BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, August 9, 2011

blog baru

nah...klik sini..... http://remainsdisguise29.wordpress.com/

Saturday, September 18, 2010

ting tong

woopss.....terlupa pulak pasal blog ini.... akan di-update dalam masa terdekat

Friday, August 6, 2010

kali ini betul-betul kembali

Salam

Kiranya diri ini ingin meminta maaf seandainya tidak menepati janji yang pernah diwar-warkan beberapa minggu dahulu. Kali ini bukan atas alasan kesibukan masa, tetapi lebih kepada tidak timbulnya perasaan ingin menulis blog. Jadi diri ini ingin sekali lagi meminta ampun dan maaf.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Minggu ini sudah masuk minggu keenam saya beristirehat di rumah. Jadi saya harap anda faham jikalau bahasa saya kali ini agak tunggang langang sikit bunyinya. Sudah hampir 2 bulan blog tidak terusik. Sudah hampir 2 bulan juga, labah-labah telah memenuhkan sarangnya di blog ini. 2 bulan juga saya tidak menjengah langsung ke blog ini.




XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Jikalau sebelum cuti bermula beberapa minggu lepas, saya telah memasang angan-angan tinggi. Kononnya mahu cuti sebulan setengah ini dimanfaatkan dengan perkara-perkara berguna. Kononnya lah. Misal kata ;

Rancangan pertama :
Bangun pagi tiap-tiap hari. Lepas Subuh tidak akan sambung tidur semula.

Rancangan kedua :
Mop lantai tiap-tiap hari.
( satu azam yang diungkapan di hadapan housemate, satu usaha yang dipercayai dapat menurunkan berat badan )

Rancangan ketiga :
Banyak menonton rancangan berilmiah seperti Nat Geo, History dan Discovery channel.

Rancangan keempat :
Kurangkan pengambilan nasi tiap-tiap hari

Rancangan kelima :
Bersenam atau bersukan tiap-tiap petang

Rancangan keenam:
Belajar memasak dari opah.

Rancangan ketujuh:
Turunkan berat badan sekurang-kurangnya 5 kilogram

Rancangan kelapan :
Belajar satu bahasa baru.

Rancangan kesembilan :
Selalu update blog

Rancangan kesepuluh :
Cuba untuk ubah diri sendiri untuk tempoh cuti 2 bulan ini.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tapi, bak kata orang-orang tua...kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
Segala rancangan, ter-tukar 360 darjah;

Pencapaian pertama :
istilah bangun pagi sudah tidak boleh diaplikasikan dalam konteks ayat ini

Pecapaian kedua :
boleh la,,walapun bukan tiap-tiap hari mengemop lantai

Pencapaian ketiga :
Desperate Housewives, Glee, Srubs, MTV.......erk...adakah itu boleh dikategorikan sebagai berilmiah?

Pecapaian keempat :
sedang cuba.....setakat ini BERHASIL

Pencapaian kelima :
HAHAHAHAHA........tolong jangan buat lawak boleh tak?

Pencapaian keenam:
okey....so far so good. Belajar la sikit-sikit. Walaupun sekadar tukang buat samabal belacan, tukang basuh pinggan, atau tukang potong sayur je

Pencapaian ketujuh ;
erk....No Comment.

Pencapaian kelapan :
Kononya mahu belajar bahasa France. Tak pernah dicapai. Setakat tahu sebut Bonjour, Mercy dan Como Sava

Pencapaian kesembilan:
istilah 'selalu' boleh diaplikasikan mulai saat ini

Pencapaian kesepuluh :
Sedang cuba. walaupun mengambil masa yang agak lama......

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Saya pun tak faham dengan diri saya sendiri.

Friday, July 2, 2010

kembali!!

we'll be back with loads of stories!!!

Monday, May 3, 2010

.......

Hari ini 3 May 2010.....
tinggal kurang dari 9 hari lagi sebelum peperiksaan A-level menjelang tiba. Saya tahu semua orang di sekeliling saya berasa bosan melihatkan saya ayik menyebut A-level...A-level...A-level.... makan pun A-level, tengok TV pun A-level...tidur pun A-level..haishhh..

Sudah lama tidak ber-blog..terasa jari jemari ini sejuk seperti ais beku ketika menekan-nekan papan kekunci blog. Otak juga sudah amat kering untuk mencari idea-idea baru untuk berangan sepanjang hari....arghh...bosan gila tahap dewa gaban beranak atas gunung everast...

Dunia owh dunia.

Blog ini akan di-revamp sejurus sahaja saya tamat peperiksaan A-level...jadi untuk masa ini, isi kandungan blog amat membosankan...tidak dapat dinafikan....


Saturday, April 10, 2010

serious

*mood : serious *

okay. sudah lama tidak ber-update blog. Nak bagi alasan sibuk belajar memang agak cliche bunyinya. Saya bukan jenis kuat belajar. Serius tak tipu. Petang saya tidur paling kurang 2 jam. Malam pukul 12 dah tidur. Sehari belajar 6 sahaja lebih kurang. walaupun peperiksaan A-level lebih kurang 34 hari lagi....Kalau hujung minggu apatah lagi....sangat susah untuk bergerak ke meja belajar, buka buku dan baca dari kulit depan ke kulit belakang buku.

apa lagi perkara menarik yang berlaku sepanjang 2 minggu lepas selain daripada study?

(1) Saya dan rakan-rakan lulus temuduga untuk ke kolej perubatan. Alhamdulillah. Saya tidak pernah terfikir pun yang alamat e-mail saya boleh menarik perhatian. Hinggakan soalan pertama yang ditanya penemuduga itu berbunyi " What is the meaning of your e-mail adress...lefestino?"... Tapi temeduga tempoh hari agak menarik. Terasa seronok pula bersembang-sembang dengan irish man dan psychiatrist... ( belasah je eja )

(2) Result trial saya?? hmmmm....... boleh la,,, walaupun tak dapat 15 :(

(3) saya ponteng kelas!!! yay!!! untuk kali pertama sepanjang bergelar pelajar intec... heeee..




hidup saya sangat bosan kebelakangan ini......arghhhh... bosan tahap gaban....




Tuesday, March 16, 2010

Sila pilih. Hantu atau lipas???????

Diambil dari wikipedia ;

lipas : lipas merupakan sejenis serangga perosak tinggal di kawasan lembap seperti celah-celah almari atau di bawah sinki.lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar.

Hantu : makhluk paranormal yang tidak dapat disahkan mengenai kewujudannya. Tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Apa yang paling penting dalam hidup anda sebagai seorang pelajar? Sudah tentulah ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bukan? Untuk men-desak-kan keadaan, anda dikelilingi pula oleh orang-orang yang genius, yang study 24 jam tanpa henti. Bayangkan, bukak je mata dari tidur, terus ambil buku..study. Balik je dari kelas, terus ambil buku..study.Pergi makan kat kedai mamak pun...study. Hujung minggu yang mana sepatutnya waktu untuk bergembira, dihabiskan dengan study,study, study dan study lagi.

Saya sedang cuba unuk belajar menjadi diri sendiri. Untuk tidak terlalu taksub sangat dengan study ( kecuali pada tempoh peperiksaan ) dan banyak meneroka bakat terpendam dalam diri saya. (owh... terasa seperti hendak termuntah ketika membaca ayat ini ).

Sila rujuk entry-entry terdahu. Saya ada menulis tentang sifat saya yang amat paranoid dengan kewujudan lipas. Tidak kisahlah sama ada saya ternampak kelibat lipas, terdengar mengenai kisah lipas, terlihat gambar lipas....itu sudah cukup untuk mengeluarkan berjuta-juta kandungan hormon adrenaline dalam badan saya dan membuatkan saya berada dalam keadaan keluh-kesah.

Asrama yang saya tinggal di Shah Alam ini penuh dengan lipas. Syukurlah sepanjang tempoh hampir 2 tahun tinggal di asrama ini, hanya dua atau 3 kali sahaja lipas berjaya "menceroboh" masuk ke dalam bilik saya. Tetapi, itu tidak bermakna sikap paranoid saya terhadap lipas hilang begitu sahaja. Setiap kali apabila terasa seperti gatal-gatal kaki, secara automatik saya akan terus menepis-nepis kaki saya. Saya sangat takut dengan kemungkinan yang lipas akan merayap di atas kaki saya. Setiap kali mahu masuk ke bilik air , saya akan melakukan pemeriksaan ringkas. Memeriksa di setiap penjuru bilik air untuk memastikan ke-tidak-hadir-an makhluk itu.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

-Hantu-

Shhhhh......Kata orang, tak baik cakap pasal makhluk ini malam-malam. Tak percaya? Cuba anda pandang kiri, kanan, depan dan belakang anda sekarang...Apa yang anda nampak? Tidak ada apa-apa bukan? Sekarang anda sendiri tahu dengan jawapannya. Saya sendiri pun kadang kala tidak mempercayai dengan kewujudan hantu. Sebab cerita seram malam-malam khamis lah yang membuatkan budak-budak kecil yang hendak pergi ke tandas pun, mahu berteman. Sebab cerita seram hantu lah, kita kadangkala takut untuk tinggal berseorangan atau pun berjaga sehingga tengah malam.

