BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 30, 2009

Ya Allah
berikan ketabahan kepada hati hamba-Mu ini
Semoga dapat menempuh dugaan ini
Berikan kekuatan kepadaku hari ini dan seterusnya

Wednesday, April 29, 2009

makhluk hitam itu... tolong, saya tidak boleh tidur

(perbualan saya dengan seorang doktor handsome)

doktor : apa masalah kamu?

saya : saya sedang mengalami tekanan perasaan kerana makhluk hiam itu

makhluk hitam itu
- menganggu malam-malam saya, baik di rumah saya di Penang,bilik saya di Akasia, mahupun rumah saya sekarang di Putrajaya

- tolong...saya tidak sanggup lagi menghadapi tekanan ini.Mata saya bengkak kerana kurang tidur. Bila kawan-kawan saya tanyakan kenapa, saya jawab kerana menjaga anak di malam hari ( apa punya jawapan da..)

-buatkan saya takut untuk ke dapur sorang-sorang

-kawan-kawan ( buat slang Razeen )...bantulah saya

- makhluk itu juga membuatkan saya takut untuk berkunjung ke rumah atau tempat lain

-makhluk itu mungkin berada bersama saya dan juga mungkin dengan anda. Ya..anda. Saya tak tipu, mungkin juga berada bersama anda


makhluk hitam itu membuatkan
- kesemua housemate saya iaitu penghuni akasia 7/203 menjerit ketakutan apabila ternampaknya. Saya dapat rasakan makhluk itu mengikuti housemate saya pulang ke rumah sewaktu study leave ini. Benar,,,ini bukan cerita bohong

- makhluk itu juga membuatkan saya menjerit-jerit memanggil Syida supaya cepat naik ke atas menemani saya yang sedang bersendirian di biliknya. Saya masih ingat lagi waktu itu, saya terasa seperti hendak mencampakkan laptop dan handphone kesayangan saya ke lantai kerana ternampak makluk itu.

-makluk itu membuakan saya takut untuk berkunjung ke rumah mak cik saya di Serdang kerana saya tahu rumah beliau adalah lubuk kepada makhluk tersebut

- bila menghampiri kawasan yang gelap,kotor dan suram..pasti saya berdoa dalam hati semoga saya tidak tersempak dengan makluk tersebut

-saya tahu penyakit saya ini tiada pengubatnya.. Tapi apa yang boleh saya lakukan??

doktor : sebenarnya, penyakit awak ini amat kronik. Boleh saya tahu apakah makhluk itu?

Saya : sebenarnya.. saya takutkan....erm..

LIPAS....
Doktor : apekah?




p/s : sesapa yang tidak takutkan lipas, sila tuliskan comment anda..berserta cara penyelesaian. kerjasama anda amat dihargai.



Sunday, April 26, 2009

NoNo,RoRo n ModMOd - season finale

yay.. hari ini sudah start study leave bagi pelajar-pelajar A level Intec. Maknanya, hari ini bermula lah masa senggang saya untuk meng-update blog. Owh ya, berkenaan dengan post sebelum ini, abaikan sahaja maksud yang tersirat di sebaliknya. Saya masih mahu menulis blog, biarlah orang nak kutuk atau apa2 sahaja, saya tidak mahu berhenti. Terima kasih kepada individu-individu yang banyak meyokong penulisan saya selama ini
*haih..macam ucapan YB la pulak*

Okay, berbalik kepada kisah 3 makhluk ini. Saya tahu, sudah lama saya tidak menulis tentang kisah "mereka" sebab saya tahu,"mereka" juga tahu dan saya tahu juga "mereka" tahu mengenai kisah "mereka" ini. Tetapi saya buat tidak tahu, kerana saya tidak tahu dan saya mahu "mereka" tidak tahu juga. (apekah?)

