Siapa yang pernah jatuh cinta? Sila angkat tangan. Yang tak pernah, boleh lah duduk diam-diam dan click pada ikon pangkah di hujung skrin laptop anda. Saya bukan seperti hamka yang pandai berpujangga tentang cinta. Saya bukan William Shakespere yang bisa mengoncang dunia dengan karya-karya cinta beliau. Tetapi saya mempunyai pengalaman terhad mengenai cinta. Cinta di alam remaja, lebih indah daripada makan double cheese burger di McDonald ataupun mendapat elaun JPA beribu-ribu di dalam akaun bank anda.
Setiap manusia diciptakan berpasang-pasangan. Lelaki dan wanita. Tiada istilah gay atau lesbian yang wujud sepanjang proses ke-tamadun-an manusia berlangsung. Saya kadang kala turut hairan, bagaimana boleh timbul perasaan kasih sayang sesama orang yang mempunyai jantina yang sama. Cinta yang lebih indah daripada segala perasaan cinta adalah cinta kepada Allah, diikuti cinta keada Rasulullah kita dan tidak lupa juga cinta kepada ibu bapa. Itulah yang di-definisikan dengan cinta yang sebenarnya.
Tetapi sedar tidak sedar, semenjak kita melangkau ke zaman era 2010-an ini, definisi cinta itu semakin luntur dan berganti dengan nilai yang lebih bersifat picisan. Bercinta sekadar hanya untuk berseronok, untuk mengisi kekosongan jiwa dan tidak lagi sebagai satu perasaan tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing.
Owh. Terasa agak aneh bila bercakap mengenai soal ini. Tetapi saya rasa saya sudah cukup dewasa untuk bercakap soal cinta. Terus-terang, pada pendapat saya...adalah agak sia-sia jikalau golongan remaja menghabiskan waktu mudanya untuk berpacaran. Saya bakal mencapai umur 20 tahun pada 29 Jun ini. Tiada lagi istilah remaja dalam kamus hidup saya ( cewahhh ), jadi tidak salah di sini jikalau saya menyatakan bahawa saya telah bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam soal mencari jodoh. Ini bukan soal gatal atau gedik, tetapi salah satu cara saya untuk melangkah ke alam dewasa.
Definisi cinta berevolusi mengikuti zaman sama sepertinya evolusi dunia teknologi. Tak percaya? Biar saya beri contoh;
(1) Zaman kanak-kanak
( teknologi : televisyen )
Zaman kanak-kanak saya mungkin sama seperti kanak-kanak lain. Pagi pergi ke sekolah, petang pula bermain dengan jiran di sekliling rumah. Tiada istilah cinta kanak-kanak. Mungkin agak pelik atau luar dari kebiasaan jika kita melihat kanak-kanak lelaki dan perempuan berpasangan. Huisshh...simpang malaikat 44. Tak sanggup untuk dibayangkan. Zaman kanak-kanak ini sesuai diisi dengan menonton siri Barney di Television atau SpongBob atau Mickey Mouse atau apa-apa sahaja lah.
Tetapi, television pun kadang-kala tidak menapis bahan yang sesuai untuk disiarkan kepada kanak-kanak. Boleh anda bayangkan, kanak-kanak yang semuda usia 8 tahun telah didedahkan dengan "adegan-adegan orang dewasa" di televison. Lagu-lagu yang diputarkan di radio turut menambah kepada kecelaruan ini. Pernah anda mendengari lagu Hotel Room? Haih.... " we're going into the hotel room...you are gonna undress me and i'm gonna undress you"
Fuh...Terlalu mudah untuk mengotori pemikiran kanak-kanak pada zaman ini.
Jikalau 10 tahun mendatang, andai anak-anak saya baru pulang dari sekolah dah terus menerpa saya lantas bertanya " Mama... macam mana orang besar boleh dapat baby?", saya akan memberikan jelingan tajam dan mengerutkan muka kepada anak-anak saya. Sekali sekala menjadi ibu yang konservatif tidak salahnya.
(2) Remaja
( teknologi : SMS, facebook )
Zaman percintaan pada usia remaja sangatlah indah. ( ye ke? ). Tetapi, golongan remaja tidak betul-betul mengetahui defini cinta. Mereka hanya melibatkan diri dalam alam percintaan semata-mata untuk berseronok atau mengisi kesunyian hati. Pada masa inilah, kita akan menyedari bahawa ada orang yang betul-betul mengambil berat tentang diri kita lebih daripada ibu bapa kita sendiri.Daripada soal apa-yang-sedang-kita-lakukan, dah-makan-ke-belum hinggalah perkara remeh temeh seperti topik apa yang kita bualkan dengan rakan-rakan kita, keluaga kita etc etc..semuanya mahu diambil tahu. Kadang-kala terasa diri amat dikongkong. Tak percaya juga? Biar saya beri contoh sekali lagi,
SMS teman lelaki : you tengah buat apa tu...? Dah makan?
SMS teman wanita : tak buat apa.. belum makan lagi..