Tapi, kadang kala saya akui. Saya ini hanya cakap-tak-serupa-bikin. Kadang kala imej yang menyeramkan seperti wanita berbaju putih dan berambut panjang boleh menjadikan saya seorang yang penakut. Jika saya tidur berseorangan di asrama, saya lebih gemar tidur dengan lampu yang terpasang ( sebab hantu takutkan gelap ) dan tingkap yang terbuka luas ( supaya mudah saya melompat keluar ke tingkap jika secara tiba-tiba hantu muncul). Saya juga amat takut untuk melihat refleksi wajah saya sendiri di cermin. Bimbang, jikalau wajah saya yang sedia ada ini secara tiba-tiba sahaja bertukar menjadi putih pucat, rambut makin mengurai panjang hingga ke kaki, gigi siung tiba-tiba sahaja tumbuh sehingga apabila saya tersenyum boleh ternampak gigi-gigi tajam tersebut.......huhhhhhh... Mengarut sungguh bukan?

Kata orang juga, di tempat saya belajar ini ( Shah Alam Seksyen 18 ), ada juga cerita-cerita keras yang tersendiri. Orang lah kata...bukan saya yang pandai-pandai buat cerita. Tapi, sama juga seperti kes lipas di atas..setakat ini saya tidak pernha tersempak dengan makhluk ciptaan Allah ini. Dan sama sekali berharap untuk tidak berjumpa dengan mereka......


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Lebih kurang 2 minggu lepas, kesemua warga A-level Intec ( sila google jika anda tidak tahu apa itu intec ) sedang berhempas pulas mahu mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Jadi, saya berkunjung ke bilik rakan saya, hajat mahu menumpang menggunakan internet. Bilik beliau ini agak jauh. Perlu berjalan berkilo-kilometer jauhnya, perlu meredah semak samun, perlu melepas beberapa banyak pintu pengawal sebelum berjaya samai ke bilik beliau. Okey,...itu hanya exaggeration sahaja. Bilik beliau terletak di hujung blok asrama saya. Jadi, untuk sampai ke sana, saya perlu melalui jalan yang agak sunyi, ditemani pokok-pokok besar di sebelah kanan jalan tersebut. Syarat-syarat minima telah dipenuhi untuk menjadikan laluan itu agak menyeramkan, tambah-tambahan pula pada tengah malam.

Halangan saya untuk sampai ke bilik beliau tidak berhenti setekat itu sahaja. Nak tahu kenapa? Sebab sungguh banyak lipas-lipas yang berkeliaran di sekitar kolej kami. Bayangkan.. setiap langkah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, anda perlu berdoa dan berharap semoga anda tidak tersempak dengan lipas. Jika anda tersempak juga, anda perlu berdoa sekali lagi supaya lipas itu tidak melakukan lompatan anti g-force dan terus tersangkut di kaki anda. Saya sangat bencikan situasi di mana, ketika saya mahu menaiki tangga, akan terdapat seekor lipas merayap di salah satu anak tangga tersebut. Saya pelu membuat keputusan mustahak samada melompat 2 atau 3 anak tangga ke atas atau menguis lipas itu dengan kaki ( situasi ini adalah pilihan terakhir )

berbalik kepada cerita tadi......

Al-maklumlah,orang perempuan..bila sudah berjumpa, banyak betul benda yang hendak diceritakan.Daripada gosip-gosip terhangat, cerita-cerita panas hinggalah cerita yang sudah basi yang mana perlu dikitarkan semula untuk menghangatkan suasana. Al-maklumlah juga, orang perempuan ini, kalau bercerita sudah tidak ingatkan dunia. Bom meletup di luar bilik pun tidak mampu menandingi konsentrasi kami.

Bila melihatkan, jam yang sudah lewat malam, saya pun mengambil keputusan untuk tidur sahaja di bilik kawan saya itu..........

Pukul 1 pagi : saya mula bersiap-siap hendak tidur
Pukul 1.30 pagi : akibat terlalu letih bergosip sebentar tadi, saya berjaya melelapkan mata
........
........zzzzzz....
...........

Pukul 2 pagi : Tidur saya terganggu....saya terbayangkan lipas-lipas keluar dari celah-celah almari, dari celah-celah bantal, dari bawah katil dan terus mengerumuni saya...
Pukul 2.30 pagi : saya sudah tidak boleh tidur. Saya pusing ke kiri. Pusing ke kanan. Buat pusingan 360 darjah...masih tidak boleh melelapkan mata.
Pukul 2.31 pagi : Saya pusing kanan...
Pukul 2.32 pagi : Saya pusing kiri.....
Pukul 2.33 pagi : Saya.....masih tidak boleh melelapkan mata

Pukul 2.35 pagi : Saya menepis-nepis kaki saya, bimbang jikalau ada seekor dua lipas merayap di atas kaki saya....

......
...........zzzzz...
.........

Pukul 2.40 pagi : masih juga tidak boleh tidur...
Pukul 2.50 pagi : masih juga tidak boleh tidur. Setiap kali mahu melelapkan mata....bayangan makhluk berwarana cokelat itu pasti akan menjelma..
....
....

pukul3.10 pagi : saya buka mata saya seluas-luasnya dan terus memandang ke dinding..
pukul 3.15 pagi : masih cuba untuk melepkan mata......tetapi tidak berjaya juga..

.....
....

pukul 3.17 pagi : saya give up!!!!! Saya menyerah kalah!! Awak menang. Saya kalah!!!! Saya tidak boleh tidur dalam keadaan ketakutan ini.. Saya ambil keputusan untuk bangun dari tempat tidur.Tekaan saya betul. Sebaik sahaja saya mahu meletakkan kaki di atas lantai , saya terus terlihat kelibat seekor lipas sedang merayap di atas lantai bilik kawan saya itu.

Saya benci dengan keadaan ini. Saya cemburu melihatkan kawan saya sedang lena dibuai mimpi sedangkan saya masih bergelut untuk cuba melelapkan mata. Fikiran saya jadi buntu. Samada terus menyambung tidur ( dan kemudian bersedia untuk menerima kenyataan bahawa diri saya akan dikerumuni lipas) atau... membuka buku untuk menyambung ulang kaji ( dan kemudian bersedia untuk merasa tekanan akibat study pada waktu-waktu malam begini )... ataupun, hanya duduk di atas kerusi sepanjang malam, buka mata seluas-luasnya sehingga ke awal pagi sambil merenung muka rakan saya yang sedang lena tidur ( kalau renung muka suami, takpelah juga ).

Fikiran saya kusut. Saya sudah tidak boleh berikir dengan waras. Saya sudah tidak boleh membuat apa-apa keputusan dalam keadaan begini. Saya sangat perlukan tidur. Ini kerana saya perlu mengulang kaji pelajaran pada keesekoan harinya. Saya berjalan ke hulu dan ke hilir di sekitar bilik kawan saya itu. Setiap 2 minit, saya akan duduk di hadapan kawan saya dan berasa api cemburu membara-bara melihat beliau yang sedang tidur lena.

Setelah lebih kurang 10 minit berfikiran seperti orang gila, saya pun mengambil keputusan untuk terus pulang ke bilik saya sendiri. Tetapi....saya berada di persimpangan delima........


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tetapi, jika saya pulang ke bilik saya sekarang, atau lebih tepat lagi pada jam 3.30 pagi ini;

- Saya terpaksa berjalan lebih kurang 50 meter sebelum sampai ke bilik saya
- Saya terpaksa berjalan lebih kurang 50 meter bersendirian
-Saya terpaksa berjalan bersendirian dalam keadaan gelap-gelita dan kesejukan...
- Saya terpaksa berjalan dalam kesejukan, sambil suasana seram menyelubungi jiwa saya..
- Saya terpaksa berjalan dalam keadaan seram, gelap dan menakutkan dan ditemani pokok-pokok besar yang menambahkan keseraman ini
- Saya terpaksa berjalan dalam ketakutan, dan fikiran saya akan dipenuhi dengan imej-imej menakutkan sepanjang perjalanan saya tersebut
- Saya terpaksa berjalan sambil fikiran saya dipenuhi imej menakutkan dan bersedia untuk tersempak dengan apa-apa sahaja imej yang menakutkan
- Saya bimbang jika ternampak kelibat wanita berambut panjang yang sedang mengilai- Saya bimbang jika Pak Guard sedang tidur lena di post guard sekarang dan tidak akan terdengar jeritan saya jika berlaku apa-apa kes kecemasan
- Saya bimbang jikalau makhluk-makhluk ciptaan Allah ini tiba-tiba sahaja menjerit atau mengilai memanggil nama saya


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tetapi juga...haihhhh....jika saya terus tidur di bilik kawan saya ini;

- imej-imej lipas yang berkeliaran di bilik ini akan terus merunsingkan fikiran saya
- lipas-lipas ini boleh membuatkan saya tidak tidur lena
- saya akan menghadapi masalah kekurangan tidur dan seterusnya mata saya akan menjadi seperti panda pada keesokan harinya
- jikalau saya masih tidak bleh tidur, saya terpaksa minum kopi untuk kekal cergas ( yang mana...saya tidak sukakan kopi )
- saya akan mengalami masalah tekanan perasaan dan saya boleh menghantuk-hantukkan kepala saya di bantal dan menarik-narik rambut saya untuk menghilangkan keresahan ini
-saya akan menjadi seorang yang kurang waras. Sehingga jikalau ada orang bertanya kepada saya " 2 +2 = ? " saya akan menjawab "3"
- saya akan banyak makan makanan berat dan ini akan menganggu proses 'diet' saya

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Pukul 3.35 pagi : Saya perlu membuat pilihan. Mana satu yang saya lebih takuti. Lipas atau hantu? Lipas atau hantu? Lipas atau hantu? Lipas atau hantu? Lipas atau hantu?

hantu atau lipas?
hantu atau lipas?
hantu atau lipas?
makhluk yang saya pernah nampak atau makhluk yang hanya muncul dalam imaginasi saya sahaja?
hantu atau lipas?
.......
......