nak dengar penamat kisah mereka tak?..... *mahu2...mengangguk kepala berkali-kali*
okay...
1
2
3

season finale : kisah mereka

NoNo sudah bosan. Bagi NoNO, apa lah gunanya ModMod kerana banyak lelaki lain lagi. Tapi xde lelaki lain yang sama macam ModMod ( ye lah NoNo oi..ModMod tu mana ada identical twin....atau adekah? )

NoNo pernah mendengar kawan beliau berkata." kesilapan paling sia2 yang perempuan pernah buat adalah ; (1) bergaduh sesama kawan2 sebab lelaki, (2) menangis sebab lelaki. * jiwang la plak ayat ni* Okay..NoNo mahu lupakan sahaja ModMod..tetapi mungkin ini tugas berat..sama berat sperti menyiapkan tugasan Unit 3 Biology. x begitu kawan2??

Argh...persetankan sahaja perasaan itu NoNo. Lambat laun pasti kamu boleh ( bercakap sambil mengenggam buku lali..dan membeliakkan biji mata ) . Ya..mungkin boleh..boleh..boleh..boleh...atau boleh blah???argh....biarkan.

Jadi, Nono telah mengambil keputusan tekad ini. NoNo takkan berpatah balik. NoNo tahu ini adalah pilihan yang terbaik untuk beliau.Biaralah guru Bahasa Melay beliau mahu memarahi beliau kerana berputus asa. NoNo tidak sanggup lagi. Ini keputusan muktamad.Biarkan sahaja ModMod dan RoRo begitu. NoNo mahu mendedikasikan lagu "Cinta ini Membunuhku" kepada ModMod ( jiwang la lagi ).... Dan Akhirnya

NoNo Mengundur Diri
sob..sob..sob



-tamat-


p/s : ada sebarang persoalan? sila tuliskan comment anda

Tuesday, April 21, 2009

finally

Saya tahu blog saya makin bosan. Makin lama saya sudah makin kekeringan idea untuk menconteng di blog ini. Apa-apa pun, ini mungkin post terakhir saya kerana account wifi saya akan dimatikan pukul 12.00 malam ini. So, apa2 pun, thanx to everyone yg membaca, mengutuk ( saya tahu ), memuji ( saya lagi la tahu ), dan memberi comment, Saya amat menghargai usaha kalian.
Jumaat ini juga adalah hari terakhir saya di Intec. Saya akan study di rumah sepanjang tempoh study leave ini. Bye-bye Intec.. ( x sabarnya nak balik )
Apa2 pun, saya akhiri dengan gambar latest saya di bawah ini


( click to enlarge)
p/s : jangan fokus pada nuwa
p/s/s : hanya fokus gambar saya sahaja
p/s/s/s : i'll miss you guys so much
p/s/s/s/s : drop la any comments..

akhir kata

Bye-bye

Friday, April 17, 2009

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa? Anda cuba jawabkan. Saya tersangat buntu

(1) Kenapa perlu tinggal di Shah Alam?
(2) Kenapa perlu study bila mahu exam?
(3) Kenapa saya tidak dapat menonton Saw ii?
(4) Bagaimana mahu mengelakkan diri daripada ketawa kuat-kuat seperti bapuk di Lorong Haji Taib?
(5) Bagaimana mahu menamatkan cerita ModMod, NoNo dan RoRo. Banyak orang bertanyakan hal ini. Tetapi sudah ketandusan idea lah..alahai
(6) Kenapa bila berseorangan saya suka bercakap seorang diri?
(7) Kenapa stok makanan saya sentiasa habis. Walaupun saya peruntukkan stok makanan tersebut untuk bertahan seminggu, tapi dalam 2 hari saja sudah licin.
(8) Kenapa? Salahkah bila kita nampak orang yang kita kenal, then buat bodo je, tunggu sampai dia senyum kat kita, baru kita membalas senyuman beliau?
(9) Kenapa saya rasakan saya sedang bertukar menjadi manusia nocturnal?
(10) Kenapa saya selalu mengigau ataupun "sleep walking". Bila saya terjaga pada sebelah malam, posisi saya bukan berbaring, tetapi duduk di tepi katil sambil mata saya tepat memandang roomate saya yang sedang tidur. menyeramkan

