuk skali ke?? hahaha. Habis kelas terus balik n tidur ( banyak nye tidur ). Tengah syok2 tidur tetiba je dpat call dari Kathy. Argh sudah. Kantoi aku x pergi meeting IE.

Kathy : Liyana, are u there?
Me : yes Kathy. What's up
Kathy : will u come 2 our meetin
OMG what should i say...nak gtau dia ke mmang saya sengaja x pergi. Then saya dpat idea ni.
Me : sorry Kathy. I have to finish my bio report and submit it 2moro. Urgent...
Kathy : well then..i'll see u 2moro after class ya..

Ok2.That was the story. Pandai jugak saya buat alasan kan..haha. Ok2... sebenarnya saya kena organise this blood and organ donation campaign. I'll be the leader n Kathy is the project manager 4 d programme. Saya kena cari anak buah n wat research sal benda ni. Never mind, for the sake of society i'm willing to do it...cewah..haha.... BTW, lepas habis je campaign tu nanti...club ni akan organise visit to rumah anak2 yatim...noble works loaded..hehe

Malam pula saya habiskan lab report biology n sekarang tengah online. Sebenarnya kat Cemara sekarang ada Solat Hajat Perdana Palestin. Disebabkab lab report saya yang bertimbun. Saya x dpat la pergi. ( kesian Shazeril...2 kali anta msg kat aku suruh pergi..tp aku x pergi jugak..haha )

Jumaat ( 23 Januari 2009)
Kelas pagi start dengan kelas CTIS oleh Ustaz Syed Naqjamuddin. Seronok n best dapat ustaz ni. Banyak plak buat lawak tu. Lepas tu ada sesi pembahagian kumpulan n agihan kerja kumpulan. Ades..kerja makin banyak. Lepas tu plak Kelas English...haha...ngantuk cam besa gak. Wa...saya kena assign wat esei ngan Jalal....argh menyeramkan..haha. Habis je kelas g Pak Li Cafe utk lunch n singgah kedai CD beli DVD Twilight,,,yay!! dapat gak DVD ni...balik rumah leh layan

So that's it. Masuk je sem 2 ni saya amat2 busy. Nak study la, lab report la, usrah la, JPK la, toastmaster, IE n etc etc...never mind, as long as i can manage my time it will be okay. BTW 6 n 7 February ni pula ada camp kat Port Dickson...another busy weekend. Be strong Liyana. You can do it...

It's Okay...lepas ni balik Penang. Yay!! Rindu gila kat Penang sampai termimpi-mimpi. Cuti ni pulak saya kena habiskana banyak kerja. Research sal Autopsy, Project pembentangan usrah, blood donation campaign, study utk topic test n bnyak lagi...huhu

Hello Hectic!!

Argh. Minggu ini adalah minggu yang amat membebankan dan terlalu-lalu sangat sibuk. Saya perlu membahagikan masa saya di antara menelaah pelajaran ( maha penting ), Toastmaster ( but i enjoy it very much),Meeting IE, Mesyuarat JPKCA ( ok la, kerja saya xde la banyak sangat), Usrah, makan,tidur,etc etc

Semua tugas ini membuatkan badan saya amat keletihan. Semalam, saya terpaksa pergi ke kedai Farmasi untuk mencari Vitamin. Ibu saya sering mengatakan bahawa saya sering kelihatan pucat dan lesu sejak menetap di Hostel. Apa boleh buat, saya makan sehari sekali je.

Ok2...sekarang saya nak sambung habiskan Lab Report Bilogy saya...ades..malasnya

and one more thing...
Saya nak mintak maaf banyak2 kat Ridhwan. Sorry banyak2. I shouldn't do it. Saya mengaku salah saya... Sorry....

Friday, January 2, 2009

apa ko pikir tempat tu cool???

Owh tidak. Ahad ni dah kena masuk INTEC. Wa..gua manyak malas lo mau masuk itu tempat. Nape la cuti sekejap sangat. Alang-alang nak cuti, cuti la 2 3 tahun lagi best. Anda ingin tahun mengapa saya tidak ingin masuk semula ke INTEC??

(1) Study study study dan study lagi

Inilah yang dikatakan takde life. Saya ni pantang tengok orang study, jadi saya pun nak
study gak. Tak ke pelik tu?? Masa cuti ni je leh rilex sikit. Satu buku apa pun x pegang.hoho

(2) Krisis kewangan
Ini lagi satu masalah beso. Duit saya mengalir dengan begitu laju seiring sejalan dengan
lajunya air di Angel's fall. Saya juga telah tetapkan budget 2009 contohnya seperti
- topup seminggu sekali je
- kurangkan pergi tengok wayang atau beli DVD
- masak sendiri....( er...boleh ke? )

(3) Bosan dan bosan lagi
Sepanjang saya belajar di INTEC untuk semester 1. saya dapat rasakan hidup saya void of
colour. Saya hanya menghabiskan masa saya dengan study. Sepatutnya, saya juga harus lah
menerapkan lebih banyak nilai estetika dalam diri saya ( cewah..ayat ). Apa itu estetika?
korang paham-paham sendiri la yo.

Arakiannya itulah sahaja yang dapat saya coretkan pada pagi-pagi buta ni. Krisis personaliti diri melanda. Help... :(

Tuesday, December 16, 2008

Assignment Biology

hoho..
selepas dipikir-pikir sedalam-dalamnya..
saya memilih tajuk Autopsy utk research biology aku..
idea ni tetiba je muncul masa tngah basuh pinggan petang td..
wawa...
bnyak kerja menanti..
better start now..
adios..