Dan kemudian....
saya ambil keputusan.....saya lebih takutkan LIPAS!!!!!

Saya ambil barang-barang saya dan terus pulang ke bilik.Saya berjalan seperti pelari pecut 100 meter. Sepanjang perjalan saya hanya memejamkan mata sahaja dan hati saya tidak berhenti-henti membacakan doa. Saya tidak ingat berapa kali kaki saya tersadung akibat terlanggar batu atau tersilap memijak anak tangga.

Sampai sahaja di bilik...saya biarkan kesemua lampu di bilik terbuka, buka radio sekuat-kuatnya...dan tanpa berfikir apa-apa sekalipun..saya pejam mata serapat-rapatnya dan beberapa saat kemudian....saya terus terlelap....

dan.....pada keeseokan harinya, saya terbangun pada pukul 11 pagi....




( p/s : adakah saya memerlukan bantuan?)

Sunday, February 21, 2010

Apa itu?

Owh. Sudah lama blog ini tidak ber-update. Sarang labah-labah penuh di sana sini. Maafkan saya jikalau anda semua bertandang ke blog ini. Sunyi sepi, bosan, bosan, bosan bukan. Saya sedang mengalami sindom pra-peperiksaan. Jadi anda faham-faham lah kenapa situasi ini menimpa saya.


Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh hampir 3 minggu saya tidak meng-update blog ini. Owh ya. Kali ini jam biologi saya masih dalam keadaan elok. Tidak lagi jatuh terhempas dari altitude 5000m seperti tempoh-tempoh pra-peperiksaan sebelum ini. Terima kasih kepada diri sendiri kerana berjaya untuk tidak lagi bangun tengah-tengah malam untuk study.

Sebenarnya tiada apa-apa isu untuk dibangkitkan kali ini. Otak saya bertukar-tukar fokus daripada doppler effect, pusing 10 darjah kepada formation of star, pusing lagi 15 darjah kepada iodination of propana, pusing lagi 130 darjah kepada photosynthesis etc etc etc ETC. Kadang kala saya berharap agar otak saya masih dalam keadaan sihat, berharap, ber HARAP. Juga, kadang kala saya terasa amat risau dengan keadaan kesihatan mental saya. Bila tinggal berseorangan di akasia selama seminggu, ditemani buku-buku yang bertimbun, lipas-lipas yang berkeliaran di sekeliling laman boleh membuatkan anda tidak menjadi diri sendiri. Bercakap sorang-sorang, itu normal. Menari di depan cermin, lompat ke kanan, lompat ke kiri, itu juga normal. Menyapu bilik anda 3 kali sehari. mengemop lantai tiap-tiap hari itu juga adalah normal.

Cepat lah masa berlalu. Saya dah tak sabar nak tinggalkan Intec dan mulakan hidup baru. Jauh dari bumi Malaysia.



Sunday, January 24, 2010

ini kisah saya yang agak bosan



Stress!!!!







Terima Kasih


Sunday, January 17, 2010

p/s : I love you

Siapa yang pernah jatuh cinta? Sila angkat tangan. Yang tak pernah, boleh lah duduk diam-diam dan click pada ikon pangkah di hujung skrin laptop anda. Saya bukan seperti hamka yang pandai berpujangga tentang cinta. Saya bukan William Shakespere yang bisa mengoncang dunia dengan karya-karya cinta beliau. Tetapi saya mempunyai pengalaman terhad mengenai cinta. Cinta di alam remaja, lebih indah daripada makan double cheese burger di McDonald ataupun mendapat elaun JPA beribu-ribu di dalam akaun bank anda.

Setiap manusia diciptakan berpasang-pasangan. Lelaki dan wanita. Tiada istilah gay atau lesbian yang wujud sepanjang proses ke-tamadun-an manusia berlangsung. Saya kadang kala turut hairan, bagaimana boleh timbul perasaan kasih sayang sesama orang yang mempunyai jantina yang sama. Cinta yang lebih indah daripada segala perasaan cinta adalah cinta kepada Allah, diikuti cinta keada Rasulullah kita dan tidak lupa juga cinta kepada ibu bapa. Itulah yang di-definisikan dengan cinta yang sebenarnya.

Tetapi sedar tidak sedar, semenjak kita melangkau ke zaman era 2010-an ini, definisi cinta itu semakin luntur dan berganti dengan nilai yang lebih bersifat picisan. Bercinta sekadar hanya untuk berseronok, untuk mengisi kekosongan jiwa dan tidak lagi sebagai satu perasaan tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing.

Owh. Terasa agak aneh bila bercakap mengenai soal ini. Tetapi saya rasa saya sudah cukup dewasa untuk bercakap soal cinta. Terus-terang, pada pendapat saya...adalah agak sia-sia jikalau golongan remaja menghabiskan waktu mudanya untuk berpacaran. Saya bakal mencapai umur 20 tahun pada 29 Jun ini. Tiada lagi istilah remaja dalam kamus hidup saya ( cewahhh ), jadi tidak salah di sini jikalau saya menyatakan bahawa saya telah bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam soal mencari jodoh. Ini bukan soal gatal atau gedik, tetapi salah satu cara saya untuk melangkah ke alam dewasa.

Definisi cinta berevolusi mengikuti zaman sama sepertinya evolusi dunia teknologi. Tak percaya? Biar saya beri contoh;

(1) Zaman kanak-kanak

( teknologi : televisyen )

Zaman kanak-kanak saya mungkin sama seperti kanak-kanak lain. Pagi pergi ke sekolah, petang pula bermain dengan jiran di sekliling rumah. Tiada istilah cinta kanak-kanak. Mungkin agak pelik atau luar dari kebiasaan jika kita melihat kanak-kanak lelaki dan perempuan berpasangan. Huisshh...simpang malaikat 44. Tak sanggup untuk dibayangkan. Zaman kanak-kanak ini sesuai diisi dengan menonton siri Barney di Television atau SpongBob atau Mickey Mouse atau apa-apa sahaja lah.

Tetapi, television pun kadang-kala tidak menapis bahan yang sesuai untuk disiarkan kepada kanak-kanak. Boleh anda bayangkan, kanak-kanak yang semuda usia 8 tahun telah didedahkan dengan "adegan-adegan orang dewasa" di televison. Lagu-lagu yang diputarkan di radio turut menambah kepada kecelaruan ini. Pernah anda mendengari lagu Hotel Room? Haih.... " we're going into the hotel room...you are gonna undress me and i'm gonna undress you"

Fuh...Terlalu mudah untuk mengotori pemikiran kanak-kanak pada zaman ini.

Jikalau 10 tahun mendatang, andai anak-anak saya baru pulang dari sekolah dah terus menerpa saya lantas bertanya " Mama... macam mana orang besar boleh dapat baby?", saya akan memberikan jelingan tajam dan mengerutkan muka kepada anak-anak saya. Sekali sekala menjadi ibu yang konservatif tidak salahnya.

(2) Remaja

( teknologi : SMS, facebook )

Zaman percintaan pada usia remaja sangatlah indah. ( ye ke? ). Tetapi, golongan remaja tidak betul-betul mengetahui defini cinta. Mereka hanya melibatkan diri dalam alam percintaan semata-mata untuk berseronok atau mengisi kesunyian hati. Pada masa inilah, kita akan menyedari bahawa ada orang yang betul-betul mengambil berat tentang diri kita lebih daripada ibu bapa kita sendiri.Daripada soal apa-yang-sedang-kita-lakukan, dah-makan-ke-belum hinggalah perkara remeh temeh seperti topik apa yang kita bualkan dengan rakan-rakan kita, keluaga kita etc etc..semuanya mahu diambil tahu. Kadang-kala terasa diri amat dikongkong. Tak percaya juga? Biar saya beri contoh sekali lagi,

SMS teman lelaki : you tengah buat apa tu...? Dah makan?
SMS teman wanita : tak buat apa.. belum makan lagi..