Adakah saya tidak sihat secara fizikal atau mental atau kedua-duanya sekali

Mahu ketawa dan juga mahu menangis

Mahu berpelukan dan juga mahu bertolakan

Mahu diam dan juga mahu bersorakan

Mahu study CTIS dan juga mahu tidur

Mahu makan maggi tetapi mahu diet juga

Mahu mengemas bilik, tetapi nanti selerak balik jugak...argh..biarkan je la

Mahu menelefon kawan-kawan pada waktu malam dengan tingkap bilik dibiar terbuka. Bila ketawa sahaja, satu Akasia boleh dengar

Mahu bergaduh dengan mamak Bistro yang meletakkkan makanan terlalu mahal.
( haih.... x pasal2 mamak Bistro terkena gak )

Dan juga
Mahu pulang ke rumah di Penang

Kenapa saya tidak boleh melakukannya?

Kenapa? Anda jawabkan. Saya sangat buntu

Thursday, April 9, 2009

ini bukan entry emo

Saya pusing kiri, saya pusing kanan, saya pandang depan, saya pandang belakang...
Argh... kekecewaan? Semestinya YA!!. Kerana? Topic Test Fizik. Soalan yang susah. Ok2 la.. sebenarnya bukan sebab tahap kepayahan soalan, tetapi lebih kepada kekangan masa. Hello!! sejam sahaja untuk menjawab kesemua soalan, mahu selesaikan semua kiraan, mahu fikir lagi, mahu semak semula, mahu faham soalan.

Saya fikir soalan Biologi lebih mudah dari Fizik. Kenapa? kerana kita tidak perlu banyak memikir. Tapi fizik!! haih... kena fikir, faham, kira etc etc etc etc

Bila ditanya pandangan rakan-rakan tentang soalan fizik sebentar tadi, ini jawab mereka

pelajar V : ayooo....no enough time la
( sambil menyelak-nyelak buku teks fizik Pearson )

pelajar SM : Haih....susahnya
( bercakap dengan gaya tangan kiri di kepala, tangan kanan di pinggang dan badan dilenturkan 90 darjah..kalah gaya perempuan)

Pelajar P : uh..not bad la ( sambil memberikan senyuman paling menawan )

Pelajar K : aku dah jawab, susah gila, susah ar soalan fizik tu ( dengan gaya tangan berpusing-
pusing di udara seperti gaya YB dari Melaka)

Pelajar N : aku x tahu aku jawab apa ( sambil mengeluh )

Pelajar Z : nak balik nangis la...huhu ( sambil packing buku2 beliau dan terus pulang )

Pelajar S : menjerit di ALM square..( no comment..beliau memang begitu )

Pelajar R : miss..kenapa bagi soalan susah sangat ni? ( beliau berhenti menjawab walaupun masa masih berbaki 10 minit )

dan seterusnya

Pelajar L : kenapa fizik senang sangat? ( sambil gelak kuat2 seperti orang gila dan tiba2 sahaja terdiam dan terus naik bas pulang ke Akasia )

p/s : setiap huruf untuk nama pelajar tersebut mewakili kanak-kanak ribena di 9M10

Saturday, April 4, 2009

Ini Kisah Saya dan Mereka

Saya sering tidak bernasib baik dengan lelaki. Ada sahaja yang tak betul. Biar saya beri contoh mudah, saya dan adik lelaki saya sering berebutkan remote control. Dia mahu menonton channel sukan di television, saya pula mahu menonton American Next Top Model. Bila kedua-dua mahu menonton serentak, maka akan berlaku lah pergelutan. Sudah tentu lah adik lelaki saya dapat merebut remote control tersebut kerana beliau lebih kuat dari saya. Tetapi saya tidak akan mengalah begitu sahaja. Bila sudah terlalu geram, saya akan menarik keluar Kad Astro dari dekoder dan terus melarikan diri ke dalam bilik saya, kuncikan pintu dan gelak kuat-kuat seperti orang gila. Biar padan dengan muka beliau. Itu cerita ketika zaman kanak-kanak. Sekarang kami sudah besar.