Monday, December 15, 2008

heyah!!!

he ya..
tahun 2009 bakal menjelang..
saya dah siap kan azam for d next sem in intec...
wokeh dokeh..let me list a few

(1) study,study,dan study lg.....tp x nak jd skema sngt...huhu

(2) joging n main basketball tiap2 petang....( zaharah ko nk join aku x? hehe)

(3) berhenti pergi Rafi Bistro....( Rafi Bistro mahal gila...pokai aku )

(4) banyakkan makan sayur-sayuran n buah-buahan ( yang ni mst agak susah )

(5) rangka aktiviti untuk blok akasia 7 ( haha..skema lg )

(6) menyibukkan diri 4 Jawatankuasa perwakilan kolej cemara akasia JPKCA... ( memang muka
menyibuk pun)

(7) basuh kain 3 kali sehari..eh silap 3 hari sekali...fyi, aku basuh baju2 seminggu sekali jek..hehe

(8) Usrah....tha's 4 sure

(9) menyibuk lagi kat Toast Master

(10) tidur awal,paling lambat pukul 11....wawawa.. ni lg la skema

(11) balik rumah seminggu sekali....yes

(12) berhenti kutuk orang..haha..so dak2 intec yg pernah kutuk ngan aku leh tarik nafas lega la
lepas ni

(13) gosip Kong ngan Ca Wei....haha

(14) x nak bising kat library dah....dah taubat

(15) x nak berebut naik teksi or ambek teksi orang lain... ( syida n zaharah tau kot nape )

(16) berhenti argue dngan lecturer

(17) kurangkan pergi KFC,McD,Bakers Cottage or Pak Li Cafe

(18) x nak bising dalam kelas...( haha..korang leh caya x? )

(19) berhenti memekak dngn menyanyi kuat2 dlam bilik aku

(20) banyak beribadah kepada Allah

So..korang doa2 la kan aku supaya aku leh buat semua ni. Aku kan insan hina yang sering melakukan kesalahan...cewah. We'll see smp bila azam2 aku ni dpt bertahan..adios

Wednesday, November 19, 2008

Questionnaire

(1) Bagaimana kehidupan anda di Intec
A. huh....boleh lah. biasa2 je
B. aku suka gila tinggal kat Intec
C. Intec....apa itu Intec??
D. Argh..bosan. Aku lebih rela tinggal kat Tanjung Rambutan
E. Lain-lain. Sila nyatakan..................

(2) Perasaan anda apabila tamatnya peperiksaan akhir semester ( final sem exam )
A. Yay yay....saya dah merdeka
B. Cara apa yang paling senang nak bunuh diri?
C. lupakan yang lama. sekarang fokus untuk semester seterusnya pulak
D. Saya nak basuh otak saya dengan Clorox. Nak join?
E. Erk...takde pilihan lain dah ke?

(3) Apa yang anda fikir mengenai rakan sekelas anda?
A. My classmate is the best classmates i ever had
B. Bosan...x habis2 study. sikit2 study. xde life betul
C. Biasa-biasa je. xde diorang pun aku boleh hidup
D. ntah. Aku prefer classmate kat sekolah aku dulu
E. Lain2. Sila nyatakan......

4) Pensyarah kegemaran anda ( kegemaran?? or should i say kesayangan? wtv )
A. You know what am i saying? God ( Puan Rita )
B. Liyana, do you have a boyfriend? you seem like you have one ( Miss Azura )
C. korang M10 ni kan bising cam budak2 tadika ( Miss Fatimah )
D. You think it yourself lah ( Sir Muhammad )

(5) Tempat di perpustakaan yang anda paling gemari?
A. Sofa tempat baca paper..huhu.. boleh buat bising arguing pasal politik
B. tingkat yang paling atas. Boleh wat bising gak smp kena tegur ngan librarian. Taubat x nak buat bising dah
C. Meja yang jauh daripada orang ramai. Boleh tidur dengan nyenyak kat situ. tau2 je dah petang.
D. Toilet ( eh..yang ni pun ada gak?)

(6) Program yang paling vogue kat Intec ?
A. A-level medicine
B. A-level medicine lagi
C. lagi2 A-level medicine
D. X kira. A-level medicine gak
E. A-level medicine di hatiku ( poyo nye )

(7) Yelah..yelah...aku modify soalan td. Program yang paling vogue kat Intec?
A. A-level medicine
B. A Level United Kingdom
C.A Level German ( aku lelaki gersang )
D. Ausmat
E. ADFP n ACTP

(8) Apa yang akan anda lakukan untuk membezakan anda daripada pelajar2 lain?
A. Buat live band. aku jd vocalist
B. Masuk suma pertandingan yang ada. Biar lah orang kata nak tunjuk bagus. aku kesah pe
C.flirting ngan budak yang paling pemes kat Intec. So automatically,aku akan jd pemes gak
D. belajar rajin2 biar dapat result gempak smpai semua orang ternganga ( boleh ke? )
E. buat bodoh je. Kuang Kuang Kuang

(9) Baki duit biasiswa anda?
A. lebih RM 2000 ( pak cik kaya )
B. RM 1000 ++ ( owh no...duit aku tinggal sikit )
C. kurang RM 1000 ( haha...aku boros )
E. kurang RM 500 ( pak cik kayap )

(10 ) Ada sesiapa yang anda minat di Intec?
A. ntah...xda kot
B. saya nak belajar. xda masa nak bercinta
C. aku setia ngan bf/gf aku
D. buang masa jek


Terma dan syarat
1. Pelajar INTEC.
2. Sedang cuti sem skrag ( sapa yang cuti tp still belajar gak...boleh blah )
3. mengalami sindrom kebosanan tahap gaban
4. ingin memaksimumkan bil eletrik di rumah anda dengan on9 for 24/7