10 minit kemudian, sekali lagi

SMS teman lelaki : you buat apa lagi tu...? Dah makan ke?
SMS teman wanita : tak nak makan lah... :)

Dan sesi menghantar SMS prihatin ini berulang-ulang setiap detik setiap saat, setiap jam, seiap hari..pendek kata 24/7.. hushhh..tak bebas sungguh.

Siapa yang ada pengalaman indah mengenai cinta remaja? Boleh anda berkongsi cerita? haha


(3) Zaman dewasa

Ketika manusia melewati zaman-zaman dewasa, barulah mereka menyedari apa itu yang dimaksudkan dengan cinta. Tanggungjawab suami terhadap isteri dan tanggungjawab isteri terhadap suami cuba dilaksanakan dengan sebaiknya. Tetapi sedar dan tidak sedar, sedikit demi sedikit kemanisan cinta akan terhakis. Perkahwinan sekadar hanya untuk memenuhi tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing dan tidak lagi disulami dengan perasaan cinta. Cinta dan tanggungjawab itu adalah dua entiti yang berbeza. Berjumpa pasangan hanya pada sebelah malam, manakala sebelah siang sibuk di tempat kerja.

(alat teknologi : sms )

SMS isteri : abang..nanti pergi ambil anak-anak tau. Malam ni i ada on-call

10 minit berlalu - SMS masih tidak berbalas
20 minit berlalu : SMS masih tidak berbalas juga
30 minit berlalu : SMS tak dibalas-balas pun

Sejam kemudian...

SMS suami : ok



(4) Zaman orang tua

( alat teknologi : televisyen sekali lagi )

sambil menonton televisyen....
isteri : abang nak kopi?
suami: ( sambil menyelak-nyelak surat khabar ) hummm...
isteri : nak ke tak nak? Saya boleh buatkan..
suami : suka hati kamu lah...

zaman emas ini amat payah untuk menghangatkan perasaan cinta kepada pasangan sama seperti zaman remaja. yelah..dulu waktu muda-muda, tiap 10 minti pasti ingin bertanya khabar. Bayangkan jikalau kita melakukan perkara yang sama ketika berusia 60 atau 70 tahun. Jikalau kita menghantar SMS rindu atau bertanya khabar seperti " you buat apa tu? rindu lah" kepada pasangan kita pasti mereka akan membalas.. " dah takde kerja ke orang tua ni". Tetapi jikalau anda telah berusia 60 atau 70 tahun, ucapakan tahniah kepada diri anda sendiri kerana berjaya setia dengan pasangan masing-masing.






p/s : kadang kala menjadi single itu lebih baik daripada berpacaran...

Friday, January 8, 2010

maaf

Hidup ini seperti roda ( owh..ayat yang sungguh lame) sekejap di atas, sekejap di bawah. Kadang kala saya mahu lari dari kebiasaan. Saya suka membayangkan hidup ini seumpama roller coaster. Sekejap kita akan berada di puncak. Dalam masa beberapa saat sahaja kita telah meluncur ke landasan yang paling bawah. Untuk naik semula ke atas, memakan banyak tenaga dan masa. Tapi sedarkah anda yang kita tidak akan berada di puncak untuk masa yang lama. Adakah kita menghargai saat kita berada di puncak landasan atau saat ketika kita mendaki ke puncak itu?

Soal sudah lama saya tidak meng-update blog. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan. Hidup agak sibuk kebelakangan ini. Keutamaan perlu disusunkan semula. (haha...ayat cliche). Apa? Ingat senang ke nak masuk ke sekolah perubatan? exam A-level bakal menjelang pada bulan May ini. Jadi masa banyak diperuntukkan untuk menelaah pelajaran. Jadi, doakan lah saya dan kawan-kawan bisa lulus peperiksaan A-level ini dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Ireland. Saya mahu ke University College Dublin!!!

Berusaha kerana Allah!!
Study kerana Allah!!
Mahu membalas jasa ibu bapa!!


p/s : Insya Allah selepas ini saya akan lebih kerap meng-update blog


Friday, December 18, 2009

nasib baiklah saya bukan orang bandar

Cuti hanya berbaki 2 minggu lagi. Tetapi, saya rasakan hidup saya sudah semakin tunggang langgang. Cuti yang telah saya jalani selama 5 minggu lepas, saya sedari tidak memberikan apa-apa signifikasi. muhasabah.muhasabah.

Saya dapat rasakan juga yang saya tidak perlu menikmati cuti sama seperti orang lain. Cukup hanya tinggal di rumah, online, study, membaca novel, mengemas rumah, membaca blog kawan-kawan, study semula, menyambung kelas gitar saya, jadi pemandu terhormat, dan tidur.

1 minggu 7 hari
1 hari 24 jam
1 jam 60 minit
1 minit 60 saat

saya tidak tahu, berapa banyak masa yang telah saya manfaatkan/bazirkan sepanjang cuti ini.

Satu hari, saya keluar berjalan-jalan di Kuala Lumpur, atau lebih tepat lagi KLCC. Saya tidak sukakan suasana di bandar.Berhabuk. Penuh asap. Sampah di sana-sini. Pencemaran. Biasalah kan. Saya ni kan berasal dari kampung. Bangun tidur, tak perlukan jam loceng. Cukup sekadar bunyi kokokan ayam di reban. Nak makan sayur, hanya ambil dari kebun di belakang rumah. Nak mandi, hanya....err... (abaikan). Nak berhibur, tidak perlukan playstation 3, i phone atau taman tema air, cukup hanya menrik upih pinang di sekeliling kampung. Nak mengorat anak dara, hanya perlu duduk di atas tembok sebelah parit, memegang gitar, nyanyikan lagu jiwang kapak, dan bila ada anak dara seorang dua lalu-lalang, saya hanya perlu membuat bunyi "hai" atau "pheeewiiit".


Indahnya hidup di kampung.

abaikan...abaikan...abaikan....

Saya bukan orang kampung bukan orang bandar. Saya hybrid ( apakah? ). Saya bukan orang kampung, saya bukan orang bandar. Untuk bangun tidur, saya tidak boleh bergantung kepada jam loceng. Tidak cukup kuat untuk membangunkan saya. Kalau ada bom meletup di luar bilik saya sekalipun, peluang untuk saya bangun tidur itu amat tipis. Untuk makan sayur, saya perlu pikir dua tiga kali. er...bukan dua tiga kali mungkin lima belas, enam belas kali. Saya tidak sukakan sayur. Saya hanya akan makan sayur, jika saya TER-baca (penegasan perkataan TER-) artikel-artikel atau keratan akhbar yang menyatakan dengan memakan sayur boleh menguruskan badan,dengan itu barulah saya akan berusaha sedaya upaya untuk memakan sayur-sayuran ( penegasan perkataan USAHA ). Tetapi, keberangkalian untuk berjaya amatlah tipis.Untuk mandi, errr.... tidak perlu diperincikan ye. Untuk berhibur pula,hmmm... tengok upih pinang pun tak pernah...inikan pula mahu menarik upih pinang sekeliling kampung. ceh. Mengorat atau memikat??? Owh please... Saya memegang kepada prinsip, "kalau sudah jodoh tidak akan ke mana".

Jadi, saya bukan orang bandar, saya juga bukan orang kampung.

Bila saya berjalan-jalan di sekeliling bandar ( ingat kawan-kawan, saya bukan orang bandar ye ) saya dapati terdapat beberapa perkara aneh mengenai mereka :

(1) Jika menaiki LRT atau komuter atau monorail atau ERL atau apa-apa sahaja, warga kota lebih gemar mengadap telefon bimbit mereka daripada bersembang dengan orang di sebelah. Pelik bukan? Saya tidak dapat memberikan jawapan kepada situasi ini. Daripada remaja sebaya saya, golongan pekerja sehingga kepada golongan mak cik-mak cik, mata mereka tidak teralih daripada memandang telefon bimbit. Satu hari, saya ingin kelihatan seperti orang bandar ketika menaiki keretapi, jadi saya bawa keluar telefon bimbit saya. Saya jadi terpaku ketika memandang-nya. 10 saat masa saya dibazirkan untuk memandang telefon bimbit ini tanpa menekan apa-apa butang. Apabila saya terlihat kesan comot di belakang telefon itu, terus terbatal semangat dan hasrat murni saya untuk kelihatan seperti orang bandar. Saya kemudian, kembali menyimpan telefon bimbit saya ke dalam poket

(2) Sekali lagi, jika menaiki keretapi di bandar, adalah terlalu janggal untuk anda berbual di dalam keretapi. Atau mungkin juga, terlalu janggal untuk anda melihat siapakah orang yang duduk di sebelah anda. Mata anda hanya lebih tertarik kepada pemandangan indah di luar tingkap. Tetapi sebenarnya, tiada apa yang indah di bandar. Hanya bangunan-bangunan tinggi yang dibina rapat-rapat, warna bangunan yang hampir pudar, cat-cat lekang yang hanya tunggu masa untuk ditanggalkan dan kemudian anda akan ternampak kertas iklan yang terlekat di dinding bangunan yang tertulis " Perkhidmatan Urut. Menguatkan kembali kekuatan Batin " (apakah???). Sungguh saya tidak faham dengan perangai orang-orang bandar. Alangkah bagusnya jikalau kita bersembang dengan orang yang duduk di sebelkah kita dalam keretapi. Mana tahu kan, jika di sebelah kita itu adalah pemikir-pemikir bangsa ke, sasterawan negara ke, penulis buku ke, pelakon ke, pengarah filem ke. Alangkah beruntung nye. Tahu-tahu sahaja sudah dapat tawaran berlakon filem.