Saya juga sering tidak bernasib baik dengan lelaki. Ketika zaman sekolah dulu saya sering bergaduh dengan pelajar lelaki. Baik di tadika hinggalah ke sekolah menengah. Ada sahaja yang tidak betul. Semasa di sekolah menengah, saya duduk di bahagian belakang manakala lelaki di bahagian depan. Bila pelajar lelaki dimarah oleh guru, saya akan ketawakan mereka dari belakang. Bila guru tiada, akan berlaku perang mulut antara kami. Terus terang di sini, semasa zaman sekolah saya ter-amat anti dengan budak lelaki di sekolah saya. Itu juga kisah lama.

Saya juga sering tidak benasib baik dengan lelaki. Hubungan yang lepas hanya bertahan selama 8 bulan sahaja. Teettttt!! tidak boleh diceritakan di sini. Ini juga kisah lama.xde la lama sangat. Takda sebab untuk dikenang.

Ini kisah mengenai kawan saya. Minggu lepas kami menghadapi ujian kimia. Maklumlah, bila tibanya test,exam, quiz atau apa-apa yang sewaktu dengannya, kelas saya pasti sibuk menalaah. Hari itu hari Khamis, kami bakal menghadapi ujuan kimia pada sebelah petang.

Maka pada sebelah pagi kami mengadakan perbincangan atau group discussion sesama teman sekelas. Ini lah medan yang sesuai untuk menguki kepandaian masing-masing dan untuk medan untuk merasa bangga jika rakan anda tidak menelaah topik tertentu.

Al-kisahnya saya dan rakan saya ini mengadakan sesi perbincangan.
" Ko tau tak kenapa metallic bond of group 2 element become weaker down the group" kata beliau.. ( maaf bahasa BM dan BI tunggang langgang kesan pengajaran PPSMI )
dan saya pun menjawab
" Ha...kenapa eh? aku terlupa ar"

Sekarang anda faham mengapa saya katakan sesi perbincangan adalah medan untuk membandingkan kepandaian masing-masing? Bagus..
Saya merasa amat tercabar, kerana saya rasakan kawan saya ini lebih pandai dari saya. Otak saya pun berkerut-kerut memikirkan soalan untuk diberikan pada beliau. MOga beliau tidak dapat menjawabnya. Setelah beberapa ketika, saya menanyakan soalan ini kepada beliau
" Ko tau x element2 dalam group 2? "
Sebelum beliau sempat menjawab, saya pun mencelah dengan mengatakan
" ko ikut cara aku, senang jek. Aku hafal nama-nama element cam ni tau : Bobo makan capati sebelah bapa rahman. Meaning the elements are beryllieum, magnesium, calcium, strontium, barium and radium. Ikut cara aku senang je nak hafal. Terer x aku hafal??" (sekali lagi maaf kerana BM dan BI bercampur kesan penggunaan PPSMI )

Dalam hati saya amat berbangga kerana saya pasti rakan saya ini akan berasa terkejut dan kagum kerana saya dapat menghafal kesemua element-element tersebut. Saya juga pasti sudah tentu beliau akan meminta saya mengajar beliau untuk menghafal element tersebut. Saya amat pasti dan hanya menunggu beliau untuk mengeluarkan kata-kata tersebut.

Kemudian, dengan muka selamba, beliau berkata

"eh, bukan nanti element-element untuk group two memang dah bagi sekali ngan periodic table dalam kertas soalan tu ke?

Zrreetttt!!!

dan kawan saya itu adalah lelaki.

