Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk dan minggu yang membazirkan. Kalau slang negeri Perak - " cekik darah". Ya..cekik darah. Kurang satu bulan sebelum tempoh tinggalkan study aka study leave saya rasakan duit saya amat-amat sedikit. Argh.. tidak. Saya tidak rasa saya seorang pemboros. Saya amat pasti dengan kenyataan saya ini. Tetapi baki duit di dalam akaun CIMB saya amat bercanggah dengan kenyataan yang saya keluarkan sebentar tadi ( apekah? ).
Saya sering menimbang-nimbang untuk mengurangkan perbelanjaan saya. Tetapi godaan bila tinggal di Seksyen 18 Shah Alam ini amat banyak meskipun kawasan ini adalah kawasan marhaein ( anda tahu x apa itu marhaein?). Biar saya bagi contoh mudah, nasi dan telur goreng mata kerbau pun sudah berharga RM 2.00. Itu sudah dikira murah sebab dibeli dari kedai Mak Cik Bom di Cemara Cafe. Harga di luar??? errr..terlalu mahal untuk diungkapkan dengan tulisan.
Saya 'withdraw' RM 50.00. Saya beli beberapa barang. Sekarang anda nilaikan adakah saya ini seorang pemboros atau tidak.
(1) T. Shirt berwarna merah hati = RM 15.90
Item ini tidak termasuk dalam senarai barang yang hendak saya beli. Tetapi apabila saya TERnampak ( Penegasan awalan ter.. ) baju tersebut, tanpa banyak berfikir, saya terus membelinya
(2) A4 paper untuk print Biology Lab report = RM 7.90
Saya tidak mahu membuat muka sepuluh sen meminta kertas daripada kawan-kawan saya. Jadi saya beli satu rim A4 paper dan saya gunakan 1/10 daripada kesemua kertas untuk lab report. Kertas selebihnya saya jadikan kertas contengan, kapal terbang kertas, katak kertas dan sillahoute ( betul ke eja ni? )
(3) Kotex = RM 3.80
Tidak perlu diperincikan di sini ya
(4) Makan di Rafi Bistro = RM 6.90
Rafi Bistro yang amat cekik darah. Teramat. Sumpah saya tak tipu. Nasi goreng pun sudah berharga RM 5.50. Di Penang, anda hanya boleh dapatkannya dengan hanya RM 3.50. Apekah? Kadang kala mahu sahaja saya mahu tawar menawar dengan pekerja di restoran tersebut. Tetapi percayalah anda bahawa usaha itu hanya sia-sia kerana mereka tidak memahami bahasa melayu. Sekali lagi..apekah?
(5) Roti keju = RM 1.30
Item ini pun tidak termasuk dalam senarai barang yang hendak saya beli. Tapi apekah daya. Ia mempunya kuasa penarik seperti magnet untuk saya membelinya. Tidak perlu menimbang baik buruk, saya akan terus membelinya
(6) Tambah nilai aka top up = RM 10.00
Sangat penting seperti udara. Bukan dibuat-buat cerita. Tapi ini adalah kenyataan. Anda boleh hidup tanpa telefon bimbit? Kalau anda jawab Ya. Anda adalah manusia yang paling saya kagumi di atas planet ini.
(7) Dobi = RM 3.00
Mesin basuh di Akasia terlalu mahal. Di cemara hanya RM 2.50. Mana adil!! kenapa lelaki punya harga kurang RM 0.50? Ini adalah diskriminasi terhadap wanita. Kami tahu kami banyak menyumbat baju-baju kami ke dalam mesin basuh. Tetapi ini tetap tidak adil!!
Jadi baki saya hanya
= RM 1.20
Dalam sehari saya telah membelnjakan RM 48.80. Adakah saya seorang pemboros atau adakah saya mangsa keadaan?
p/s : mari usha blog beliau : amirul iman yang jimat RM 3.80....ngeh3
Wednesday, April 1, 2009
Ini kisah saya
Posted by liyana at 12:47 AM 16 comments
Labels: Liyana to the colourful life
Subscribe to:
Posts (Atom)