Sungguh saya tidak faham dengan perangai orang bandar.

(3) Situasi dalam keretapi sekali lagi. haha. terasa seronok pula. Jikalau kita bersembang dalam keretapi mesti akan kelihatan janggal bukan. Pernah kah anda menaiki keretapi ketika waktu puncak? Contohnya seperti jam 5 atau 6 petang. Taubat tak nak naik keretapi dah. Tetapi, pujian harus diberikan kepada orang bandar ketika menaiki kenderaan awam pada waktu puncak ini. Percaya taau tidak, satu suara pun tidak kendengaran dalam keretapi itu walaupun gerabak keretapi api telah dipenuhi oleh berpuluh-puluh manusia dan anda akan terasa terhimpit-himpit seperti di dalam tin ikan sardin ( macam lah pernah masuk dalam tin sardin ). Jadi, nasihat kepada orang-orang kampung seperti saya yang pertama kali berkunjung ke bandar besar, jangan sesekali bunyikan suara anda di dalam keretapi. Anda mahukah satu gerabak penuh dengan manusia itu mendnegar perbualan anda? anda mahukah satu gerabak mendengar yang anak Kak Jenab kena tangkap basah? Anda mahukah satu gerabak keretapi mendengar yang anda sedang bergosip mengenai Pak Mat belakang rumah anda berkahwin lagi satu?

Sungguh saya tidak faham dengan orang bandar.

(4) Okey...okey.. cukup dengan keretapi. Nanti tak pasal-pasal, Sammy Vellu saman saya pula kerana mejatuhkan integriti pengangkutan awam di Malaysia ( eh...Sammy Vellu tu menteri pengangkutan ke menteri kerja raya? sama je kan? ) Hidup manusia di bandar. Perbualan yang selalu saya terdengar ( penegasan perkataan TER ) apabila berselisih dengan warga kota ini adalah berkisar mengenai teman lelaki, muzik, teman lelaki, muzik, teman lelaki, muzik, teman lelaki, muzik. Argh... bosan. Cuba lah sekali sekala kiata berbincang tentang hal yang lebih memerlukan perhatian atau ke-perihatinan kita seperti isu PPSMI, Sammy Vellu yang tidak reti letak-letak jawatan, atau mengenai rancnagan Malaysia ke-sepuluh. Wah. Sepanjang saya tinggal di bandar ini, tidak pernah lagi saya melihat orang-orang bandar bercakap mengenai isu serius ini di jalanan.

Sungguh saya tidak faham dengan orang bandar.

(5) Orang bandar?? hmmm... mereka gemarkan pakaian berjenama. Jika anda berjalan-jalan di pusat membeli-belah yang besar-besar seperti KLCC, anda akan terlihat, banyak kedai barangan berjenama memonopoli premis perniagaan di sini. Prada lah, Giardano lah, Gucci lah, Crocodile lah, apa lagi ya??? Maaf saya tidak begitu mengenali barangan berjenama. Cukuplah sekadar, membeli baju yang di-import dari China yang berharga RM 15.99 di kedai- kedai di tepi jalan. Di KLCC, anda akan terasa seperti diskriminasi sosial dan ekonomi. Lihatlah sahaja, penjaga pintu kedai-kedai barangan berjenama itu pun berpakaian lebih kemas daripada kita. Mereka memakai kasut kulit, saya memakai selipar yang dibeli ketika raya lepas. Baju mereka bergosok kemas, baju saya pula, tak pernah bergosok langsung kot. Rambut mereka tersikat rapi, rambut saya? err...lupa pula yang saya bertudung. Jadi, jurang sosial membantutkan keinginan saya untuk menerokai kedai barangan berjenama itu, dengan hati yang penuh lara, saya pun terus melangkah pergi.

Sungguh saya tidak faham dengan perangai orang bandar.

(6) Perangai orang bandar. Masuk tandas pun perlu bayar RM 2.00. daaaa?? Okeyh, saya mengaku yang saya agak terkejut dengan situasi ini. 2 ringgit. 2 ringgit. 2 ringgit beb. Mahal gila tu. Kalau kat kampung, cari je belakang semak ke, tengah-tengah hutan ke, percuma dan mesra alam lagi. Harga air di bandar mahal sangat eh? hmmmm...

Orang bandar....biasalah...

(7) Warga kota, kalau nak sebut KL...mesti kena bunyi "kayy Ell" ( sammbil lidah terjulur ke depan ) Kenapa tak boleh sebut KL je? atau lebih indah lagi kuala lumpur.

(8) Bila berjalan-jalan di Ibu kota Malaysia, adakah anda menyedari bahawa masyarakat malaysia sudah menjadi semakin majmuk. Ada warga Indonesia, ada warga Bangladesh, Vietnam, Arab, afrika dan bermacam-macam lagi. Sungguh sukar untuk membezakan yang mana warga Malaysia yang asli, yang mana wara malaysia yang ter-import . ( owh..jangan hentam point ini )

Nasib baiklah saya bukan orang bandar. Jadi secara automatik, saya bukanlah orang indon, bangla atau apa2 sahaja.

(9) Orang bandar..orang bandar...hmmm....orang bandar.

(10) Ini fakta. Benar sebenar-benarnya. Sekembalinya orang bandar daripada berjalan-jalan di sekeliling ibu kota, mereka tidak akan duduk di hadapan komputer, log in blog mereka, meng-update kisah mengenai warga kota, tekan butang Publish Post dan kemudian berasa puas hati kerana berjaya menghentam orang bandar.

Orang bandar la katakan...




p/s : Sawah menghijau tetap di hati


Monday, December 7, 2009

Pre Menstrual Syndrome (PMS)

Kehidupan wanita memang kompleks. Bermula dari bayi, menjadi kanak-kanak, membesar dan seterusnya menjadi remaja , dewasa dan seterusnya beransur-ansur menjadi tua. Bila diri mula menginjak usia remaja, perubahan fizikal antara lelaki dan wanita memang nampak ketara. Ops. Saya tidak mahu bercerita panjang. Anda sudah besar. Pasti anda tahu apa yang saya maksudkan.

Kawan saya pernah berkata, jadi lelaki lagi seronok daripada menjadi perempuan. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh sampai dengan kesimpulan ini ( kawan saya itu adalah lelaki). Adakah dia dahulu pernah menjadi perempuan?..saya kurang pasti. Adakah dia dahulu pernah membuat pembedahan jantina di Thailand?..saya tidak pasti. Adakah dia dahulu pernah menyamar sebagai perempuan pada waktu malam dan merayau-rayau di Lorong Haji Taib?..saya lagi lah tidak pasti.

Mahu sahaja saya berdiri, gulungkan lengan baju saya, betulkan ikatan kain batik saya, mencekak tangan di pinggang, membuat gaya mulut sedang menguyah sireh seperti wanita pada zaman 50-an dahulu-dahulu dan kemudian meninggikan suara separa menjerit lalu berkata

"hang cakap macam tu lagi, kepala hang aku putaq-putaq "

Sebenarnya menjadi wanita ini adalah anugerah teristimewa daripada Allah swt. Jadi pembaca yang berjantina perempuan sekalian, ambillah masa 5 minit untuk bersyukur di atas kurniaan Allah ini. Kita mungkin tidak segagah lelaki, kita cenderung untuk terpengaruh dengan emosi, kadang kala emosi jugalah yang menguasai diri kita dan menyebabkan kita mudah menangis, menangis dan menangis lagi.Ya, saya akui dalam bab ini kami kaum wanita agak lemah. Sebenarnya tidak salah untuk menangis, percayalah kerana apabila anda selesai menangis, anda akan rasa lebih lega, kemudian anda akan bertanya kepada diri sendiri " aik, kenapa aku nangis tadi?" dan selang 10 saat kemudian anda akan ketawa mengilai seperti pontianak kerana anda telah mendapatkan semangat dan keyakinan anda semula ( sebab itu lah kawan-kawan labelkan saya sebagai gila ). Tetapi situasi boleh berubah 360 darjah apabila anda menghadapi PMS. Anda. Ya anda. Saya maksudkan pembaca wanita. Pembaca lelaki, anda tidak perlu berangan menjadi wanita untuk memahami apa yang saya cuba saya sampaikan ini.

