BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

Nak raya la katakan

gelagat semasa musim hari raya :

wanita o1 :
Wanita 01,pagi-pagi lagi lepas bangun sahur sudah berazam nak pergi shopping. Duit dari ATM sudah dikeluarkan pada hari sebelumnya. Otak juga sudah ligat memikirkan pakaian apa yang hendak dipakai untuk hari raya nanti. Bila siang sahaja, naik LRT pergi SOGO. Sampai sahaja di sini , terus membeli-belah dengan beribu-ribu manusia lain. jadi rambang mata bila lihat potongan harga sehingga 70%. Hajat nya mahu membeli satu dua pakaian sahaja. Nak raya la katakan.

lelaki 01 :
terpaksa ikut isteri ke mana sahaja dia hendak pergi. Kalau tak ikut nanti, merajuk pulak isteri tu. Terpaksa menunggu berjam-jam sementara isteri memilih pakaian. Tunggu sahaja berjam-jam, tapi isteri itu hanya beli satu barang sahaja. Kemudian isteri itu akan bersungut mengatakan tempat membeli-belah itu tidak banyak pilihan. isteri itu mengajak suami pergi ke tempat membeli-belah yang lain. Nak raya la katakan. Suami kena la ikut.

wanita 02 :
ini lagi advance. Sebelum puasa lagi sudah tempah baju untuk dipakai pada hari raya nanti. Dipujuk-pujuk suaminya untuk menukar perabot. Nak raya la katakan. Bila suami kata tak boleh tukar perabut, mula lah naik muka lepas tu kata suami ada perempuan lain. Adegan tipikal sebelum hari raya. Bila raya makin menjelang sahaja, bergaduh dengan suami berebut untuk pulang ke kampung masing-masing. Nak raya la katakan

lelaki 02 :
terpaksa ikut cakap isteri. nanti isteri merajuk, takda orang nak masak, tak pasal-pasal terpaksa bukak puasa dengan makan telur goreng sahaja. Akhirnya, duit bonus yang dapat pada hujung tahun dihabiskan untuk membeli perabut baru. Nak raya la katakan.

wanita 03 :
ini pula kisah pasangan yang bercinta. Sebelum kahwin la katakan, mesti la kena ambil berat. Dah kahwin nanti jadi macam pasangan 01 dan 02 di atas.Bila nak raya rungsing fikir mahu beraya di rumah bakal ibu mertua.

lelaki 03 :
rungsing seperti wanita 03, tetapi bukan rungsing kerana memikirkan bakal ibu mertua, tapi rungsing memikirkan duit raya yang pelu diberi kepada adik-adik wanita 03. Baru dapat kerja la katakan. Nanti kalau takda duit, terpaksa makan telur goreng hari-hari macam lelaki 02. Nak raya la katakan.

wanita 04 :
nak raya la katakan. tapi wanita 04 ini masih study lagi. Apetah lagi, beliau ada test chemistry minggu depan. Study rajin-rajin, macam lah boleh dapat 100. Bila ibu nya ajak pergi ke SOGO membeli-belah, beliau menolak dengan alasan mahu study. (ibu beliau bukan wanita 01 ). Bila diajak jalan-jalan, beliau menolak dengan alasan mahu study. Lihatlah waktu beliau menaip post ini, pukul 4.30 pagi. beliau masih tidak tidur. Sebab apa? sebab nak study. Nak raya la katakan, tapi wanita 04 ni masih study saja...haihhhh






lelaki 04 : tiada lelaki 04 sebab wanita 04 ni kuat sangat study...haih

Sunday, August 23, 2009

kak siti tak nak beritahu saya?


Pernah tak anda dengar lagu Budi Bahasa Budaya Kita? Lagu yang dipopularkan oleh biduanita kita, Datuk Siti Nur Haliza. Terasa agak signifikan lagu itu diputarkan, tapi kadangkala ada juga unsur sinis dalam lagu tersebut. Entah mahu memuji rakyat Malaysia, ataupun mahu memperli rakyat Malaysia, saya sendiri pun tidak tahu. Lirik nya indah, melodi nya tersusun, tapi maksud tersirat di sebalik liriknya, boleh memberikan kesan "Zreeeeett" jika diteliti betul-betul. Kak Siti tak nak beritahu saya?

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti

Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi

Bertimbang rasa hormat menghormati

Maklumlah, bila pandemik H1N1 ini mula menular, semua orang sudah bertukar menjadi paranoid. Saya tak kata benda ini salah, mungkin bagus juga. Terus terang saya mahu lari dari situasi ini, tetapi tak boleh. Tempoh hari, nenek saya jatuh sakit, demam nya boleh dikatakan teruk. Sakit orang tua, kalau kita buat tak tahu, takut nanti dituduh sebagai anak derhaka. Saya tak mahu nanti saya disumpah menjadi batu seperti dalam cerita Si Tenggang. Walaupun cerita ini ada unsur-unsur khurafat ( ada ke manusia leh jadi batu ), tetapi ia banyak memberikan pengajaran. Okay, berbalik kepada cerita ini. Setelah dipaksa beberapa kali, saya pun membawa nenek ke klinik. Maklumlah, tinggal di Putrajaya, mana ada klinik tahap cikai. Semuanya standard. Nak masuk tandas, kena jaga standard. Nak parking kereta, kena jaga standard. Nak pergi bazaar Ramadhan pun kena jaga standard.

kak Siti tak nak beritahu saya?