10 minit kemudian, sekali lagi
SMS teman lelaki : you buat apa lagi tu...? Dah makan ke?
SMS teman wanita : tak nak makan lah... :)
Dan sesi menghantar SMS prihatin ini berulang-ulang setiap detik setiap saat, setiap jam, seiap hari..pendek kata 24/7.. hushhh..tak bebas sungguh.
Siapa yang ada pengalaman indah mengenai cinta remaja? Boleh anda berkongsi cerita? haha
(3) Zaman dewasa
Ketika manusia melewati zaman-zaman dewasa, barulah mereka menyedari apa itu yang dimaksudkan dengan cinta. Tanggungjawab suami terhadap isteri dan tanggungjawab isteri terhadap suami cuba dilaksanakan dengan sebaiknya. Tetapi sedar dan tidak sedar, sedikit demi sedikit kemanisan cinta akan terhakis. Perkahwinan sekadar hanya untuk memenuhi tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing dan tidak lagi disulami dengan perasaan cinta. Cinta dan tanggungjawab itu adalah dua entiti yang berbeza. Berjumpa pasangan hanya pada sebelah malam, manakala sebelah siang sibuk di tempat kerja.
(alat teknologi : sms )
SMS isteri : abang..nanti pergi ambil anak-anak tau. Malam ni i ada on-call
10 minit berlalu - SMS masih tidak berbalas
20 minit berlalu : SMS masih tidak berbalas juga
30 minit berlalu : SMS tak dibalas-balas pun
Sejam kemudian...
SMS suami : ok
(4) Zaman orang tua
( alat teknologi : televisyen sekali lagi )
sambil menonton televisyen....
isteri : abang nak kopi?
suami: ( sambil menyelak-nyelak surat khabar ) hummm...
isteri : nak ke tak nak? Saya boleh buatkan..
suami : suka hati kamu lah...
zaman emas ini amat payah untuk menghangatkan perasaan cinta kepada pasangan sama seperti zaman remaja. yelah..dulu waktu muda-muda, tiap 10 minti pasti ingin bertanya khabar. Bayangkan jikalau kita melakukan perkara yang sama ketika berusia 60 atau 70 tahun. Jikalau kita menghantar SMS rindu atau bertanya khabar seperti " you buat apa tu? rindu lah" kepada pasangan kita pasti mereka akan membalas.. " dah takde kerja ke orang tua ni". Tetapi jikalau anda telah berusia 60 atau 70 tahun, ucapakan tahniah kepada diri anda sendiri kerana berjaya setia dengan pasangan masing-masing.
p/s : kadang kala menjadi single itu lebih baik daripada berpacaran...
Sunday, January 17, 2010
p/s : I love you
Posted by liyana at 3:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
likes this post~
jiwang
-az***(malas login)
sangat setuju. Couple zaman sekarang tiada arah tuju. Keseronokan semata-mata.
Mohon linking ya.:)
lari laju2
terkam peluk terus!
yeahhh!
gimme five lahh~!!
^.^
lari laju2
terkam peluk terus!
yeahhh!
gimme five lahh~!!
^.^
yeah...gimme 10..
hak3...
sorry ar kawan2..jarang online..
kat hostel xde tenet..
huhuh...betul tu..mse couple semua indah..xnmpk pe mistake pasangan..tp kalo kawin, da xde da caring, care pasangan tu...hahaahaa..
so, mse nk pilih pasangan...jgn lpe tgh ati budi die dlu, agama spaya dpt bibing kite n so on la..
(^-^)....
( owh..nama kita sama :) )
betul2...sangat betul2
20 thn? pd akak itu masih umur remaja.:)
i still remember yearsssss ago, bila mula2 kenal cinta (kununnnnn). orang ada boifren, nak jugak ada boifren. bila tak ada org nak (sebab akak saaaangat comel dan montel) mula la rendah diri (tapi akak tinggi orangnya), tak nak bersosial dan mula keep everything to myself. hang out dgn kawan2 je dan hanya berdating secara maya. have heard of cyber love? been thru that and on cyber only, i had more than 5 boyfriends! hahahaha..those were the days. met my hubby, tanpa cinta. jumpa dan berkenalan, tanpa niat untuk bercinta. sebabnya, masing2 baru sahaja ditinggalkan cinta. kononnya! maka kami teruskan perkenalan hanya suka2. siapa sangka, baru sebulan dah mula dirisik keluarganya! hahahah.. truly, kami bercinta selepas berkahwin. mcm tak percaya kan? but, these 4 beautiful kids of ours are the proof!
salam kenalan, liyana!
thanx akak for dropping by..
xde la...saya rasa umur 20 tahun tu dah sesuai nak cari calon...tapi smpai skrang pun x jumpa..haha..tapi xpe la..yg tu bukan keutamaan saya..yang paling penting belajar n berbakti kpd ibu bapa..btul x? :).
terima kasih kak sbb tulis komen..
really appreciate that
well done akak! :))
post yg agak bagus.
suka sangat. )(:
Post a Comment