Simptom-simptom PMS boleh mejadi kritikal. ( maaf jika anda tidak sukakan apa yang saya tulis ini). Saya tidak tahu jika perkara ini terjadi kepada kawan-kawan saya di luar sana, tetapi PMS lebih cenderung menyerang emosi saya. Percaya atau tidak, saya boleh menangis tanpa apa-apa sebab;

- saya pernah menangis teresak-esak selama 30 minit. Di pengakhiran 30 minit itu, saya tiba-tiba sahaja berhenti menangis dan kemudian saya ketawa sekuat hati. Saya tidak tahu atas sebab apa saya menangis

- saya pernah menangis ketika di dalam bas semasa perjalanan pulang ke rumah saya. Atas sebab apa pun saya tidak tahu. Mungkin kerana saya terlalu menghayati lagu jiwang karat yang dipasang di dalam bas itu

- saya pernah memarahi lif ( elevator ) di rumah saya yang lambat tiba. Bila lif itu telah sampai, saya tendang pintu lif tersebut dan akhirnya saya yang menjerit kerana kesakitan kaki.

- saya pernah menangis kerana melihat babak kematian dalam sebuah drama melayu

saya pernah menjadi tension sepanjang hari, kerana rakan yang saya jumpa di tengah jalan tidak membalas senyuman saya.

- dan baru tengah hari tadi saya menangis kerana saya tidak sempat bersiap untuk mengikuti ibu bapa saya keluar. Saya masuk dalam bilik, kunci pintu bilik, menangis dan 30 minit kemudian, saya kembali normal

Syukurlah, peristiwa-peristiwa ini hanya belaku sebulan sekali

Jadi, sekarang anda lihat, sesetengah wanita mungkin mengalami sindrom PMS secara physical ( maaf saya terpengaruh dengan PPSMI..speatutnya, fizikal ). Contohnya seperti sengugut (period pain), lesu dan tidak bermaya. Saya pula, secara mental. Nasihat kepada pembaca lelaki, bersedialah untuk menghadapi situasi ini dengan isteri anda apabila berkahwin kelak. Satu sahaja saya pinta kepada bakal suami ( cehhh..macam lah dah ada calon ) saya supaya tidak mengahantar saya ke wad orang gila bila saya diserang simptom ini.

Tetapi, anda perlu ingat bahawa tidak semua wanita mengalami PMS. Bila wanita telah menginjak usia, gejala pms ini beransur hilang dan mereka akan menjadi manusia normal. Sebab itu lah orang putih berkata "Life begins at fourty". Mungkin ketika umur 40, suami tidak perlu lagi melayan leteran isteri, tidak perlu lagi berdepan dengan isteri yang mudah menangis dan tidak perlu membazirkan bekalan tisu di rumah.

******

Satu hari, saya terlambat bangun. Biasalah anak dara zaman sekarang. Bila saya sudah mencelikkan mata, opah ( panggilan orang perak untuk nenek) saya mula berleter sambil marah-marah,

"Baju tak lipat lagi..lepas ni lipat cepat"
" Tu haaa..berhabuk rumah, cuba lah ambik penyapu, sapu rumah sikit"
"Mari belajar masak, esok kamu dah kahwin, laki kamu nak makan apa"
"lepas ni pergi buang sampah"
"suruh nabilah mandi"
" pukul 2 ni opah nak tengok cerita Indon kat TV"
"dah habis makan ni, tolong basuh pinggan, sapu sikit dapur ni"
"bla...bla..bla..bla..bla..bla.."


Saya, hanya diam sahaja. Dan kemudian hati saya berbisik,

"biasalah, opah tengah ada PMS tu"




Thursday, December 3, 2009

kesan tidak tidur malam

Anda masih ingat kisah saya yang tidak suka tidur malam? bagus. Setiap hari saya akan tidur pada pukul 4 pagi atau 5 pagi atau 6 pagi dan kemudian bila matahari sudah tegak di atas kepala, bila kain yang dijemur di luar sudah kering, bila peniaga di pasar sudah mula pulang ke rumah masing-masing, pada waktu itulah baru hari saya bermula. Setiap kali bangun tidur, pasti saya akan marah-marahkan diri sendiri, berjanji dengan diri sendiri tidak akan mengulangi perangai ini, memasang azam tinggi untuk berhenti tidur lambat.. tapi itu kesemuanya sia-sia. Saya akan mengulangi rutin ini hari demi hari demi hari demi hari hinggalah....saya pun tidak tahu bila ia akan berakhir.

haih...macam mana lah bila dah jadi bini orang nanti?

Saya tidak sukakan suasana bersendirian pada waktu malam. Orang pernah kata, sebuah kawasan perumahan yang terletak lebih kurang 300 meter dari rumah saya itu berhantu. H-A-N-T-U. Saya sepatutnya tidak menulis apa-apa mengenai hal ini. Ini disebabkan, jikalau kita bercerita mengenai makhluk itu, makhluk itu akan benar-benar muncul di depan kita.

* izinkan saya untuk ketawa seketika*

Pernah kah anda mengalami perasaan ini, anda seorang yang masih belum tidur, sedangkan ahli keluarga lain sedang lena dibuai mimpi hinggakan bunyi berdengkur mereka terdengar sampai ke luar bilik, anda keseorangan,anda lihat di luar tingkap bilik dan anda terasa seram sejuk, anda kesunyian dan memikirkan kenapa anda masih tiada teman lelaki ( abaikan ), dan tanpa disedari, telefon bimbit anda berbunyi. Anda lihat di skrin telefon itu, tertera nombor yang tidak dikenali, dan bila anda tekan butang jawab, anda terdengar suara lelaki di hujung talian;


lelaki itu : (tanpa memberi salam) aku dah suruh orang masukkan daging tu dalam peti sejuk
saya :( terdiam untuk beberapa saat dan kemudian..) haaa??
lelaki itu : dah masuk dalam peti sejuk. Esok kamu datang, tolong rebus terus daging itu, takut biar lama-lama, mahu busuk daging itu.

*kaget*

saya : ha?? owho.... arrr....okay-okay
lelaki itu : lepas itu, kamu potong halus-halus buat gulai, esok puan mahu makan
saya : (senyap)
(senyap)
(senyap)
(senyap)

lima saat kemudian...

lelaki itu : eh.. gulai itu kena bubuh berapa biji kentang ya?
saya : ar..ar...ar...erm... dua....kot
lelaki itu: kemudian, perlu dibubuh santan bukan?
saya : arrr...
lelaki itu: lepas itu taruk daging bukan?
saya : ( senyap)
lelaki itu : kalau bisa, perlukah mahu ditaruk asam jawa?
saya : ( masih senyap)
lelaki itu : kenapa kamu senyap? kamu ini kartini bukan?
saya : ( ketawa) kartini? tak lah. pak cik silap nombor ni

lelaki itu : aaaa????

Wednesday, November 25, 2009

Salah saya atau facebook?

Saya rasa sudah serik dengan teknologi. Kadang kala mahu termuntah. Yela kan, pagi petang siang malam mengadap laptop dan television. Kadang kala terasa bosan jugak. Kadang kala saya mahu melakukan aktiviti yang tidak boleh merosakkan mata saya. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya ini adalah seorang yang rabun jauh ( abaikan ).Sejak hari pertama cuti semester bermula, saya telah memasang azam yang tinggi supaya cuti ini dapat diisikan dengan perkara berfaedah. Tetapi sehingga ke detik ini, satu azam pun tidak berjaya dilaksanakan.

Baru-baru ini saya ter-chatting dengan jiran lama saya di Penang, Apek nama timangannya,

Apek : rajin hang main fb ek?

Saya : biasa ar..xtau nak wat pe

Apek: haha..family hang ramai ke ada account fb?

Saya : mak aku ada, ayah aku ada, abang aku ada, adik2 aku ada

Apek : hebat gila aih

saya : biasalah..internet savvy

Apek : haha..patutnya nenek hang pun kena ada account fb...nanti berebut pulak hang ngan nenek hang nak main fb..

Saya : ( senyap )



Percaya atau tidak, facebook kini sudah menjadi kegilaan rasmi rakyat Malaysia. Baru-baru ini saya terbaca satu artikel akhbar yang menyatakan bahawa Najib juga turut mempunyai account facebook. Malahan, along-along yang ingin menutut hutang mereka, turut menggunakan facebook untuk mengugut peminjam hutang mereka supaya membayar hutang. Saya akui, saya adalah salah seorang yang sudah ketagih dengan facebook. Jika sehari tidak ber-online, maka tidak lengkaplah hidup saya. Jika sehari, saya tidak menulis status di facebook saya, maka tidak lengkaplah hidup saya, jika sehari tidak mengutuk-ngutuk orang di facebook, maka tidak lengkaplah hidup saya. Saya tahu perkara ini sangat me-lagha-kan, tetapi percaya lah bahawa, sangat sukar untuk menghilangkan ketagihan ini.