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas

Harapan rakyat satu amanah

Budi bahasa budaya kita

Sampai sahaja di klinik, saya terus pergi ke kaunter klinik itu. Tiada pekerja, saya masih sabar, kan ini bulan puasa. Masih tiada pekerja, saya buat batuk-batuk kecil, sekali lagi saya masih sabar, kan ini bulan puasa. Masih tiada respons, saya pun memberikan salam. ini kan bulan puasa. Selang beberapa saat kemudian, datang seorang pekerja perempuan menemui saya. Saya berikan senyuman ikhlas, kan ini bulan puasa. Tanpa menjawab salam saya, sambil memberikan muka masam, dia pun berkata " klinik dah tutup"

geram. saya ambil kotak tisu hempap-hempap di kepalanya, saya tulis surat kepada boss-nya minta dia diberhentikan kerana tidak mempunyai etika kerja. Saya ketuk-ketuk meja kaunter beberapa kali, kononya ingin memprotes ketidak puasan hati saya.


gurau.

sekarang ni kan bulan puasa, sabar sikit yek.

Bila dia berkata klinik sudah tutup, saya pun membalas,
" nenek saya sakit teruk dari pagi tadi, klinik lain dah tutup"
( dramatis sikit ayat ni, sebenarnya xde la teruk sangat..). Setelah mengeluh, beliau pun menyuruh kami menunggu untuk berjumpa doktor.


kak Siti tak nak beritahu pekerja perempuan tu macam mana nak berbudi bahasa?

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas

Kemudian, kami pun masuk berjumpa doktor. Terkejut. Pertama kali saya terpandangkan doktor yang bertugas itu, saya fikirkan beliau adalah Along Kutip Hutang. Memang takde rupa doktor langsung. Sabar, sekarang kan bulan puasa. Nenek saya duduk di sebelah doktor, saya duduk menghadap doktor tersebut.Doktor itu pun turut memberi muka masam.

kak Siti tak nak beritahu doktor itu macam mana nak berbudi bahasa?


" apa sakit?" tanya doktor itu
"demam" jawab nenek saya
" bila sakit?" tanya doktor itu lagi
"semalam. tapi pagi tadi teruk. Pagi tadi dah teruk. Sebab tu la datang klinik" Jawab nenek saya sepuluh kali ganda lebih panjang daripada soalan doktor itu.

Kemudian, doktor itu mengambil suhu badan nenek saya.
Selang tiga saat kemudian.

" okay dah, sudah boleh keluar " jawab doktor bermuka masam itu
.


Mahu sahaja saya bertengkar dengan doktor itu. Belajar tinggi-tinggi 6 tahun dalam perubatan hanya untuk bertanya dua soalan ini saja. Sabar. Sabar. Sabar. Sekarang kan bulan puasa.

Kak Siti tolonglah beritahu doktor itu macam mana nak berbudi bahasa.

Bila sudah selesai, saya pun pergi ke kaunter untuk mengambil ubat-ubatan nenek saya.
" ubat ini makan 3 kali sehari, lepas makan...bla...bla...bla...bla" bilang kakak sombong itu.
( saya malas untuk memberikan perhatian, kesemua arahan ada tertulis di bungkusan ubat tersebut) Bazirkan air liur sahaja. Sabar la bulan puasa ni.


Bila sudah habis memberikan arahan mengambil ubat, dan bila saya sudah habis memberikan anguk-anguk kosong, kakak sombong itu pun mengakhiri perbualan kami....


" semua sekali RM 37.00"



sekarang kak siti beritahu saya bagaimana nak berbudi bahasa pada bulan puasa ni?


p/s : gambar di atas hanya hiasan sahaja


Thursday, August 13, 2009

serius yang tidak menjadi

sekarang ini semua orang cerita mengenai H1N1. Pusing kanan H1N1, pusing kiri H1N1, jalan 3 langkah ke depan H1N1, lari belakang bangunan pun H1N1. agak-agak nya, mesti apek-apek yang jual topeng penutup mulut tengah untung sakan sekarang ni kan?

Soalan saya ; perlukah kita risau akan H1N1? Ya. Saya tahu kadar kematian pesakit H1N1 kurang dari 1%. Tapi bagaiman jika peratusan ini meningkat? Unjuran kementerian kesihatan melaporkan 25 000 rakyat negara ini boleh meninggal kerana H1N1. ( macam laporan berita Utusan Malaysia je kan? abaikan ) Soalan saya ; perlukah kita risau akan H1N1?

Jawab pensyarah kimia saya : " lagi ramai orang meninggal sebab tercekik donat daripada meninggal sebab H1N1"

tolak ketepi mengenai H1N1...arghh bosan

sekarang kita berbicara mengenai pendatang asing pula. Saya tahu topik ini seperti soalan karangan bahasa melayu SPM. Masih segar di ingatan saya akan guru Bahasa Malaysia saya ketika di sekolah dulu yang menerangkan isu-isu penting mengenai pendatang asing. Hidung kempas-kempisnya memang tidak boleh dapat dilupakan ( abaikan ).