Wednesday, April 1, 2009

Ini kisah saya

Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk dan minggu yang membazirkan. Kalau slang negeri Perak - " cekik darah". Ya..cekik darah. Kurang satu bulan sebelum tempoh tinggalkan study aka study leave saya rasakan duit saya amat-amat sedikit. Argh.. tidak. Saya tidak rasa saya seorang pemboros. Saya amat pasti dengan kenyataan saya ini. Tetapi baki duit di dalam akaun CIMB saya amat bercanggah dengan kenyataan yang saya keluarkan sebentar tadi ( apekah? ).

Saya sering menimbang-nimbang untuk mengurangkan perbelanjaan saya. Tetapi godaan bila tinggal di Seksyen 18 Shah Alam ini amat banyak meskipun kawasan ini adalah kawasan marhaein ( anda tahu x apa itu marhaein?). Biar saya bagi contoh mudah, nasi dan telur goreng mata kerbau pun sudah berharga RM 2.00. Itu sudah dikira murah sebab dibeli dari kedai Mak Cik Bom di Cemara Cafe. Harga di luar??? errr..terlalu mahal untuk diungkapkan dengan tulisan.

Saya 'withdraw' RM 50.00. Saya beli beberapa barang. Sekarang anda nilaikan adakah saya ini seorang pemboros atau tidak.

(1) T. Shirt berwarna merah hati = RM 15.90
Item ini tidak termasuk dalam senarai barang yang hendak saya beli. Tetapi apabila saya TERnampak ( Penegasan awalan ter.. ) baju tersebut, tanpa banyak berfikir, saya terus membelinya

(2) A4 paper untuk print Biology Lab report = RM 7.90
Saya tidak mahu membuat muka sepuluh sen meminta kertas daripada kawan-kawan saya. Jadi saya beli satu rim A4 paper dan saya gunakan 1/10 daripada kesemua kertas untuk lab report. Kertas selebihnya saya jadikan kertas contengan, kapal terbang kertas, katak kertas dan sillahoute ( betul ke eja ni? )

(3) Kotex = RM 3.80
Tidak perlu diperincikan di sini ya

(4) Makan di Rafi Bistro = RM 6.90
Rafi Bistro yang amat cekik darah. Teramat. Sumpah saya tak tipu. Nasi goreng pun sudah berharga RM 5.50. Di Penang, anda hanya boleh dapatkannya dengan hanya RM 3.50. Apekah? Kadang kala mahu sahaja saya mahu tawar menawar dengan pekerja di restoran tersebut. Tetapi percayalah anda bahawa usaha itu hanya sia-sia kerana mereka tidak memahami bahasa melayu. Sekali lagi..apekah?

(5) Roti keju = RM 1.30
Item ini pun tidak termasuk dalam senarai barang yang hendak saya beli. Tapi apekah daya. Ia mempunya kuasa penarik seperti magnet untuk saya membelinya. Tidak perlu menimbang baik buruk, saya akan terus membelinya

(6) Tambah nilai aka top up = RM 10.00
Sangat penting seperti udara. Bukan dibuat-buat cerita. Tapi ini adalah kenyataan. Anda boleh hidup tanpa telefon bimbit? Kalau anda jawab Ya. Anda adalah manusia yang paling saya kagumi di atas planet ini.

(7) Dobi = RM 3.00
Mesin basuh di Akasia terlalu mahal. Di cemara hanya RM 2.50. Mana adil!! kenapa lelaki punya harga kurang RM 0.50? Ini adalah diskriminasi terhadap wanita. Kami tahu kami banyak menyumbat baju-baju kami ke dalam mesin basuh. Tetapi ini tetap tidak adil!!

Jadi baki saya hanya
= RM 1.20

Dalam sehari saya telah membelnjakan RM 48.80. Adakah saya seorang pemboros atau adakah saya mangsa keadaan?



p/s : mari usha blog beliau : amirul iman yang jimat RM 3.80....ngeh3