Percaya atau tidak lagi, facebook tidak hanya memberi kesan negatif semata-mata. Misalnya, kita boleh berhubung dengan kawan lama kita, kawan kita sekarang dan juga kawan-kawan kita yang akan mendatang. Hebat bukan? Jika semua orang mempunyai account facebook, maka tidak hairanlah jika kita mempunyai ramai kawan di laman web sosial ini. Bayangkan, kawan dari tadika, sekolah rendah, kawan di sekolah menengah, kawan di kolej, kawan di universiti, kawan yang kita hanya menyebut 'hai' bila berjumpa di koridor sekolah, kawan yang kita tak pernah bertegur walaupun dari sekolah yang sama, kawan kelas sebelah, kawan kepada kawan kita malahan kawan yang kita tidak pernah tahu tentang kewujudan beliau di sekolah dahulu.

argh...kadang kala menyampah dengan facebook

Facebook juga bleh menyebabkan saya terleka. Saya boleh terus online, online dan online lagi selama 3 jam tanpa henti.kadang kala saya tidur pada pukul 3 atau 4 pagi hanya kerana ingin melayan facebook. Kerana facebok jugalah prestasi saya terjejas.

Jadi, tolong beritahu saya,salah saya atau salah facebook?

Facebook adalah satu medium yang amat me-lagha-kan. tambah-tambah jika anda adalah seorang pelajar. Percaya lah, hidup anda boleh jadi terkontang-kanting kerananya. Saya pernah menjadi mangsa dengan kemajuan internet ini. Mahu tahu mengapa? Saya pernah terdengar kawan saya berungut mengenai facebook, saya kadang kala boleh jadi pendengar yang setia, jadi saya dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan beliau :

kawan saya : aku sedih ar gambar aku kena tag dengan perempuan tu..nanti bising girlfriend aku

saya : ( mendengar )

kawan saya : teruk la aku kena jawab dengan girlfriend aku..

saya : ( masih mendengar )

kawan saya : kalau aku tau sapa la yang stalk aku smpai ambik gambar aku ngan dak pompuan...hai..siap ar dia tu

saya : kalau ko nak tau, aku la yang ambik gambar tu..

kawan saya : ( senyap )


sejak peristiwa itu, satu hari suntuk kami tidak bertegur sapa. Jadi sekaranga anda beritahu saya, salah siapakah dalam situasi ini, saya, kawan saya atau facebook?

Facebook juga boleh menjadi penangan yang amat kuat. Ia semupama nescafe, lagi kuat keazaman anda untuk menghindari air ber-kafein ini, lagi kuatlah nafsu anda untuk terus meminum nescafe. Owh, nescafe sangat berguna terutamanya jika anda ingin "stay up" menjelang musim peperiksaan ini. Satu hari, musim peperiksaan juga, saya telah tertidur lambat kerana asyik melayan facebook. Bila jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi, barulah saya masuk tidur. Saya jadi terleka gara-gara facebook. Ketika sedang lena dibuai mimpi, saya tersedar pada jam 7 pagi, akibat terdengar bunyi sms dari telefon bimbit saya. Saya capai telefon saya, dan terlihatkan sms dari teman sekelas saya, saya namakan beliau pemuda X

" kelas ganti biologi hari ini pukul berapa?" tanya pemuda X

Dalam keadaan mamai kerana berjaga sepanjang malam melayan facebook, saya pun membalas
" pukul 10 pagi"

Jadi, saya ambil bantal, tutupkan di atas kepala, dan terus menyambung tidur, ketika jam sudah menujukkan pukul 9 pagi, saya tersedar dan kelam kabut bangun untuk bersiap ke kelas. Jadi, saya capai telefon, untuk mendapatkan kepastian, saya menghantar sms kepada kawan sekelas saya yang lain,

" kelas hari ni pukul 10 kan" tanya saya

" Taklah..pukul 9 la. Saya dah ada kat kelas ni " jawab beliau

Kali ini saya betul-betul dalam masalah, jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, tapi saya masih dalam pakaian tidur saya. Belum mandi lagi, baju tidak bergosok lagi, buku tidak berkemas lagi, tidak menikmati sarapan lagi....jadi saya ambil keputusan tekad...saya ponteng kelas. Saya tahu, ini adalah "jenayah besar" di intec, tapi percayalah, saya adalah mangsa keadaan. Keadaan yang memaksa saya supaya terlalu asyik melayan facebook, keadaan jugalah yang membuatkan saya tidur lambat, keadaan jugalah yang membuatkan saya terbangun lambat untuk menghadiri kelas. Saya tidak memberitahu pemuda X tentang kelas biologi yang sepatutnya telah bermula

Sekarang anda beritahu saya, salah siapakah dalam situasi ini, saya? waktu tidur saya? atau facebook?

Jadi, saya sudah yakin dengan keputusan saya untuk ponteng kelas pada hari itu. Bila sudah tidak tahu apa untuk dibuat, saya capai laptop saya, dan terus log in ke akaun facebook saya. Dan tiba-tiba saya terpandangkan status facebook pemuda X yang baru ber-update yang berbunyi


"good morning asia and the whole world. let's mamak first and then go to class. life is good. how are you??? :)))"



dan jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi....

Monday, November 16, 2009

tag - 15 random things about me

permintaan khas dari paah sempena keberangkatan beliau meninggalkan intec. Yes, paah my ausmat 20 friend.. i'll miss you

15 perkara rawak mengenai saya :

1. hmm...dari mana patut saya mulakan. Okay. Nama saya Nur Liyana binti Rosli. Maksudnya, cahaya kelembutan. Okay, nak gelak ke nak ketawa silakan. Saya tahu saya bukan jenis seorang yang lemah lembut atau sopan santun. Sedang cuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih lemah lembut, walaupun diakui kadang kala hanya hangat-hangat tahi ayam.

2. seorang yang rabun jauh dan sepatutnya memakai cermin mata. Tapi saya tak suka. Kenapa? sebab nampak macam baik sangat. Tak suka okay. owh yeah...power pun sudah naik sebab hari-hari mengadap laptop 24 jam. Minggu lepas saya pergi periksa mata saya, dan power mata saya sekarang adalah 275..huhu

3. Alah terhadap kucing, habuk, asap rokok, sampah dan rumah yang berselerak. Tangan saya ini jenis yang amat gatal untuk mengemas. Segalanya harus nampak kemas dan teratur. Baju dalam almari perlu tersusun rapi, buku haruslah disusun mengikut saiz juga, bilik disapu tiap-tiap hari,cadar katil perlulah sentiasa tegang. Cerewet bukan?

4. sedang belajar untuk bermain gitar. Belajar secara online. Curi-curi guna gitar fahmi sementara cuti sekolah beliau masih belum bermula.Saya tahu lagha. Tapi saya suka.

5. Sangat takutkan lipas. Saya boleh menjerit-jerit ketakutan apabila melihat kelibat makhluk hitam itu.

6. cinta pertama saya adalah ketika saya berusia 15 tahun. Siapa dia, di mana dia sedang belajar, nama dia...owh..cerita lama. Zaman budak-budak sekolah dulu. Cinta hingusan. Tak menyumbang apa-apa pun terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Harus dilupakan sahaja.

7. ketika berusia 16 tahun, mendapat tawaran untuk program pertukaran pelajar ke Italy selama 3 bulan. Atas sebab-sebab tertentu dan mungkin ingin menumpukan pelajaran dalam SPM, terpaksa menolak tawaran itu. Agak sedih sebenarnya. Hey...life must go on right??

8. Bukan seorang pemandu kereta yang baik. Sudah 2 kali kemalangan. Yang pertama, terlanggar pagar rumah dan yang kedua terlanggar motor. Macam mana boleh dapat lesen pun saya tidak tahu.

9. Bekas penolong ketua pengawas sekolah...hehehehe

10. mahu belajar sign language

11. saya suka bercakap sorang-sorang. Kadang kala saya bayangkan ada 2 identiti berbeza dalam diri saya. Yang pertama adalah jenis lemah lembut, dan yang satu lagi adalah jenis gila-gila

12. suka buli nabilah. Kadang-kadang tarik rambut dia, picit hidung dia, cubit pipi dia. Tapi tak boleh buat lebih-lebih. Nanti dia akan buat lebih teruk dari apa yang saya buat pada dia.

13. Cita-cita sebenar saya bukanlah untuk menjadi seorang doktor mahupun peguam. Saya sebenarnya mahu menjadi pengarah filem. Lagha bukan? jadi, saya tolak ke tepi. Tetapi itu tidak bermasud saya tidak akan berusaha untuk mencapai cita-cita ini.

14. Doakan saya semoga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini. Saya sangat risau sebenarnya.

15. Saya sangat sayangkan diri saya, keluarga saya dan orang-orang di sekeliling saya. Saya sedang cuba untuk memperbaiki diri, untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam. Saya tahu tugas ini bukan mudah, banyak godaan di sana sini. Saya tahu apa matlamat hidup saya, dan saya cuba untuk mencapai nya. Saya mahu menjadi wanita solehah, isteri mithali suatu hari nanti dan seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Insya Allah




p/s : to paah...sebenarnya saya x layan sangat benda2 tag ni..but for you, i'll do anything. Semoga mendapat keputusan cemerlang dan kemudian fly ke aussie bulan February ini. Good luck farah!!