Hampir 1 00 000 pendatang asing di Malaysia. Ramai bukan? angka itu merangkumi pendatang asing halal dan haram, yang membina bangunan, yang bekerja sebagai orang gaji, yang menyapu daun-daun kering di sekitar kawasan kolej Akasia, yang menghalang kita memasuki tandas apabila mereka sedang membersihkan tempat tersebut, yang menjual nasi campur di Cafe Cemara, yang bertenggek beramai-ramai di tepi jalan menunggu kedatangan bas kilang serta seribu satu situasi lagi.

Pendatang asing juga membawa budaya mereka di sini. Tak percaya? Hello!! sekarang anda bangun dari kerusi anda, jalan lima langkah ke tingkap. Buka tingkap dan perhatikan alam di luar. Lihat fesyen tudung wanita-wanita di Malaysia sekarang. Fesyen sarungkan tudung yang keras di kepala ( bak kata nenek saya " tak kenan sungguh aku menengoknya"). Itu belum lagi drama-drama indon di TV, banyak sungguh drama-drama indonesia. Saya bukan seorang anti- indon. Tidak sama sekali saya akan melancarkan mogok ganyang-indon. Saya tak mahu anak-anak saya nanti tidak boleh membezakan antara orang melayu dan orang indon.

maaf. saya bukan sangap nak kahwin

kenapa tiba-tiba sahaja saya rasakan topik pendatang asing ini agak bosan?

Saya berani katakan di sini bahawa majoriti pendatang asing tidak tahu bertutur bahasa melayu ( kecuali pendatang dari indonesia ). Satu hari saya bersama kawan saya, makan malam di sebuah kedai mamak berdekatan dengan kolej kami. Bila sudah kenyang, kami sembang-sembang kosong. Kawan saya ini memesan minuman bungkus. Lalu dia pun memanggil seorang pekerja mamak dan memesan Neslo Ais. Pekerja mamak itu pun berlalu pergi sambil memberikan ekspresi muka bingung dan angguk-angguk kosong.

lima minit kemudian, beliau kembali semula,sekali lagi memberikan ekspresi muka bingung, lantas menghulurkan beberapa helai tisu.

Wednesday, August 5, 2009

alang-alang nak ngupat kan, ngupat je la

Pernah anda dengar lelaki mengupat? Saya berani katakan di sini bahawa lelaki lebih pandai bergosip berbanding perempuan. Ada sahaja yang mahu ditokok tambah. Yang fakta diautakan, yang auta bertambah-tambah menjadi auta.

Saya bukan seorang yang sexist atau feminist. Maaf. Saya sangat bencikan kedua-dua perkataan itu. Kerana dua-dua perkataan itulah wujud organisasi entah apa-apa yang kononya mahu membela hak wanita. Kerana perkataan itu jugalah, lagu seksis daripada Anita Sarawak menjadi popular ( apakah?) dan kerana perkataan itu jugalah jurang antara dua jantina menjadi semakin renggang.

Tapi mulut orang memang tidak boleh dijaga bukan. Kalau saya diberi kuasa, mahu sahaja saya ambil pita pelekat lantas lekatkan di mulut mereka. Itu tidak terlalu ekstrim bukan? Bagaimana pula jika saya ambil beberapa biji cili padi, tumbuk halus-halus dengan lesung batu, perah sedikit asam limau, eyh bukan-bukan!! saya bukan mahu buat sambal belacan. Simpang malaikat 44. Saya mahu sumbat cili tumbuk itu dalam mulut-mulut mereka. Ekstrim bukan? Tapi atas sebab apa ya? hmm...saya sendiri kurang pasti.

cerita, bila disebarkan dari mulut ke mulut ada banyak tokok tambahnya. Tak percaya? Biar saya bagi contoh

orang pertama bercerita :
"Tadi aku nampak anak dara si Maimunah tu duduk sembang ngan sorang lelaki kat taman"

cerita orang kedua yang didengari dari orang pertama :
"tu ha!! anak dara Maimunah janda tu duduk berkepit dengan laki mana ntah kat taman tadi. Amboi..duduk rapat-rapat tak mau berenggang aih"

cerita orang ketiga yang didengari dari orang kedua :
"dah la duduk rapat-rapat, tergelak sana, tersengih sini. Naik geli aku tengok. Siap lentok kepala atas bahu."

cerita orang keempat yang didengari dari orang ketiga :
"tau tak ni, si Tijah cerita yang anak si Maimunah tu dok buat maksiat kat taman. Malu sungguh aih. Depa ni tak sedaq ke?Panaih aih...Tak tau mana nak letak muka ni"

cerita tokok tambah yang paling ekstreme
huh!! tak lama lagi tu nak beromen la tu, tau-tau saja perut dah kembung ke depan.




Sekarang anda beritahu saya, bagaimana kalau anda berada di tempat perempuan yang menjadi mangsa gosip itu?