Monday, November 2, 2009

Respons orang Malaysia terhadap pemanasan global

Kes 001

Tahukah anda bahawa alam tidak berupaya menampung kehidupan anak cucu, cicit kita.Alam sekitar sedang menangis, pemanasan global, pencairan ais di kutub, kesemuanya disebabkan kita. Owh sungguh cliche ayat-ayat ini. Saya tidak tahu, berapa ramaikah manusia di muka bumi ini yang benar-benar cintakan alam sekitar. Kadang kala saya lebih suka menjadi ekstremis, jika saya mahu mendidik anak-anak murid saya, saya tidak mahu menjadi seorang guru yang hanya menulis di papan hitam, terangkan mengenai alam sekitar kepada murid-murid, sedangkan saya sedikit pun tidak pernah peduli mengenai pemanasan global. Ekstremis yang terlampau ekstremis. Jika saya mahu murid-murid benar-benar belajar mengenai ekstremis pemanasan global, saya akan biarkan mereka berjemur di bawah cahaya matahari sambil berbogel. Tapi saya buka se-ekstremis itu. Saya tidak mahu menjadi guru yang mempunyai kisah penderaan fizikal, mental dan seksual terhadap anak murid terpampang di muka hadapan akhbar.

Tapi saya bakal menjadi seorang doktor, bukan seorang guru

Kes 002

Saya ada seorang kenalan. Nama, umur dan jantina dirahsiakan. Kenalan saya ini jenis yang banyak bercakap. Jika satu perkataan ditanya, akan dijawab dengan lebih daripada 10 000 patah perkataan. Tapi saya tak kisah pun. Setiap kali tersempak dengannya, beliau akan menceritakan tentang kawan-kawan saya yang dia baru tersempak sebentar tadi. Jika dia tersempak dengan 10 orang kawan saya, maka kesemua siri-siri ke-tersempak-an itu akan diceritakan kepada saya. Saya cuma angguk, senyum dan mendengar. Susah juga mahu jaga hati orang walaupun diri kita ini sebenarnya terseksa. Satu sifat aneh mengenai kenalan saya ini adalah, setiap kali saya mahu mula bercakap,dan beliau tidak memahami dengan maksud yang cuba saya sampaikan, beliau akan mengerutkan dahi dan hidung, membeliakkan mata lantas memberikan respons sebegini

"Haaa...????"



bahasa inggeris : I beg your pardon.
bahasa melayu : Haaa???



Kes 003 :

Saya sedang belajar di Intec. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang tidak tahu.Mungkin juga ada yang tidak tahu apa itu Intec. Kalau tidak mahu memberi jawapan panjang lebar, saya hanya akan memberitahu mereka saya sedang belajar di UiTM. Ringkas dan mudah. Di tempat saya belajar ini, ada sebuah cafe. ALM cafe namanya. Cafe ini telah melakukan anjakan paradigma dalam soal memelihara alam sekitar. Jika di tempat lain, bekas yang digunakan untuk membungkus makanan terdiri daripada bekas polystrene berwarna putih. Di cafe ini pula, menggunakan bekas berwarna cokelat yang mesra alam. Unik bukan. Setidak-tidaknya kita menyumbangkan sesuatu dalam usaha untuk memelihara alam sekitar.

Satu hari, saya mahu membungkus makanan di cafe ini. Saya capai bekas berwarna cokelat itu, isikan nasi dan lauk ke dalamnya, dan kemudian terus bawa ke kaunter untuk membayar harga makanan itu. Sampai sahaja di sana, saya lihat tidak ramai orang yang menunggu di kaunter. Saya letakkan bekas berwarna cokelat berisi makanan di hadapan mak cik itu, mak cik cafe itu pun menghitung harga makanan saya, seraya berkata
"RM 2.70"
Saya lihat mak cik itu tidak kelihatan sibuk, maka saya memulakan sesi perbualan ringkas dengannya.
" Memang kalau ambil bekas cokelat ni mahal sikit ke mak cik?" tanya saya sambil tersenyum

" Aah.Bekas ni mahal sikit" jawab nya

" Cantik la bekas ni. Tapi tak boleh recycle...errr... kitar semula kan?" tanya saya sambil mencari perkataan recycle dalam bahasa melayu. Kadang kala saya mahu salahkan kerajaan kerana membentuk dasar PPSMI. Perkataan mudah seperti perkataan kitar semula pun saya masih mahu menggunakan perkataan recycle

"Tak boleh dik. Sebab tu mak cik buang terus je" balas mak cik cafe itu.

"tapi bekas ni lupus alam kan?" habis sahaja saya menyebut perkataan itu, saya memarahi diri saya kerana memberikan istilah yang terlalu saintifik kepada mak cik itu.

Kemudian, mata mak cik itu memandang tepat ke arah saya sambil mengerutkan dahinya memberi isyarat tidak faham.

Lantas saya menyambung " bekas tu Biodegradable kan?"

selang tiga saat kemudian, mak cik itu berkata

"Haaaa....????"







respons orang malaysia terhadap pemanasan global: "haaaaa...??????"

Wednesday, October 28, 2009

Ada orang...

Ada orang letakkan benci di atas kepala
hati di hujung kaki
lalu dipijak-pijak hati itu
dijulang-julang benci itu

Ada orang berjanji penuh manis
Ada orang tidak pernah berkata yang pedih-pedih
Bila diri sendiri terhiris,
tak guna lagi menangis

ada orang,
ada orang,
ada orang,

Ya Allah, jauhkanlah aku dari orang sebegini.
Rapatkanlah ukhwah yang terbina antara kawan-kawan ku.
Jangan biarkan duri ini, menjarakkan hubungan kami.

Sunday, October 25, 2009

Exam!!



( berdoa untuk yang terbaik )
Insya Allah

Sunday, October 11, 2009

sekali sekala jadi garang ada bagusnya

Saya ada dua orang adik. Yang pertama, adik lelaki dan yang kedua adik perempuan. Wajah kami adik-beradik saling tidak berubah. Biasalah, kami dari gene pool yang sama bukan? Percayalah, anda akan berasa amat sunyi tanpa adik-beradik. Cuba bayangkan hidup anda tanpa adik beradik. Mahu makan, terpaksa makan dengan orang gaji. Mahu menonton Doremon, terpaksa menonton seorang diri. Mahu bergurau, terpaksa bergurau seorang diri ( ini dikatakan gila).


Sekarang ambil masa 5 saat untuk bersyukur kepada Allah di atas nikmat adik beradik ini.


Tapi jika jarak umur amat berbeza, tidak sesuai lah jika mahu menyertai semua aktivi kanak-kanak ini. Saya ada seorang adik perempuan, Nabilah namanya. Baru sahaja berumur 8 tahun. Kalau bercakap...tidak reti hendak berhenti. Kalau membulinya memang amat seronok. Terasa seperti misi kita telah berjaya jika melihat dia menangis. Kalau melihat dia sedang tidur nyenyak, mahu sahaja dicium-cium pipinya yang gebu itu.

Biasalah budak-budak bukan.

Tapi adik saya ini jenis yang banyak bertanya. Kadang-kala malas mahu menjawab. Bila sudah sampai tahap maksimum, saya akan buat muka garang, kerutkan dahi, letakkan jari telunjuk di bibir saya dan memberi isyarat supaya dia senyap. Senang bukan...?

Tetapi tidak semua perkara yang kita mahukan akan menjadi sesenang yang dijangka. Jika anda tiada adik,cuba bayangkan diri anda mempunyai adik kecil yang banyak bercakap. Satu hari kami adik beradik singgah sebentar di kedai 7-eleven. Maklumlah, budak kecil jika masuk ke kedai serbaneka, mereka akan kelihatan seperti disoriented. Kalau boleh semua benda yang dijual di kedai itu mahu dibelinya.

Tapi, saya buat tidak peduli sahaja. Saya pergi ke kaunter untuk membayar barang-barang yang saya telah pilih. Sekarang saya mahu tanya anda. Jika anda pernah pergi ke kedai 7-eleven, jika anda mahu membayar barang-barang di kaunter, pasti anda akan terpandangkan kotak-kotak kecil disusun di hadapan kaunter. Kotak-kotak kecil berwarna-warni pelbagai jenama seperti Durex, Lifestyles dan sebagainya.Dan jika anda (terutamanya kaum lelaki) membeli barang tersebut, sudah tentu anda merasakan seperti sedang melakukan kesalahan besar.

Anda tahu apa yang saya maksudkan?

(jawapannya : kondom )


Ketika mahu membuat bayaran di kaunter, adik perempuan saya beratur di sebelah saya. Tanpa diduga, dia terpandangkan kotak-kotak kecil berwarna-warni tersebut.

Dia dongak kepada saya, sambil jari telunjuknya menuju ke arah kotak-kotak kecil tersebut sambil berkata.

"yang ni apa?"

Saya terkedu dan menjadi kaget dengan soalan nya. Saya ambil jalan mudah untuk melepaskan diri dari situasi ini. Saya membuat muka garang, kerutkan dahi dan memberi isyarat menyuruh dia senyap..

selang beberapa saat kemudian, adik saya menjerit...


"kenapa kena senyap?"